Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Solat

menghidupkan sunnah

Bismillah Pagi itu Marieah telefon, biasa perjalanan ke pejabat adalah waktu yang I berebut-rebut antara doa pagi dan panggilan telefon samada daripada Marieah dan Ibrahim. Kadang-kadang I wonder juga macamanalah orang lain sempat nak melayan radio semasa memandu … I sibuk! Ok, balik kepada cerita asal; Marieah telefon, katanya kebiasaan di surau asrama tirai antara bahagian lelaki dan perempuan akan di buka. So, maghrib yang berkenaan dia solat di bahagian hadapan maka di melihatkan pelajar lelaki yang masbuk di bahagian belakang. Dia perasan bahawa ramai antara pelajar2 yang duduk antara dua sujud dan takbir cara yang tidak sunnah, kemudian dia terfikir ‘apakah mak2 mereka ini tidak menunjuk cara solat yang betul?’ I tanya anak yang manis itu, apakah ibunya mengajar dia cara yang betul Alhamdulillah, dia jawab “mummy ada ajar …” lapanglah sikit dada I. I kata, ucapkanlah Alhamdulillah kerana Allah SWT bagi you ibu yang ada ilmu. Ye lah … jika kurang tepat ...

kelebihan solat sunat sebelum dan selepas zohor

Bismillah Soalan; Siapa nak masuk syurga? Jika I dalam classroom, tentulah semua pelajar akan angkat tangan kecuali jika dia tertidur (orang yang diluar sedar, kita kecualikan daripada kira-kira) Soalan lagi; Jika dimaklumkan sesiapa yang masukkan RM10 dalam tabung ini setiap hari – akan masuk syurga. You ingat, siapa yang tidak akan melakukannya? Kita dah 40 tahun,  rasanya kita akan hidup paling lama pun lagi 50 tahun.  Kira-kira kasarnya, kita perlu menabung hanya sejumlah RM3,650.00 setahun, separuh daripada itu adalah harga handphone yang kita tukar setiap tahun untuk masuk syurga – apa ada hal, kann Kita belanja untuk perkara yang tidak berfaedah kadang2 lebih daripada RM10 sehari, dan – kalau you merokok, you bazir duit lebih daripada itu hanya untuk ‘asap’ sahaja pun. Ish! Ish! Ish! Okay … itu duit, ada nilainya. jika Rasulullah SAW,  nabi besar junjungan kita. Yang kita sayang. Yang kita percaya. Yang kita beriman ...

doa untuk kaya raya

Bismillah Hari ini breakfast dengan boss, boss belanja secawan susu kambing (terlebih manis) sepatutnya lazat dan menyehatkan tetapi adik manis di gerai air itu berpendapat susu lebih sedap bila dicampur gula – Ampun! … ini membuatkan I masih kuat berpendapat adalah tidak patut ‘beli’ minuman di kedai. Kita bicara tentang kemurahan rezeki … Boss risaukan duit yang tak pernah cukup, bagaimana pula hendak menguruskan kekayaan. I ingat, I nak tanya satu soalan; “ sejak bila duit ini cukup? ” Contoh yang tidak jauh daripada kita sangat jelas bagaimana orang kaya hutangnya besar juga. Sepatutnya bahagialah kita yang tidak cukup2 modal tetapi tidak berhutang di sana sini kecuali rumah dan kereta. Sebelum I nak mengajar orang tentang teknik berdoa atau ‘money magnet’ , I suka juga nak tahu tentang kesungguhan kita kepada kehendak kita. Contoh; katalah kita nak minta sesuatu pada mak kita (dulu). Bukankah mengikut logic akal kita akan pada sedikit masa sebelum menganj...

cerita tentang hujan

Bismillah Hujan Terjaga kerana bunyi hujan yang menderu begitu kuat dan percikkan butir-butir hujan yang kasar mengetuk tingkap bilik. Terasa macam dah lama benar I tidur, dalam hati bertanya, “mana Cat, tak kejut mummy?” sambil mencapai handphone untuk memastikan waktu – ya Allah dah pukul 4 pagi. Ampun ya Allah Terus rasa berdosa kerana tidak diselesaikan terawih sebelum tidur. Terus insaf kerana sangat percaya akan terjaga seperti biasa.  Perasan hebat! Ampun ya Allah Ampun ya Allah, selalunya pintu tidak tutup rapat supaya Cat boleh masuk untuk kejutkan I seperti biasa, tetapi malam tadi – I tutup pintu terus sebab tak mahu diganggu. Bila I buka pintu, Cat sudah menunggu – wajahnya seolah bertanya “kenapa mummy tutup pintu” “O sorry Cat, sorry …” tentulah Cat dah lapar sebab selalunya dia sahur jam 2.30pagi. Segera I hidangkan makanan untuk cat tetapi “sorry, mummy tak boleh nak tunggu you makan sebab mummy nak mandi dan nak solat” dalam ...

