bismillah
petang itu, sekejab I keluar daripada dewan seminar - sambil menghabiskan kopi dan berbual. topik bicara biasa-biasa sahaja. tentang mendidik anak-anak, tetapi sebaris ayat yang dilontarkan oleh teman minum kopi I itu - berbekas di jiwa.
Dua hari memanaskan punggung dalam dewan seminar - rupa-rupanya Allah mengajar masa minum kopi itulah. betul kan, kita hanya merancang dan Allah jugalah yang menentukan ... Allah pilih dengan siapa kita belajar. kerja kita cuma usaha untuk mencari ilmu, buat pilihan dan bayar fees pengajian dan Allah janji sekiranya kita berjalan untuk mendapatkanNya, Allah datang berlari mendatangi kita. asalkan kita baik sangka ... insya Allah akan pandai juga
kata kawan sembang itu ialah, kalau kita tidak betul mendidik anak-anak, lebih-lebih lagi bab memerlihara agama ini anak-anak akan memberontak. mereka ini kalau tidak memberontak di dunia mungkin akan memberontak di mahsyar nanti.
... sepanjang petang itu sampailah ke rumah - kata-katanya berbekas dalam dada. terasa ngeri juga, maklumlah kita pun tahu di mahsyar nanti semua orang akan huru hara melepaskan diri masing-masing untuk mendapat tempat di syurga. Seorang ayah akan menjual anak dan isterinya demi menyelamatkan diri sendiri. begitu juga anak-anak yang akan sangat rela membiarkan ibu bapa mereka diheret ke neraka daripada diri mereka sendiri - kecualilah anak yang soleh yang memerlihara Al Quran pula, tentulah mereka itu pekertinya kelas pertama ...
malam itu, I bicara panjang tentang isu pendidikan agama kepada anak-anak. I pesan supaya dia menjaga dirinya dan adik2nya - maklum ibu bapa ini bukannya boleh hidup lama sangat untuk memastikan kebahagian hidup mereka di akhirat nanti. kita memang bercadang hendak bersama-sama di syurga nanti sebab di dunia ini I tak sempat nak menjaga mereka, kesuntukan masa juga untuk berkasih sayang. beruntunglah tuan-tuan dan puan-puan yang jadi full time parent. boleh peluk anak-anak setiap hari ... hu hu!
Selalunya kita di dedahkan tentang isu adap anak-anak terhadap ibu bapa. tanggungjawab dan lain-lain tetapi sangat sedikit kita ketahui adab kita sebagai ibubapa terhadap anak-anak.
Ada diantara kita yang menjadikan anak-anak mereka sebagai raja (itu tanda-tanda akhir zaman). Apa sahaja kehendak anaknya diturutkan - ibu bapa jenis ini tentulah belum pernah menontot cerita anakku sazali.
Ada juga yang sangat zalim terhadap anak2nya. itu yang selalu kita baca di akhbar dan berita. Ish ish ... tak baik kan. Yang sedikit zalim dan selalunya meruntun hati I ialah bila melihat ibu bapa yang sibuk dengan handphone masing-masing dan tidak mengendahkan anak-anak mereka. Ini juga I kategorikan sebagai zalim kecil - I rasa sedikit terkilan. Rasa nyilu memikirkan kepada siapalah budak-budak ini mencurahkan perasaan, sedangkan mereka masih sangat muda dan sangat memerlukan perhatian.
Ada satu yang I suka perhatikan ialah bila anak-anak di sifatkan macam accessories sahaja. bila perlu ke majlis atau keramaian. time hari raya, balik kampung dan bercuti - maka, anak-anak ini akan dibawa bersama. Dan juga masa sesi bergambar. Yang saya suka perhatikan ialah raut wajah keliru anak-anak itu pada kemesraan ibu bapa mereka.
Tetapi sukahati merekalah bagaimana cara yang mereka pilih untuk membesarkan anak-anak kerana semua orang cuma menanggung apa yang mereka kerjakan. kita tidak menjaga kubur orang lain maka jangan busy body !!!
Yang I risaukan ekoran daripada kata-kata kawan I petang itu ialah anak-anak I. kita ini jauh terpisah. Abang di Shah Alam. Mahfuz, Melaka. Nadiah di Rembau dan Marieah di Gemencheh.
Yang menjadi tanda tanya ialah, sudahkah I didik anak-anak untuk taat kepada Allah dan RasulNya. I ingat, part time atau full time parent pun akan mendapat set soalan yang sama.
Pagi-pagi selepas subuh I hantar message kepada anak-anak
"I hope anak-anak bangun untuk tahajud dan solat di awal waktu. Untuk Ibrahim & Mahfuz ialah solat di masjid" - Alhamdulillah dapat jawapan. happy!

Comments
Post a Comment