Skip to main content

wisdom tooth

berita terbaru ....

dua tiga hari ini rasa sedikit tidak selesa - macam gusi bengkak. sehinggakan ada satu hari yang I mengambil keputusan untuk tidak berjumpa sesiapa kerana sakit gigi. makan apa pun tidak selesa. 

hari ini, apabila I check - macam ada warna putih kelihatan pada geraham yang terakhir ... eeee pada usia 48 tahun baru nak tumbuh wisdom tooth! lambat betul ... yang bestnya, I melihat kepada dua senario. 

1. Usia badan ini masih muda menyebabkan baru geraham bongsu nak datang.
2. sudah tiba masa untuk tambah bijaksana ... ha ha ha 

pada kedua-dua senario ini kita ucapkanlah Alhamdulillah. Allah sahaja yang mengetahui sebab musababnya tetapi apa pun kita happy sahajalah. sementara itu, sementara tidak selesa menanggung kesakitan ini kita mohonlah Allah ganti dengan keampunan dan kemaafan - Amin! 

Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

An Nisa 142

bismillah ...  semalam migraine, seharian. Yang memotivasikan  untuk bangun pagi tadi hanyalah kerana I berjanji boleh tidur semula selepas solat subuh - dan, selalunya bila sakit - I minta Allah bagi hadiah kerana I sabar menjalani sakit (kononnya). Alhamdulillah, kerana sifat kasih Allah itu melebihi daripada apapun maka, sebagai hadiah yang I nampak ialah ayat 142 surah An Nisa yang singgah pada bacaan pagi tadi. Verily, the hypocrites seek to deceive Allâh, but it is He Who deceives them. And when they stand up for As-Salât (the prayer), they stand with laziness and to be seen of men, and they do not remember Allâh but little. (4:142)   maka, hari ini - I minta ampun banyak-banyak kerana I lah orang yang solat tetapi lalai. I tahu bahawa solat itu adalah ibadah yang sangat amazing, I maklum tentang kelebihan rukuk dan sujud ... ehem, I yang juga mengajar tentang solat. I faham apa yang baca dalam solat tetapi I jugalah yang ke sana dan ke mari dalam solat....

BERJAYA, Insyallah

bismillah selalu kita nampak di FB iklan-iklan tentang program-program kejayaan yang menjanjikan, keuntungan dalam perniagaan. teknik mendapatkan pendapatan yang lebih, berganda! Bagaimana untuk kaya & berjaya !!! I pun tau ramai dikalangan kita yang selalu mengikuti kursus-kursus tersebut - Alhamdulillah, dipersilakan. Insyallah dengan izin Allah kita akan berjaya.  kebelakangan ini semua orang berniaga ... ada yang jual kek, jual baju, jual tudung. Jual kain, jual ubat - macam-macam ubat. jual susu, jual kereta, jual buku, jual telefon, jual air, yang jual udara pun ada ... macam-macam. semua orang sibuk mencari duit lebih Insyallah juga akan berjaya dengan izin Allah ... Sekarang timbul beberapa persoalan; 1. Apa itu BERJAYA ? dan, 2. Apakah pula maksud 'dengan Izin Allah' ? hmm ... siapa nak jawab? siapa kita nak rujuk untuk mendapatkan jawapannya - atau bolehkan kita jumpa jawapannya didalam Al Quran? bukankah Al Quran itu petunjuk jalan kebenaran. (ehem ... k...