Skip to main content

Taqwa - rasa takut kehilangan CINTA Allah

A thought for the day: "The one who angers you conquers you."

The Messenger of Allah (peace be upon him) said, "The strong is not the one who overcomes the people by his strength, but the strong is the one who controls himself while in anger."

Bismillah …

Petang semalam semasa dalam sesi coaching; tiba-tiba Fara masuk dan bertanya “ticer, wan tanya apakah itu taqwa” – beberapa orang menjawab, maklum kita semua baru sahaja disekolahkan oleh 
Tuan Fazrul baru-baru ini. I sangat sukakan warga ZMP ini, kerana di sinilah yang dikatakan taman syurga (tempat yang menganjurkan majlis-majlis ilmu).

Taqwa itu ialah kesungguhan meninggalkan jauh larangan Allah daripada melaksanakan perintahNya. Cikgu I kata, Taqwa itu ialah rasa takut kehilangan cinta Allah.

Contoh;
Kita sedang jatuh minat dengan seorang wanita, kita hendak mendapatkan perhatiannya dan kita dapat tahu pula daripada kawan2 kita bahawa wanita yang kita idamkan itu tidak suka orang yang berambut panjang. hari itu juga kita akan ke kedai gunting dan korbankan mahkota seni yang kita bangga2kan selama ini. Hanya untuk mendapatkan 'cinta'

Contoh 2:
Kita nak kawin dan, sudah pun ada calonnya. Kita nak minta buat pengumuman dengan Ibu tentang hasrat untuk mendirikan rumahtangga. Tetapi kita sangat tahu yang Ibu kesayangan kita itu tidak sukakan orang perempuan yang tidak bertudung. Tentulah sudah berbulan-bulan berdakwah tentang tudung dan konsep menutup aurat kepada kekasih yang kita sayangi ini.

Nah ... begitu!
Kita akan buat apa sahaja kerana kita tidak mahu kehilangan 'Cinta'. Kita akan cuba sedaya upaya untuk merubah demi untuk mendapat tempat pada hati orang yang kita sayangi, begitu jugalah dengan Allah. Taqwa itu apabila kita meninggalkan apa-apa yang akan menyebabkan Allah murka kepada kita - kannn?


Jom kita audit diri kita untuk hari ini sahaja; daripada bagun tidur sampailah waktu hampir untuk tidur semula – berapa banyak larangan Allah yang telah kita decide untuk tinggalkan!

Bangun pagi – ok
solat – OK insya allah
sarapan – ok juga, hmm … perbincangan dengan pak cik tu selepas sarapan rasa macam tak OK. Ampun ya Allah. Nanti, minta maaf laa. Ok sekarang minta maaf – I whatssap eh
Sesi coaching – OK
Lunch – dengan kawan-kawan di BPUNJ ok juga. Berbagi-bagi nenas sempena nak raya ni tentulah ok juga kan.
Asar – berjemaah, ok lah
Dinner – jus nenas, OK lah
Maghrib & Isya – fine, sorang-sorang kat rumah. Ok
Tidur, insyallah lagi 40 minit selepas habis menaip ni – jam 10 malam. Ok kan?

Eee tak syok lah, sebab tak lulus walaupun di audit oleh diri sendiri. Itu semua yang kita sendiri rasa, belum cerita apa yang orang lain rasa. Ish macamana pula kalau di audit oleh malaikat. Ampun ya Allah, sungguhlah kami ini zalim pada diri sendiri. Ampun. Ampun. Ampun!

Esok kita puasa lah. Puasa Arafah – 9 Dzulhijjah dapat menghapuskan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang (HR Muslim no 1162). Kita puasa baik-baik eh, kita mintalah ampunan Allah, minta Ilmu yang berguna, Amal ibadat yang diterima, rezeki yang baik-baik dan halal. I suka doa ini dan teringat semasa di Arafah, inilah doa yang mudah dan sentiasa diulang-ulang. Mohon Allah perkenankan.

Sebelum saya berhenti malam ini, teringat pula Tuan Fazrul juga ada bekalkan kita semasa sesi perkenalan itu dengan surah Ali Imran, ayat 134 yang bermaksud;

orang-orang yang bertakwa iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.



Selamat malam. Semoga kita semua mendapat rehat yang baik – Insya Allah. I juga mohon maaf, zahir dan batin. Dan, selamat hari raya aidil adha - manalah tau tak jumpa lagi, manalah tau kalau inilah terakhir kita bersama kannn. Syahdu lah pulak … Assalamualaikum!

Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

An Nisa 142

bismillah ...  semalam migraine, seharian. Yang memotivasikan  untuk bangun pagi tadi hanyalah kerana I berjanji boleh tidur semula selepas solat subuh - dan, selalunya bila sakit - I minta Allah bagi hadiah kerana I sabar menjalani sakit (kononnya). Alhamdulillah, kerana sifat kasih Allah itu melebihi daripada apapun maka, sebagai hadiah yang I nampak ialah ayat 142 surah An Nisa yang singgah pada bacaan pagi tadi. Verily, the hypocrites seek to deceive Allâh, but it is He Who deceives them. And when they stand up for As-Salât (the prayer), they stand with laziness and to be seen of men, and they do not remember Allâh but little. (4:142)   maka, hari ini - I minta ampun banyak-banyak kerana I lah orang yang solat tetapi lalai. I tahu bahawa solat itu adalah ibadah yang sangat amazing, I maklum tentang kelebihan rukuk dan sujud ... ehem, I yang juga mengajar tentang solat. I faham apa yang baca dalam solat tetapi I jugalah yang ke sana dan ke mari dalam solat....

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...