Skip to main content

BERJAYA, Insyallah

bismillah

selalu kita nampak di FB iklan-iklan tentang program-program kejayaan yang menjanjikan, keuntungan dalam perniagaan. teknik mendapatkan pendapatan yang lebih, berganda! Bagaimana untuk kaya & berjaya !!!

I pun tau ramai dikalangan kita yang selalu mengikuti kursus-kursus tersebut - Alhamdulillah, dipersilakan. Insyallah dengan izin Allah kita akan berjaya. 


kebelakangan ini semua orang berniaga ... ada yang jual kek, jual baju, jual tudung. Jual kain, jual ubat - macam-macam ubat. jual susu, jual kereta, jual buku, jual telefon, jual air, yang jual udara pun ada ... macam-macam. semua orang sibuk mencari duit lebih

Insyallah juga akan berjaya dengan izin Allah ...
Sekarang timbul beberapa persoalan;


1. Apa itu BERJAYA?

dan, 2. Apakah pula maksud 'dengan Izin Allah'?

hmm ... siapa nak jawab?
siapa kita nak rujuk untuk mendapatkan jawapannya - atau bolehkan kita jumpa jawapannya didalam Al Quran?
bukankah Al Quran itu petunjuk jalan kebenaran. (ehem ... kita pun dah confirmkan isu ini sebab hari itu kita dah kata kita beriman dengan kitab-kitab)


saya sudah membuat sedikit carian dan,
ya Allah ... banyaknya ayat tentang KEJAYAAN.
cuba rujuk;

Al Mumenoon (23) ayat 1-8, 117
As Saaffat (37) ayat 60
Al Ala (87) ayat 14
An Nisa (4) ayat 13
Al Maidah (5) ayat 35, 90, 100 & 119
An Anaam (6) ayat 16
Ali Imran (3) ayat 196

Al Taubah (9) ayat 20, 72, 88 & 111
Yunus (10) ayat 17
Ad Dukhan (44) ayat 57
Al Naba (78) ayat 31
Al Hajj (22) ayat 77
As Sham (91) ayat 9
Al Ahzab (33) ayat 71

Az Zumar (39) ayat 61
Al Araf (7) ayat 8, 69
An Noor (24) ayat 51

yang I senaraikan cuma contoh kurang daripada 20 surah yang pertama! 
maksudnya banyak betul dalam Al Quran ini yang memberi guidelines tentang erti kejayaan.

Alangkah ...  


daripada semua ayat-ayat di atas membuahkan beberapa persoalan - sebab macam lain jer, istilah berjaya yang kita selalu sebutkan dengan kalam Allah. 


selalunya mak kita kata "tengok tu, anak orang itu sudah berjaya" sebab dia belajar di Oversea.
Kita juga setuju mengatakan bahawa orang itu dan ini telah berjaya apabila setiap tahun mereka berpeluang membawa anak dan isteri bercuti keluar negara atau bila kita melalui jalan di Sri Hartamas, nampak rumah-rumah yang besar laksana mahligai, kita rasa kagum dengan kejayaan pemilik rumah besar itu.


so, mulai hari ini - jom, muhasabah diri. 

sebab kita hidup ini (kalau I lah) macam tak lama sahaja lagi. Paling baik mungkin kita akan hidup sehingga 80 tahun. tolak umur yang lepas, kita ada lebih kurang 30 tahun lagi ... berbanding dengan kehidupan di akhirat.

kita masih ingatkan bahawa berdiri di Mahsyar sahaja sebelum di hisab adalah selama 50 ribu tahun.

Soalan;

  1. Sudah cukupkah bekal kita untuk masa yang sepanjang tu? 
  2. layakkah kita berjaya di sana nanti (masuk syurga)?

Rasanya, macam kita ni sudah tidak ada masa. Mesti berubah !!!

I sudah tidak ada masa untuk bermain-main dengan rasa.

I MESTI tinggalkan apa-apa yang melalaikan I daripada ingat kepadaNya - walaupun, walaupun perkara-perkara yang sangat I sukai (ampun ya Allah)


DOA

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini  mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

I teringat cikgu I kata, orang yang beriman itu apabila dibacakan ayat-ayat Al Quran kepada mereka, mereka akan menjawab - "kami dengar, dan kami taat".

I berfikir, bila I nak gunakan ayat tersebut ???

 "kami dengar, dan kami taat" (24:51)

Comments

  1. Alhamdulliah ...

    Ticer, terima kasih! Sape tak nak berjaya dia akan RUGI ... Pencarian ini yg Fadhlina masih belajar & terus belajar.

    Apa juga keadaan pertama BERTENANG! Tarik nafas, berdoa, minta pada Allah & cari point.

    Tapi Fadhlina masih pertahanan SABAR & SOLAT ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...