TAQWA - rasa takut kehilangan CINTA Allah 2

I ada seorang kawan, dia ni baru 5 tahun yang lalu reti untuk bertudung, baru juga berjinak untuk tidak meninggalkan solat 5 waktu dan sedang berhempas pulas untuk menghidupkan malam ...  I suka melihat pergelutan hidupnya. ( mengingatkan diri sendiri tentang perjuangan yang belum selesai ) Dia ingatkan kita ni terror sangat, dia tidak tahu bahawa kita ni pun bergelut sama.  Sekarang, dia sedang mendidik anak kecilnya untuk mencintai Allah. Anaknya suka ikut solat, dan pandai juga bertudung - maklum, anak-anak ini acuannya tentulah ibu bapa. Jika acuannya tak betul, masakan anak-anak itu akan cenderung pada yang benar.  Persoalannya,  bagaimana hendak diterangkan kepada anak kecil itu tentang Taqwa .  Mudah untuk diceritakan tentang, Dosa dan Pahala. Syurga dan Neraka, walaupun perkara-perkara ini tidak boleh dilihat oleh mata.  Tetapi Taqwa ini soal hati ... I suka nak jawab supaya tak perlulah diterangkan perkara-perkara yang besar begitu kep...

Terapi Azan

Bila last ... you betul-betul PAUSE bila you dengar azan. I tahu semua orang dah belajar 'solat'  tapi rasanya tidak ramai tahu bab Azan Bila I belajar bab solat dengan Prophetic Guidance, mula-mula setahun I belajar bab bersihkan diri. dan setahun lagi untuk wuduk. Lepas tu hampir tiga suku tahun bab azan dan iqamah barulah nak masuk untuk solat ... Tahukah kita betapa specialnya Azan dan terhadap banyak hadis yang menguatkan kepentingan Azan. Rasulullah pesan supaya kita dengar betul2 dan menjawab seruan Muazin. Jika begitu saranan Baginda Rasulullah, tentulah ada keutamaannya Azan ini dalam kehidupan kita.  Pada hemah I, Azan adalah antara nikmat-nikmat Allah yang kita dustakan  (pinjam ayat daripada surah Ar Rahman).  Ianya adalah ibadah, tapi ramai pun yang tak tau.  Kata orang, tak kenal maka tak cinta ... Ada fungsinya Azan itu, sebab itu disyariatkan supaya Azan di kumandangkan pada setiap waktu. Kita pun tahu bahawa laungan azan itu berlak...

Solat Rawatib

Bismillah Matahari sudah tidak kelihatan, baru jam 6 petang .. macam hendak hujan, niat untuk turun berendam I batalkan. I ini seorang guru ...  macam lah orang berladang, bila lama tidak tidak turun ke padang tentulah akan lebih tinggi rumput daripada lalang. Hmm, sudah lama tidak ada kelas. Kelas suka rela dan percuma ini memang selalunya orang ambil ringan ... biasa. so - hari ini tanda cikgu tidak melupakan anak-anak murid. I bertanyalah dalam group - siapa yang buat solat Qabliyah & Badiyah Zohor sila angkat tangan ...  seorang cuti, Din angkat tangan dan Alin - dia jawab bahawa dia belum kuat, masih hanya focus kepada solat-solat fardu  yang lain-lain ... 'not connected' dan lagi, alin kata " ticer bagilah ayat apa2 ... so far yg Qabliyah & Badiyah ini saya tak terpaksakan pun - ampun ya Allah " confirm student I, sebab penghujung ayat dia sama sahaja dengan I kan! Ampun ya Allah !!! Ok, mula2 I derdoa dulu  Wahai Tuhan kami! Jan...

Time revamp

Bismillah Rasa perlu untuk menulis lagi …  sudah dua tiga kali kawan I yang satu ini mengutarakan tentang program ‘time revamp’.  Mula-mula I setuju terima ideanya, tentang betapa perlunya kita revamp time - memulihkan ; mengubahsuai atau membina semula cara menguruskan kehidupan ini supaya kita mampu meng’optimakan aktiviti kita. I diajak mengikuti program tersebut, pun – I masih boleh bersetuju kerana I ni memang ‘kaki belajar’ I suka jer nak tahu apakah ilmu yang ada di luar sana. Cuma, jauh di dalam diri ini I pernah di ajar bagaimana untuk mengoptimakan masa. Cikgu I kata, bagi hamba yang istiqamah bangun malam dan hadir untuk solat fardu pada awal waktu – Allah SWT akan panjangkan waktu untuknya. Jika kawan-kawan tidak percaya, jika hendak melihat dan merasakan sendiri keberkahan masa.  Try solat Asar dan Isya sebaik sahaja masuk waktunya.  ( I sebut Asar & Isya, sebab I pasti Subuh & Maghrib kita semua punctual kan, Zohor pula ...