Skip to main content

One day, I will stop drinking coffee

Dulu-dulu, I start dengan nescafe.
Arwah Abah minum nescafe, mak minum nescafe ... tak berapa ingat bila I start nescafe. tetapi yang pasti sepanjang kehidupan  di alam dewasa ini I suka minum coffee ... kebelakang ini coffee sahajalah minuman berperisa selain daripada itu I minum 'plain water'


meningkat umur tiga puluhan ... merasa kebebasan kewangan, I mula berjinak dengan coffee yang lebih berjenama dan mahal pula harganya. semua ini berlaku secara alami, sebab kopi bukan agenda utama cuma perubahan nilai dalam kehidupan dan faktor pergaulan dan peradaban memandu selere sedemikian.
Tidak pula rasa bangga atau kaya raya minum kopi di starbucks ... tetapi mudah nak jumpa kawan-kawan di situ, ada hot spot pula. masa tu handphone takde pakej data. dah tu, selalunya pula bukan I yang bayar harga kopi yang dinikmati (untungnya jadi orang perempuan, begini) walaupun I tahu harga kopi waktu itu ialah RM11 ++


sehinggakan satu hari, 

Dalam perjalanan dengan urusan pekerjaan, I singgah minum kopi di luar bandar dan membayar harga secawan kopi, RM1.50 rasa tersintak juga. Apa ... cuma RM1.50!!!
Rasa kopi di Kuala Lumpur dan di situ sama sahaja (lebih kurang). seperti kena electric shock - baru kesedaran tiba. 

Ampun ya Allah, harga kopi di kotaraya boleh membiyaai sekali makanan satu keluarga yang miskin. Tiba-tiba terasa zalim pula berbelanja sedemikian mewah sedangkan jika I sedekah sepuluh ringgit, I masih boleh menikmati secawan kopi.

Masuk umur 40an, I sudah berhenti minum kopi di kedai terutama kedai mamak tetapi I masih menikmati sesekali kopi di kedai kopitiam atau kedai kopi biasa sebab I boleh dapatkan kopi tanpa gula atau selalunya, I lebih selesa dengan kopi yang I buat sendiri.


I tidak lagi bergantung kepada kopi 3 dalam 1, atau 4 dalam 1. He he - hari tu, I jumpa kopi 18 dalam 1 - betul! sebab kopi2 ini semuanya banyak kandungan gulanya ...

I dah mula jadi macam mak cik I dulu; bawa kopi sendiri kemana-mana. bagusnya buat kopi sendiri ini sebab I tidak perlu mengeluarkan dana untuk meracun diri dengan gula. sudah beberapa tahun juga I berhenti minum teh tarik kecuali mencuri rasa teh tarik kawan-kawan. Bukan I anti teh, Isu I dengan teh tarik - ialah bahan pewarna. itu sahaja.


Semalam I minum kopi, dan pagi ini juga ... I berfikir, sebenarnya apa yang I cari daripada meminum kopi ini.
Nikmat kah? macam tidak lah sangat.
Sedap kah? tidak juga ...
Perlu kah? mungkin... antaranya kopi ini mengambalikan ingatan 'gembira' kepada beberapa orang yang pernah terlibat dalam kehidupan ini. Orang-orang yang I sayangi, mereka juga terlibat dalam proses membentuk sedikit sebanyak kedewasaan dan mematangkan peribadi. mereka-mereka ini sudah jauh - ada yang I tinggalkan, ada juga yang telah meninggal dunia (ish ish) terasa sayang untuk melepaskan memori pada sisa-sisa hidup ini ... 


Seronok bila minum kopi, teringatkan orang itu dan ini.
I akan senyum sendiri ... dan doakan orang-orang ini samada masih hidup atau pun sudah meninggal dunia, mohon dirahmati Allah.


FYI, ada 10 kelebihan kopi yang perlu kita pertimbangkan;




  1. Kopi adalah sumber antioksidan 
  2. Kafein memberikan rangsangan ingatan jangka pendek.
  3. Kopi boleh membantu melindungi terhadap penurunan kognitif.
  4. Kopi baik untuk jantung dan
  5. Kopi baik untuk hati
  6. Kopi boleh membantu membendung kanser tertentu
  7. kopi boleh mengurangkan risiko mendapat diabetes type 2
  8. Kopi boleh meningkatkan prestasi senaman
  9. Kopi menyekat kemurungan
  10. Kopi mengurangkan resiko gout
tersenarai, banyak faedah kopi maka ... janganlah kita buang terus kopi daripada kehidupan ini tetapi apa-apa yang berlebihan itu tentulah memudaratkan, kan ... 





Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

An Nisa 142

bismillah ...  semalam migraine, seharian. Yang memotivasikan  untuk bangun pagi tadi hanyalah kerana I berjanji boleh tidur semula selepas solat subuh - dan, selalunya bila sakit - I minta Allah bagi hadiah kerana I sabar menjalani sakit (kononnya). Alhamdulillah, kerana sifat kasih Allah itu melebihi daripada apapun maka, sebagai hadiah yang I nampak ialah ayat 142 surah An Nisa yang singgah pada bacaan pagi tadi. Verily, the hypocrites seek to deceive Allâh, but it is He Who deceives them. And when they stand up for As-Salât (the prayer), they stand with laziness and to be seen of men, and they do not remember Allâh but little. (4:142)   maka, hari ini - I minta ampun banyak-banyak kerana I lah orang yang solat tetapi lalai. I tahu bahawa solat itu adalah ibadah yang sangat amazing, I maklum tentang kelebihan rukuk dan sujud ... ehem, I yang juga mengajar tentang solat. I faham apa yang baca dalam solat tetapi I jugalah yang ke sana dan ke mari dalam solat....

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...