Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Classroom

doa - ibadah yang keliru 1

Bismillah Banyak perkara yang terjadi ...  kadang-kadang menurut kehendak kita. Molek sepertimana yang kita perihalkan dalam doa … tetapi banyak juga yang tidak kita ingini. Yang tidak kita sukai.  Malah ada juga yang menyedihkan, kita rasa kecewa dan sakit hati. Tetapi, selepas beberapa waktu kita melihat bahawa perkara yang 'berat' pada pandangan kita itu juga membawa kepada kesudahan yang baik … Kita kata kita percaya bahawa Allah itu Maha Mengetahui, kita maklum bahawa Allah itu Maha Penyayang serta Maha Pengasihani …  Kita mengaku bahawa kita ini hamba yang Redha  tetapi ... pada masa yang sama, kita masih duduk lama selepas solat mendetailkan satu per satu permintaan kita seolah-olah kita khuartir kalau-kalau Allah terlepas pandang apa yang baik untuk kita.  Takut Allah lupa nak bekalkan rezeki untuk kita … Bukan I anti doa,  berdoalah. Rasulullah SAW pun berdoa juga … tapi janganlah lagi lama doa dari solat. I ...

Terapi Azan

Bila last ... you betul-betul PAUSE bila you dengar azan. I tahu semua orang dah belajar 'solat'  tapi rasanya tidak ramai tahu bab Azan Bila I belajar bab solat dengan Prophetic Guidance, mula-mula setahun I belajar bab bersihkan diri. dan setahun lagi untuk wuduk. Lepas tu hampir tiga suku tahun bab azan dan iqamah barulah nak masuk untuk solat ... Tahukah kita betapa specialnya Azan dan terhadap banyak hadis yang menguatkan kepentingan Azan. Rasulullah pesan supaya kita dengar betul2 dan menjawab seruan Muazin. Jika begitu saranan Baginda Rasulullah, tentulah ada keutamaannya Azan ini dalam kehidupan kita.  Pada hemah I, Azan adalah antara nikmat-nikmat Allah yang kita dustakan  (pinjam ayat daripada surah Ar Rahman).  Ianya adalah ibadah, tapi ramai pun yang tak tau.  Kata orang, tak kenal maka tak cinta ... Ada fungsinya Azan itu, sebab itu disyariatkan supaya Azan di kumandangkan pada setiap waktu. Kita pun tahu bahawa laungan azan itu berlak...

Tuhan, maaf kami masih sedang sibuk

Bismillah semalam sebelum masuk tidur – I pergi ke rak buku mencari sesuatu yang menarik untuk di baca sementara melayan mata untuk tidur. Terjumpa buku yang sudah di beli tetapi masih berbungkus, belum di baca … Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana mengizinkan I baca buku ini sementara masih ada hayat dikandung badan (jika tidak, warislah yang memperolehi manfaatnya) I rasa macam nak share sedikit intipati daripada buku “ Tuhan, maaf, kami sedang sibuk ”. Maka, hari ini ticer nak buat sedutan daripada ringkasan tersebut …  Allah, kami ini benar-benar sibuk , sehinggakan kami tidak ada masa untuk-Mu. Allah, harap maklum, kami – hamba-hambaMu yang begitu banyak rutin harian sehingga kami susah untuk mengatur jadual untuk mengadapMu.   Allah, kami sangat sibuk . Jangankan berjemaah, malah solat sendirian juga kami tangguh-tangguhkan. Jangan Rawatib dan Tahajud malah, kewajipan lima waktu sahaja sudah sangat memberatkan kami.   Allah, maaf – kami sedang s...

Al Quran di hatiku

Alhamdulillah -  Seminar ini, kali ini di Johor pula.  Bila orang sibuk membuat kebaikan, I suka menumpang. maka, untuk seminar ini kerja I ialah mendaftarkan penyertaan orang ramai yang berminat untuk mengikutinya.  'Uthman bin 'Affan (May Allah be pleased with him) reported: The Messenger of Allah (ﷺ) said, "The best amongst you is the one who learns the Qur'an and teaches it." [Al-Bukhari] . Ini mungkin, bukan seminar yang terbaik untuk belajar Al Quran tetapi perjuangan untuk menghidupkan Al Quran supaya bertahta semula di hati masyarakat pada pendapat I adalah pekerjaan yang mulia.  Dewasa ini, bila bercakap ... I perasan. Kita berpendapat, kita mencadang, kita merancang tetapi jarang2 I dengar pendapat, cadangan dan rancangan ini merujuk dan bersandar kepada Al Quran.  Sebab ;  selalunya kita baca Al Quran tanpa memahaminya. Kita cepat nak khatam, terutama bila bulan Ramadan. Kita leka membetulkan lagu bacaan supaya lunak diden...

