Skip to main content

checklist muslim

Hari ini … 
mari kita melihat tentang checklist seorang muslim;
(semalam student I minta I listkan - perkara-perkara yang dia patut buat sebab nak jadi orang baik!) 

I percaya kita semua ada checklist masing-masing dalam kehidupan ini.
Ada yang buat list, tapi ramai juga yang buat checklist dalam minda. 

I percaya, CHECKLIST ini penting.

biasakan, bila kita pergi ke pejabat imegresen – bila nak buat passport; kita akan diberikan checklist – selalunya checklist ini adalah senarai keperluan dan ada kotak-kotak kecil di bahagian kanannya untuk kita tanda dan apabila lengkap keperluan jabatan barulah permohonan kita akan diterima dan di proses.

Dan, bila nak buat permohonan di pejabat majlis-majlis tempatan untuk kelulusan pelan pembangunan – biasa checklist jugalah yang menjadi panduan untuk membuat pemohonan atau selama ini ada diantara kita yang tidak perasankan proses ini … hmm.

Ok, ok balik kepada topic awal … 
checklist ini adalah antara perkara yang selalu I kongsikan dengan student.

Pada hemah I – sebagai seorang yang terlalu menginginkan supaya menjadi di kalangan yang masuk syurga iaitu golongan yang menjadi pilihan team A. Yang pasti menang. Kita haruslah melayakkan diri kita ini …

Hidup ini kita terlalu banyak cabaran & ujian,
kita dihadapkan kepada kesusahan dan senang,
susah dan senang, dan senang dan senang dan susah lagi,
susah lagi … susah, susah, susah …

Apakah panduan kita untuk bahagia di akhirat nanti sambil meniti susah dan senang? 


Kita mesti tengok checklist muslim setiap hari supaya I sentiasa berkelayakan untuk diterima masuk team A …

Banyak mungkin rujukan dalam Al Quran tentang sifat-sifat orang yang beriman, yang Berjaya dan yang bakal menjadi ahli syurga.

Tetapi di dalam Surah Al Furqan, surah yang ke 25 ayat 63-74 ini
pada fahaman I sangat menyeluruh. Padat.
I senaraikan 11 karakter hamba yang di redhai.

Sukalah I hendak berkongsi sama. Kata cikgu I;
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. (51:55)” –

orang yang bijaksana ini tidak akan berkata-kata kecuali kata-katanya itu adalah bait-bait hadis dan Al Quran, kita doakan cikgu I yang satu ini selamat sejahtera. Katalah Amin!

Al Furqan (25:63-74)
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah

(1) mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan

(2) apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang

(3) tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri, Dan juga

(4) mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab Neraka Jahanam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan. Sesungguhnya Neraka Jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk; Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang

(5) apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. Dan juga

(6) mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan

(7) tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan

(8) tidak pula berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan; Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat; Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang

(9) tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang

(10) apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta. Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang)

(11) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

Ini checklist I. (hampir) Setiap hari I akan renungkan … 
sudahkah dipenuhi kriteria2 ini, mohon juga perlindungan Allah, mohon juga rahmat Allah supaya setiap hari checklist hamba yang diredhai Allah ini kita lengkapkan.

Hendak menjadi hamba Allah yang diredhai ini sebenarnya mudah sahaja - kita ini, sekurang-kurangnya boleh berjalan dengan baik tidak seperti raksaksa, tidak sombong kann. Orang yang sombong ni, bukan Allah sahaja yang tidak suka, I ingat kucing pun tidak akan suka. Tak payah sombong2lah, tak de untung !!!


dan kita juga sekurang-kurangnya boleh berdoa - bayangkan, dengan berdoa sahaja boleh melayakkan kita menjadi hamba yang Allah redhai.

Alangkah ... hebatkan kasih sayang Allah itu. Tapi kalau berdoa pun tak boleh, tak dapatlah kita nak menolong. Zalim sangatlah tu ... . Iblis pun pandai berdoa!

I juga pasti kawan-kawan di luar sana tidak membunuh orang kan ...ke ada? OMG!!! 

tapi kalau ada yang terbunuh pun takpe, nak buat macamana - sebab hidayah datang kemudiannya. Yang best kita boleh taubat. Allah suka kepada hambanya yang bertaubat. Lebihlah Allah suka kepada hambanya yang mengadu kesalahan, memohon kemaafan daripada hamba-hambaNya yang tidak berdosa.

Alhamdulillah - I pasti kita juga tidak kedekut atau boros. Insya Allah. Tetapi kalau ada yang suka kedekut atau boros ... boleh cuba berubah mulai hari ini, OK? OKlah masih belum nyawa di kerongkong.

Cuba rujuk kepada Surah Ankaboot (29:69)
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya
. 

Oh ya … sekiranya kawan-kawan yang membaca ini dan ada checklist lain yang baik, lebih baik – mohonlah kongsi bersama. Cikgu I pun suka pesan, tak seronok kalau masuk syurga sorang-sorang. Kalau main bola sorang-sorang pun tak seronok kan? main ping-pong ke, main masak-masak ke termasuklah apa game sekali pun  Kan ….

Baiklah, itu sahaja 
Selamat pagi dan Selamat beramal






Comments

  1. feeling like going that place, kemensah with all my family members!!! amin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...