Skip to main content

FB oh FB

Pertama kali mendengar cerita, terutamanya yang keluar daripada mulut kawan tentang orang itu dan orang ini. Bila diselidiki punca cerita daripada laman media social (Facebook). 

Mencari kebenaran dalam berita FB ini pada pendapat saya adalah ibarat mencicah jari kedalam sambal belacan dan mengharapkan jari tak pedas. Pada yang sukakan sambal belacan pun akan tahu bahawa jarinya akan rasa pedas dan melekat juga bau belacan.

Hari ini kita akan memihak kepada orang ini, sebab dia kawan kita atau kenalan atau waktu ini kita ada kepentingannya kepada kita.

Pada I, berita FB ini kita ambil sebagai dunia sahaja – hiburan yang melalaikan. Pegang di tangan tetapi jangan di simpan di dalam jiwa dan raga. Ada baiknya apabila kita tidak sangat popular atau ramai pengikut maka kita tidak perlu mempolupori sebarang isu dan masuk campur tangan … sebab kita tau posting kita tidak akan ada banyak ‘like’ dan ‘share’.

Kadang kala terbiasa dengan respond yang berjela  dan mendapat banyak ‘like’ ini menjadi sindrom yang merosakkan hati. Mungkin inilah cara orang sekarang berjuang …

Hari ini kita mungkin hendak membebaskan satu fitnah yang terlekat pada kenalan kita, tetapi kita lupa bahawa pihak lain yang sedang kita tampar itu ada anak dan isteri yang juga mempunyai rantaian kenalan masing-masing. 

Memburukkan orang lain dengan apa sebab sekalipun tentulah tidak dituntut dalam sunnah. Ibarat sambal belacan tadi, yang membuatnya bau belacan, yang mencedoknya juga berbau belacan. Yang menghidang terbabit dan yang makan lebih-lebihlah lagi.

Ops! mungkin I sudah terlebih mengata belacan sebab I memang tidak sukakan sambal belacan. Tetapi kalau kita ibaratkan minyak wangi pula – sama sahaja. Berkawan dengan orang yang jual minyak wangi pun kita akan wangi … kan

Apa kata anaknya apabila terbaca isu yang kita sebut tentang ayahnya atau ibunya. Walaupun berita itu benar, tetap menyinggung kan … kadang kala dalam hendak menegakkan sesuatu isu kita pula yang mengulang-ulang menyebutnya menjadikan bertambah bilang orang yang merasa bahang cerita tadi dan alangkah …

tanpa kita sedari, kita pula yang menjadi sebab isu ini merebak … tadi orang yang bersalah kerana membuat fitnah, sekarang kita tidak akan menjadi sangat benar dengan menyebarkannya …

Selalunya I ambil isu-isu FB – laksana hiburan.

Kalau suka – kita baca, tak suka … tak perlu ikuti. sekiranya ianya bahan nasihat kita cuba ambil pengajaran. Jika di hidangankan hadis atau ayat al quran sekalipun, wajarlah kita semak dahulu.

Kata cikgu saya … bukan semua yang berkelip itu bintang. Kalau rasa nak jawab. Berilah jawapan yang baik-baik, kalau rasa kita ada jawapan yang pedas … berdiam diri itu adalah jauh lebih baik.

Akhir zaman ini, fitnah adalah ibarat melihat hutan terbakar … sebabnya kadang-kadang kecil sahaja. Percikkan api – tetapi padahnya, itulah ... sehutan! Tak pasal-pasal kebun kita hangus hanya kerana kedudukan kebun kita itu, di situ. 

Sekiranya betul kawan kita difitnah di FB … pertama, jom kita dapatkan kawan kita tu. Kita pujuk dan ceriakan dia. Kitakan masih ingat bagaimana Rasulullah menangani isu fitnah kepada isterinya. Kita juga masih ingat bagaimana Abu Bakar RA di tarbiahkan ekoran daripada tindakannya. 

Kita pujuk, kawan kita supaya sabar dan baik sangka … kita inikan setuju bahawa tidak bergerak satu zarah tanpa izin Allah SWT. Hari ini, inilah ujian kepada kita. Bila di uji, orang yang beriman itu kembali kepada Tuhannya. Bukannya meronta-ronta menegakkan kebenaran, lebih-lebih lagi jika di ruangan FB. 

Bila diuji, I akan suka bila ada kawan yang memujuk I dengan menceritakan kisah Nabi Yusuf dan Nabi Yakcub. Bagaimana tindakan mereka walaupun mereka maklum akan tipu daya orang yang membuat kejahatan kepada mereka.

I ni pun pernah bersalah pada membuat posting di FB. I pun pernah di fitnah … tetapi bak kata A Samad Said;

Setiap yang benar
betapa di tekan
tetap menjalar,
tanpa dibaja,
kan tetap mekar;
tanpa udara pun
kan tetap segar.


Tunggu sahaja lah …
Pada kawan-kawan kita yang benar kawan, datanglah ribut dan taufan. Mereka akan tetap bersama-sama kita … ambillah juga iktibar ‘fitnah’ ini sebagai proses eliminating kawan-kawan yang tidak berfaedah.

Ambillah juga fitnah ini sebagai jambatan untuk memakbulkan doa kita. Memang orang yang sabar tidak akan melihat serta merta jawapan daripada kesabarannya tetapi Allah itu maha mengetahui …

Setidak-tidaknya orang yang sabar itu, hari ini telah Berjaya menghidupkan syahadahnya – tentulah ini jauh lebih bermakna daripada bilangan ‘like’ dan ‘share’ di laman media social.

Dan bagi orang yang zalim itu …
Kita juga sangat maklum bahawa perhitungan Allah di Mahsyar nanti adalah sangat halus. Kita doa jugalah supaya hidayah Allah itu dekat kepadanya kerana bila dia dapat hidayah, bila dia menjadi orang yang hebat akibat daripada doa kita tentulah saham akirat kita juga akan bertambah lebih-lebih lagi kerana orang ini adalah orang yang popular dan ramai follower … ucapkanlah Alhamdulillah. 

Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...