Qalbun Saleem

Cara terbaik untuk celebrate birthday orang tersayang ...  lama tidak ke Imuslim untuk belajar kelas berbayar mahu pun percuma, tetapi - hari ini special sebab birthday Ibrahim Topik hari ini best - Qalbun Saleem.  Kawan-kawan, akan tiba satu hari nanti ... di mana harta benda dan ahli keluarga tidak akan dapat menyelamatkan diri kita KECUALI bagi orang-orang yang beriman; yang memiliki hati yang bersih (Qalbun Saleem); yang sentiasa ingat kepada Allah (berdiri, duduk dan baring) yang sentiasa meminta keampunan daripada Allah berdoa supaya terperlihara daripada azab api neraka. (rujuk surah Al Imran; ayat 10, 16 & 17) Soalannya, apakah kita memiliki hati yang bersih ini? hati yang bersih ini kita perlukan bila kita berdiri di hari pembalasan esok. maknanya, hari ini tak perlu sangatlah.  Bak kata Sheikh itu semalam, kepada Allah - tidak mendatangkan apa-apa mudarat kepadaNya samada kita percaya kepada Allah atau tidak. Samada kita taat atau tidak ... ata...

Hujan pagi ...

Selamat Pagi ... Hari ini hujan Alhamdulillah ... I suka hujan, sebab I boleh jadikan alasan untuk tidak kemana-mana. Kalau ada orang ajak lunch, I jawab dengan lemah lembut "alaa ... hujan lah" - less fitnah.  Ada orang sedih bila hari hujan ... sebab - macam-macam! Antaranya sebab baju tak boleh nak sidai la kot dan lagi kalau you tinggal di KL mungkin you sedih sebab trafic akan menjadi lebih kacau daripada biasa. Sebab basah, sebab you tak boleh kena hujan, eh - kalau nak cari isu, 44 isu boleh muncul.  Tapi hujan inikan rahmat. setidak-tidaknya kita patut bersyukur kerana hujan membersihkan ruang udara. Satu lagi hujan ni 'menyejukkan' - I suka sejuk. Satu lagi, I boleh berdoa ... ada doa hujan. ( Kita tak boleh baca doa hujan bila hari panas kan? ) Bila hujan, tak payah nak sidai baju. Tak perlu ON kan air-cond. Ada alasan untuk tidak perlu ke pasar, so kita makan sandwich sahaja hari ini atau kita boleh habiskan mana-mana leftover yang memenuhkan fridg...

BERJAYA, Insyallah

bismillah selalu kita nampak di FB iklan-iklan tentang program-program kejayaan yang menjanjikan, keuntungan dalam perniagaan. teknik mendapatkan pendapatan yang lebih, berganda! Bagaimana untuk kaya & berjaya !!! I pun tau ramai dikalangan kita yang selalu mengikuti kursus-kursus tersebut - Alhamdulillah, dipersilakan. Insyallah dengan izin Allah kita akan berjaya.  kebelakangan ini semua orang berniaga ... ada yang jual kek, jual baju, jual tudung. Jual kain, jual ubat - macam-macam ubat. jual susu, jual kereta, jual buku, jual telefon, jual air, yang jual udara pun ada ... macam-macam. semua orang sibuk mencari duit lebih Insyallah juga akan berjaya dengan izin Allah ... Sekarang timbul beberapa persoalan; 1. Apa itu BERJAYA ? dan, 2. Apakah pula maksud 'dengan Izin Allah' ? hmm ... siapa nak jawab? siapa kita nak rujuk untuk mendapatkan jawapannya - atau bolehkan kita jumpa jawapannya didalam Al Quran? bukankah Al Quran itu petunjuk jalan kebenaran. (ehem ... k...

Fesyen Muslimah 2

I cuma nak tau, sesuaikah bila bertudung macam ini? Yang I faham apabila kita menipu (takde rambut tetapi memakai sanggul palsu) - tentulah berdosa. Satu lagi bila bersahaja kita hendak menunjuk2 apa yang ada terlindung di sebalik tudung itu adalah juga tidak sesuai kerana masih mempamerkan perhiasan diri di samping menutup aurat kononnya. Atau I ni memang sudah tidak mampu mengikuti peredaran zaman dan sangat keliru! sebab I ni berpegang pada satu hadis, atau hadis ini palsu atau tidak lagi relevan, atau you all tak pernah terjumpa dengan hadis ini? “Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; 1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan; 2. Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya . Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tid...