Selalunya I melihat sahaja, terkebil-kebil. cuba untuk faham ... samada I ni sangat confuse atau sangat ketinggalan zaman. Pada memerhatikan cara wanita islam berfesyen sekarang ini.
Dulu-dulu awal tahun sembilan puluhan, Pakaian berjubah ini hanya dipakai oleh beberapa golongan orang tertentu. Jubah mereka pun samada warna hitam, dark blue atau dark green. Kelabu dan brown. Mereka ini tidak ramai dan selalunya bukan dikalangan kenalan atau sahabat handai kita.
beberapa dekad berlalu, sekarang jubah sudah menjadi trend terkini. Kalau di Johor Bahru, di UDA Business Centre tu berderet-deret dan berblok-blok kedai mempamerkan fesyen jubah dan tudung. pendek kata - sangatlah mudah untuk menjadi wanita muslimah di negara Malaysia tercinta ini. Tak perlu lagi tunggu makcik2 kita atau kita sendiri balik daripada haji dan Umrah untuk mendapatkan bekalan pakaian yang menjaga maruah seorang wanita.
sentiasa akan ada ramai pengunjung di sana. ada kedai tudung tu, sampai orang kena beratur di luar menunggu giliran untuk masuk ke kedai itu sahaja. ramai orang berjalan ulang alik membeli belah dan kebanyakannya orang-orang perempuan yang muda mudi ini memakai seluar jeans dan t'shirt sahaja, dan memakai tudung juga tetapi ye lah - bak kata orang, seperti melepaskan batok di tangga.
mungkin I ni sudah terlalu tua, tetapi jika bertudung dan masih mempamerkan buah dada - pada hemah I belumlah bertudung lagi, kaedahnya. Oooo mungkin selepas shopping nanti mereka akan berubah. bersangka baik, Alhamdulillah.
satu hari yang berbahagia - I pun berkesempatan untuk singgah dengan tujuan untuk membeli belah, cuaca di luar sangat panas - maka, I cepat-cepat mencari perlindungan di dalam sebuah butik. Butik jubah sekarang bukan main cantik lagi. kemas dan teratur semua produk. nyaman mata memandang - sambil I cuba membelek-belek jubah yang bersusun itu,
dalam hati berlaku dialog; bagaimana mungkin jubah ini dipakai kerana kainnya jenis licin dan berkilat. Ringan pula fabriknya, I sangat yakin sekiranya angin meniup tentulah pakaian ini akan melekat pada tubuh badan dan terus menampakkan susuk tubuh pemakainya. ish ish ish ... pereka fesyen ini tidak membuat kajian kah tentang material yang diperdagangkannya. Atau mungkin yang mereka fesyen ini bukan orang islam dan tidak sensitif pada agama.
Okay, satu lagi pesanan I - sekiranya kita berkenan dengan pakaian yang dipakai oleh patung dalam kedai tu sila beri peringatan pada diri sendiri bahawa patung itu susuk tubuh badannya sangat kecil dan tiada faktor angin semasa ia memakainya!
inilah pada baki-baki zaman yang selalu diperkatakan oleh Rasulullah SAW ... jika kita perhatikan dengan lebih dekat. 90 peratus daripada apa yang diperagakan di situ tidak menepati tuntutan syariah. Kawan-kawan asal bertudung dan berjubah - belumlah kita ini menepati apa yang diperintahkan.
selalunya bila I bercakap dengan anak-anak murid, I akan pesan supaya dibeli cermin panjang dan letakkan di rumah. Apabila hendak keluar rumah, cubalah cermin diri sendiri dahulu dan bertanya, sekiranya hari ini di tempat yang kita akan pergi itu ada Rasulullah SAW tergamakkah kita untuk lalu dihadapannya. sekiranya jawapannya tidak, maka baiklah kita tukar pakaian kita kepada yang lebih sesuai. bukan apa - takut itulah kali terakhir kita berpakaian sebelum nyawa dijemput pulang.
Atau cuba tanya encik suami, setujukah beliau untuk kita keluar dengan jubah yang menampakkan kesan panties atau tudung yang menampakkan dada kita yang segar itu. seandainya dia tidak kesah untuk dipersoalkan tentang aurat kita di akhirat nanti, silakan.
tetapi tidak sedihkah kita bila ibu dan bapa kita, adik beradik lelaki kita dan juga anak-anak kita ditanya tentang perkara yang sama. tepuk dada, tanya selera.
yang I tau, anak I akan tegur sekiranya pakaian I kurang disenanginya. kitakan nak masuk syurga dengan semua ahli keluarga yang tercinta ini. tak kan kita hendak menyusahkan mereka hendak-hendaknya di hari yang mana harta benda yang banyak tidak dapat menyelamatkan kita lagi.
Sekiranya pakaian kita sudah Ok, jom tengok pakaian anak-anak perempuan kita pula ... sebab esok soalan yang sama juga kita nak kena jawab.

Comments
Post a Comment