
you pernah dengar program ini?
magical ... banyak-banyak program yang saya sudah ikuti daripada berbagai-bagai anjuran tetapi program ini memang aneh bukan sikit2.
macam cerita twilight zone (orang muda-muda mungkin tak tau pun apa itu cerita twilight zone - dan saya tak berniat nak kenalkannya, bukan hari ini!) seperti program ini didatangkan oleh Allah itu sendiri, setiap peserta akan pulang dengan apa yang mereka niatkan.
pelik, dalam program ini - penyampainya memang pun pelik. yang ramai-ramai mengikutinya itu pun macam-macam. inilah satu-satunya program, peserta boleh main handphone. boleh makan dan minum, keluar dan masuk ... tetapi yang pastinya semua yang hadir itu akan dapat mengikut kesungguhan dan niat masing-masing.
seandainya you ada nampak program ini dimana-mana dekat dengan tempat you. cubalah mendaftarkan diri. best! yang penting bila you jadi peserta ialah you hendaklah sabar dan baik sangka. jangan menilai (don't judge) baik kepada penyampainya, cara penyampaiannya, modulnya dan tingkah laku peserta-peserta lain ... semua itu tidak penting. yang penting hanyalah diri you dan diri you sahaja. you cuma perlu dengar, dan buka dada untuk menerima - Insya Allah ... saya doakan you all 'Selamat Maju Jaya' dan jangan kisah apa orang lain kata dan jangan pun kira jika you hadir you akan dapat program yang sama macam yang saya ceritakan sebab semuanya boleh jadi lain.
Ada game dalam seminar ini, iaitu peserta di berikan imbuhan dalam bentuk nilai matawang bagi setiap penyertaan atau soalan yang mana matawang tadi akan digunakan untuk membeli hadiah2 yang dilelong pada penghujung program iaitu pada hari kedua.
yang seronoknya seminar menjadi sangat meriah dan semua peserta turut mengambil bahagian kerana menginginkan nilai imbuhan yang tinggi supaya kita boleh membida hadiah2 yang hebat-hebat.
tetapi hadiah2 itu semuanya berbungkus maka peserta hanya boleh mencuba dengan harapan memperolehi hadiah yang baik dan sesuai dengan kehendak.
Duit yang terkumpul untuk diri saya sendiri tidaklah banyak sangat kerana kadar pemberian oleh trainer hanyalah mengikut sesuka hatinya. kadang-kadang ada soalan yang bernilai 5000 ada juga yang dinilaikan sehingga 50,000 atau mungkin hanya 100 sahaja.
pelik - tetapi inilah hakikatnya dunia ... tidak adil!
pada petang hari kedua jumlah keseluruhan terkumpul hanyalah 140,000. ada peserta lain yang mempunyai 700,000 (sebab dia dapat durian runtuh) ada juga yang hanya memperolehi 45000. ini juga hakikatnya dunia.
pendekkan cerita bida punya bida. akhirnya semua orang dapat 1 hadiah. orang paling kaya pun bawa pulang 1 hadiah sahaja. kakak yang ada 45000 itu dapat 4 buah buku - bestnya. 'Saudagar tukang kasut' gelaran pada orang yang paling kaya tadi membawa pulang 'skipping rod' dan saya ... itulah, saya dapat laundry bag.
diakhir sesi ... kita muhasabah mengapa kita dapat, apa yang kita dapat - regardless of jumlah wang yang kita ada. macam-macam yang kita pelajari ... tetapi yang uniknya 'laundry bag' inilah. saya happy jer bawa pulang satu lagi laundry bag - boleh buat hadiah. tetapi hati masih tertanya-tanya apakah yang hendak Allah sampaikan ...
Bila Bertenang di rumah selepas isya. Saya reflect semula - hadiah yg saya beli tadi, atau dalam istilah lain - yg Allah rezekikan kepada saya.
Teringat kepada surah al mussathtir. Surah ke 74 diawal2 surah.
Apabila Allah menyuruh Rasulullah untuk bangun dan menyampaikan, Allah juga menyuruh Rasulullah supaya membersihkan pakaiannya.
Setahu saya, saya inilah orang yg sangat pembersih soal pakaian ini sebab saya mencuci pakaian hampir setiap hari. Macam tak sampai hati nak keluar rumah dengan pengetahuan bahawa ada yang tidak selesai di rumah. bagaimana kalau, bila keluar nanti kita tidak lagi balik sampai bila-bila (mati ler) eee tak syok bila ada orang lain tengok pakaian tidak bersih kita kan ...
Tentulah ada maksud yg lebih mendalam bila saya terasa bahawa Al Quran itulah rujukannya, maklum orang yg hebat2 ini (terasa hebat .. mohon maaf) bahasa yg Allah guna kan untuk mentarbiahkan kita tentulah hebat juga.
Kita ini nak jadi orang berjuang. kita hendak memandaikan masyarakat dan bangsa (Insya Allah) maka bersesuaian dengan misi dan visi yang besar itu, saya kuat berpendapat bahawa message daripada Allah ialah, mengingatkan saya supaya membersihkan kotoran pada jiwa yg masih berbaki dan yang mencemarkan.
teringat pula pada sifat yang kita pilih semasa aktiviti membersihkan kotak dalam hati - saya dapat perkataan BENCI. mungkin kotoran-kotoran inilah yang perlu saya halusi dan bersihkan daripada menjadi pemakaian kerana ini semua akan menghijab usaha dan cita-cita - itu, cikgu saya pesan.
Saya ini agaknya merasa diri sudah sempurna, maklum asyik keluar masuk program spiritual. begini rupanya Allah hendak menyampaikan ... masa dapat kad BENCI itu pun saya sudah cuba untuk menundukkan ego. saya terima sahaja, cuba untuk menjadi hamba yang baik, iaitu mendengar dan taat.
Hebatnya Allah kerana ia menjawab segala apa yang kita submit kepadanya
hakikatnya; bila kita meminta, kita kenalah mendengar pula. Bila sudah mendapatkan jawapannya. sesuailah untuk kita bertindak, BERUBAH supaya saya bisa melompat lebih tinggi, Insya Allah. Cikgu saya pesan, tak payah asyik bayar duit untuk program transformasi diri sekiranya tidak mahu untuk berubah kerana guru-guru hebat di luar sana tidak akan mengubah diri kita. perubahan itu berlaku inside out ... faham? kecuali sekiranya you pergi cari mana-mana life coach yang ada di luar sana
Alhamdulillah Saya dengar dan saya sangat ingin untuk taat. Doakan saya ye ...
Sekian
Comments
Post a Comment