Skip to main content

Fesyen Muslimah 2

I cuma nak tau, sesuaikah bila bertudung macam ini?




Yang I faham apabila kita menipu (takde rambut tetapi memakai sanggul palsu) - tentulah berdosa. Satu lagi bila bersahaja kita hendak menunjuk2 apa yang ada terlindung di sebalik tudung itu adalah juga tidak sesuai kerana masih mempamerkan perhiasan diri di samping menutup aurat kononnya.

Atau I ni memang sudah tidak mampu mengikuti peredaran zaman dan sangat keliru! sebab I ni berpegang pada satu hadis, atau hadis ini palsu atau tidak lagi relevan, atau you all tak pernah terjumpa dengan hadis ini?


“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu;

1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan;

2. Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-)


Pernah juga I tegur beberapa orang kawan-kawan yang seusia I ini tentang melabuhkan tudung tetapi jawapannya ialah, dirinya sudah tua dan tiada siapa yang mahu melihat kepadanya. pada hemah saya - walaupun kita ini sudah berusia dan tidak lagi mempunyai susuk tubuh badan yang menggoda tetapi hukum aurat itu masih sama melainkan sekiranya kita mengambil keputusan untuk mengaku hilang akal maka sudah tentu dia tidak lagi terikat pada mana-mana hukum.

Pada kawan-kawan perempuan berhati-hatilah kerana kita ini masih ke sana dan ke mari, masih lebar jaringan pergaulan dan masih jauh perjalanan. bersusah payah kita berjuang di dunia ini kerana kita mengharapkan kebaikan di akhirat nanti, tetapi hadis tadi terkena pada kita - BAGAIMANA?

dan pada kawan-kawan I yang lelaki, melihatlah pada isteri dan anak-anak perempuan kita apabila mereka melangkah keluar rumah, adalah sedikit rasa cemburu apabila apa yang menjadi perhiasan pada kita juga dinikmati oleh kawan-kawan kita yang lain di luar sana. sekadar berpesan, manalah tau kalau-kalau you all tak tau tentang perkara-perkara ini.

Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Qalbun Saleem

Cara terbaik untuk celebrate birthday orang tersayang ...  lama tidak ke Imuslim untuk belajar kelas berbayar mahu pun percuma, tetapi - hari ini special sebab birthday Ibrahim Topik hari ini best - Qalbun Saleem.  Kawan-kawan, akan tiba satu hari nanti ... di mana harta benda dan ahli keluarga tidak akan dapat menyelamatkan diri kita KECUALI bagi orang-orang yang beriman; yang memiliki hati yang bersih (Qalbun Saleem); yang sentiasa ingat kepada Allah (berdiri, duduk dan baring) yang sentiasa meminta keampunan daripada Allah berdoa supaya terperlihara daripada azab api neraka. (rujuk surah Al Imran; ayat 10, 16 & 17) Soalannya, apakah kita memiliki hati yang bersih ini? hati yang bersih ini kita perlukan bila kita berdiri di hari pembalasan esok. maknanya, hari ini tak perlu sangatlah.  Bak kata Sheikh itu semalam, kepada Allah - tidak mendatangkan apa-apa mudarat kepadaNya samada kita percaya kepada Allah atau tidak. Samada kita taat atau tidak ... ata...