Wajah pagi, murung.
Macam akan hujan atau mungkin index jerebu sangat tinggi. Terlintas dalam hati memohon keampunan daripada Allah.
Teringat Rasulullah SAW, teringat hadis yang menceritakan bila langit berubah warna baginda akan keluar masuk rumah gelisah. Rasulullah gerunkan sekiranya awan hitam itu membawa azab daripada Allah SWT.
Itu Rasulullah, itu hamba yang mulia, yang tidak berdosa.

Kita ...!
Bila kita melihat awan hitam dan langit gelap rasa bagaimana? Cuak, cemas?
Sekiranya kita ini orang perempuan mungkin kita akan terkenangkan jemuran. Sebahagian daripada agak bertuah kerana mempunyai Aini, akan mendoakan supaya Aini ingat untuk mengangkat jemuran. Bagi yang tidak ber’Aini macam saya, jika jemuran kita letakkan di luar rumah – kenalah pasrah. Bersiap sedia untuk membilas dan menyidai semula jemuran ...
Bagi kawan-kawan kita abang motor, tentu di benak mereka memikirkan tadi ada ke sayang saya masukkan baju hujan dalam beg. Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau tidak – kuyup laksana anak kucing jatuh ke longkanglah jadinya. Kalau ada baju spare di office – OK juga. Macam-macam soal jawab yang akan bermain dalam benaknya.
Pak cik yang menoreh mungkin boleh senang hati dan mengistiharkan cuti hari ini – happy juga.

Tetapi terfikir ke kita, sekiranya awan gelap ini adalah azab Allah
yang mendatang.
Bertaubat!
Taubat lah, kerana tentulah kita ini sentiasa berdosa. taubat ini adalah semudah-mudah jalan kembali kepada Allah. Cikgu saya mengistilahkannya sebagai 'short-cut'.
Teringat pula kisah nabi tak ingat nama dan tak ingat pula detail cerita (inilah akibat daripada nota lebih pandai daripada murid) tetapi moral of the story – mereka telah dijanjikan azab. Keesokkan harinya mereka semua keluar dengan wajah yang sudah berubah warna – mereka masih leka. Bercerita tentang perubahan masing-masing tetapi tidak kisahkan tentang janji azab yang akan datang, sehinggalah turun azab daripada Allah yang menghapuskan mereka semua.
Takutkan ... sepatutnya sementara di datangkan petanda-petanda kecil itu, sementara masih ada masa untuk mengimbau diri sendiri. kita juga maklum bahawa mungkin awan gelap hanyalah asbab untuk hujan rahmat turun dan meredakan jerebu yang merbahaya ini. Tetapi jika Rasulullah SAW resah dan gelisah, janganlah kita fikir kita selamat. kita ambillah peluang dan ruang ini untuk memohon keampunan daripada Allah.

Jerebu ini satu bentuk azab juga, pada pengamatan saya. Hari
itu 4 hari di Kuala Lumpur, bergelumang dengan jerebu – telah mengakibatkan
gatal-gatal satu badan. Perlu juga lawatan ke klinik. Marilah kita sedikit
insaf, bila melihat perubahan pada suasana – ingatlah kepada Allah. Ingatlah
kepada Al Quran yang pernah kita baca tentang janji Allah untuk orang-orang
yang menzalimi diri sendiri, kalau tuan dan puan di luar sana rasa diri tidak
zalim – Saya rasa saya sentiasa zalim.
sebagai rujukan;
Aisyah r.a. berkata, "Apabila langit berubah warna
(mendung), Rasulullah s.a.w. keluar rumah kemudian masuk lagi, maju kemudian
mundur lagi (gelisah). Dan jika hujan turun beliau bergembira, aku dapat
mengetahui dari ekspresi wajahnya."
Aisyah r.a. berkata, "Aku menanyakan hal itu kepada
Rasulullah s.a.w. dan beliau menjawab, "Kerana pada akhirnya awan hitam
itu turun menjadi hujan, bukan sebuah azab, seperti yang dikatakan oleh kaum
'Ad dalam ayat, 'Maka ketika mereka melihat azab itu berupa awan yang menuju ke
lembah-lembah mereka, mereka berkata, "inilah awan yang akan menurunkan
hujan kepada kita.... (QS. 47:24)" (HR. Muslim)
Mohon supaya Allah SWT menjadikan kita semua bila melihat kejadian alam ini, kita rasa kagum. Rasa terpesona - merasa inilah kehebatan Allah dan tiadalah Tuhan yang disembah melainkan Allah. pada waktu itu, saya pasti kita sedang memperbaharui syahadah kita. Alhamdulillah ...
sekarang hidung saya berdarah pula ... nak matilah kot! Ooo saya mesti telefon mak, minta maaf. Husband ... berkata-kata yang baik-baik dan jom belanja kawan-kawan makan tengahari. Mohon Allah beri kesempatan untuk berjumpa asar dan mohon juga peluang untuk ke masjid lagi. Mohon Allah redha dengan kita ... say 'Amin' dan saya doakan kita semua menjadi ahli syurga!!!

Comments
Post a Comment