Skip to main content

Raya sorang-sorang

Bismillah

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Tahun ini saya mengambil keputusan untuk tidak balik ke Kuala Lumpur beraya kerana;
  1. Mak beraya di Ipoh dengan my younger sister, beralih angin. Dia perlukan perubahan, kita akur tetapi saya tidaklah boleh ke Ipoh kerana ada talk pada hari Sabtu dan Ahad. Dua hari lagi ... maka I tetap di sini. di JB
  2. Anak-anak beraya dengan ayah mereka di Melaka ...
  3. ... I ingat cukuplah dua sebab kenapa I mengambil keputusan untuk beraya di JB
Lagi pun Jerebu sangat teruk

Pada hari raya pertama, awal-awal sudah bersiap untuk ke Masjid dan tiba di Masjid awal, alhamdulillah. bestnya apabila tidak perlu menyiapkan sesiapa dan tidak ada orang yang hendak di tunggu. ringkas urusan.

Selepas solat raya, ingatkan hendak balik ke rumah sahaja tetapi Imam sudah pun mengingatkan supaya mengambil jalan yang berbeza daripada laluan datang ke masjid maka, saya mengambil keputusan untuk buat detour - singgah rumah cousin arwah abah. beraya ... ada ketupat, ada lodeh, ada sambal goreng, dan serondeng. sedapnya. dapat bekal pula untuk dimakan petang nanti. happy!

sampai ke malam, rasa tenang dan damai sahaja.

Pada hari raya kedua, memenuhi undangan di Ayer Baloi. Jarak perjalanan 60km. sebelum keluar sempat submit doa supaya perjalanan ini diberkati ... jauh tu kalau hanya untuk makan tengahari. mintalah Allah beri peluang untuk mengeratkan silaturahim supaya perjalanan ini membawa faedah yang besar. maklum kita ini mestilah tamakkan manfaat hidup!

hampir sejam juga memanaskan punggung di Ayer Baloi, rasanya cukuplah merasa mersa dan kasih sayang. bersalam-salaman dan bawa balik 10 kilo daging korban - 4 bungkus untuk orang-orang di pejabat dan 6 bungkus lagi untuk di agih-agihkan.

perjalanan balik, saya memilih jalan yang lain - tertarik pula dengan teknik ikut jalan yang berbeza dari jalan yang kita datang.

Lalu Bukit Batu, teringat pak cik yang selalu I ziarah dulu sudah pun meninggal - lalu Ayer Bemban, Ish Hajah Ramlah juga sudah meninggal dunia ... terasa sedih juga. orang-orang yang baik dengan kita satu persatu sudah dipanggil Allah untuk pulang. Sampai di Kelapa Sawit, teringatkan Ustaz Zaini - ada satu dua pesanan ustaz yang masih I gunakan, semoga menjadi ilmu yang berguna untuk menjadi saham akhirat ustaz. Singgah sekejab, waktu sudah menghampiri masa untuk solat Jumaat. ternyata Ustaz sudah ke masjid - I tinggalkan sebungkus daging kepada isterinya. tak perlulah singgah beraya sebab Ustaz tak ada.

Terasa seronok pula buat aktiviti ziarah ini, cari Darwati pula di Kg. Sri Paya ... sudah lebih empat tahun tidak masuk ke Sri Paya ini - laluan kampung sudah tidak semesra dulu. Dua kali tawaf kampung, sempat jumpa Balai Raya, padang bola, masjid, Tadika kemas ... barulah terjumpa rumah Darwati. bukan saya sahaja yang gembira, Darwati pun sangat gembira.

Bukan kebetulan saya sampai, sebab orang yang kita sangkakan ter'kunjung ini rupanya sudah pun menyebut-nyebut nama kita dua tiga hari yang lepas. Allah lah yang mengilhamkan gerak rasa untuk mendapatkan mereka. keinginan dan rindu hamba Allah ini sudah dijawab olehNya. Hebatkan ... dimasa-masa ada sebahagian kita yang bertanyakan di mana Allah pada masa-masa beberapa insiden yang buruk berlaku. pada yang masih peka ... mereka melihat bahawa Allah itu sentiasa memakbulkan doa dan permintaan hambaNya.

Meriahnya hari raya ... daripada jam 9.30pagi saya keluar, jam 9 malam baru sampai ke rumah semula. Sempat saya ziarah 4 buat rumah lagi dan yang terakhir di rumah Fiza, ada keramaian dan antara jemputannya ialah dua orang yang I memang teringin untuk ziarah tetapi sampai ke penghujung petang tadi rasa macam tidak sempat sebab saya memang tidak berhajat untuk balik lewat, nanti mengganggu jadual waktu tidur yang jauh lebih penting daripada duani ini dan isinya sekali.

Terima kasih kepada Allah yang maha mengatur dan teliti pula peraturanNya dan sungguh tiadalah daya dan upaya kami kecuali dengan kehendaknya. Yang lagi best dalam urusan beraya ini sempat juga dua kali singgah di Masjid dan dua kali berjemaah.

so, siapa kata raya tanpa keluarga dan tanpa balik kampung tak best ??? I suka pinjam, moto karangkraf "Allahkan ada"

selamat malam dan selamat hari raya !!!

Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...