Waktu subuh baru sahaja berlalu. Seperti biasa suasana di
istana hinggap ini tenang dan damai, selalunya computer ini akan mengaji Surah
Al Baqarah sambil menemankan saya berkemas dan bersiap-siap untuk berhadapan
dengan dunia, walaupun saya memang tidak berniat untuk keluar ke mana-mana kerana
ada assignment yang perlu di siapkan dalam masa seminggu ini tetapi manalah tau
umur kita tidak panjang … nanti orang datang tengok keadaan kita macam dalam
tongkang pecah. Tak bagus, tak bagus!
tetapi pagi ini saya sedang menyibukkan diri dengan ‘juicer’ baru yang dihadiahkan oleh Rozie – sedang asyikkan dengan air lemon dan madu, terdengar bunyi pesanan di telefon … kawan saya ni tulis pesanan ringkas sahaja “my husband, dah kawin lagi!”
FYI kawan saya yang hebat ini adalah isteri kedua. Dia inilah orang yang bertanggungjawab kepada semua urusan suaminya sejak mereka berkahwin. Dia juga mengambil semua tugas dan tanggungjawab isteri pertama … maklum isteri pertama orang biasa-biasa sahaja.
Dia jugalah yang merubah diet suami, merubah fesyen suaminya. Hari itu terjumpa encik suami memakai kemeja Hawaii warna merah … dalam hati saya cukup pasti inilah hasil tangan kawan saya tadi sebab tiba-tiba Datuk itu sudah jadi sangat ranggi.
Asalkan mereka berdua bahagia, saya tidak banyak komen.
Kawan saya ini juga bukanlah muda sangat, sudah hampir 55 tahun. Dia kawin dengan Datuk 15 tahun yang lalu dan cerita tentang dia mengamuk di hospital masa Datuk sakit jantung beberapa bulan sebelum ini, saya pun sudah maklum.
Kawan saya menyerang seorang perempuan muda yang menziarahi Datuk. Masa itu lah juga yang saya dimaklumkan bahawa perempuan yang cantik itu adalah isteri ketiga Datuk tetapi saya memang tidak pula memanjangkan cerita kerana kita pun maklum kadang-kadang isteri ni dia tahu bahawa suaminya sudah berkahwin lagi cuma tidak mahu bercerita. Kita maklum hak peribadi orang.

Nah … hari ini, I perlu menyerahkan telinga, menadah apa sahaja yang akan dicurahkannya. Sabarlah wahai jiwa – tetapi saya harus juga mendapatkannya.
Mohon Allah izinkan saya memberi kawan seorang ini makna sabar dan baik sangka. Saya ini memang tidak ada pendapat negative tentang isu poligami ini tetapi kita perlu juga faham bukan semua orang dijadikan istimewa untuk redha dengan pemberian tuhannya walaupun setiap pagi dan petang kita ini bersyahadah.
Selaku coach yang dalam isu-isu perhubungan manusia ini saya memang tidak boleh lari daripada mendengar rintihan rumahtangga walaupun sebenarnya saya sangat suka menjadi coach hubungan antara ibubapa dan anak-anak. saya sangat gemarkan kebolehan saya mencorak bentuk fikiran anak-anak ... tetapi memang kes-kes ibu dan bapa jugalah yang Allah berikan kepada saya ...
Hak Allah, kita ikutkan sahajalah kan - sebagai hamba, jangan merungut!
Saya akan rewrite cerita ini, selepas perjumpaan nanti. insyallah.
doakan jugalah kawan saya ini semoga dia bahagia ... yang dah kawin itu kita doakan juga semoga sejahtera.
I selalu juga terfikir - hebat orang lelaki ini, kerana kesanggupannya untuk menjawab panjang lebar di mahsyar nanti. Tetapi kita juga percaya bahawa dengan Kehebatan Allah itu, baik percaturannya - Allah kan tidak memberatkan hambaNya melainkan yang terpikul oleh hamba itu sendiri. Terbaik kan!
Saya memilih baju merah untuk bertemu kawan yang satu ini, moga menambah energy yang tinggi sebab saya maklum untuk meredakan taufan.
Ehm … nak makan dua biji telur setengah masak juga, saya perlu banyak tenaga. Bismillah …
Comments
Post a Comment