Skip to main content

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa
‘melukut di tepi gantang’


I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’
orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan

tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’?
 kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan.

Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga.

I kenal ‘gantang’.
Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu.

I pun google search maksud ‘melukut’ …

Ampun ya Allah

Melukut ini maksudnya ‘broken rice grain’, beras hancur …

sedihnya
betullah kata orang ‘masuk tak penuh, keluar tak luak’

tak jadilah nak guna peribahasa itu,
rasa diri macam tidak berharga sahaja, macam barang terbuang.

I cuma nak posting kat FB sebab buah hati tidak melayan whatsapp I – I tau dia busy 
(walaupun hari ini dia tak kerja  – hu hu).

Tapi tak bolehlah I jadi ‘melukut’ sebab mungkin dia sibuk, ada urusan lain dan lain-lain hari ini TETAPI I pun maklum bahawa I ini lebih berharga daripada ‘broken rice grain’.


So kawan-kawan,
next time nak guna peribahasa check dulu, sebelum kita silap pada menghargai diri sendiri

SEKIAN

 

Comments

Popular posts from this blog

An Nisa 142

bismillah ...  semalam migraine, seharian. Yang memotivasikan  untuk bangun pagi tadi hanyalah kerana I berjanji boleh tidur semula selepas solat subuh - dan, selalunya bila sakit - I minta Allah bagi hadiah kerana I sabar menjalani sakit (kononnya). Alhamdulillah, kerana sifat kasih Allah itu melebihi daripada apapun maka, sebagai hadiah yang I nampak ialah ayat 142 surah An Nisa yang singgah pada bacaan pagi tadi. Verily, the hypocrites seek to deceive Allâh, but it is He Who deceives them. And when they stand up for As-Salât (the prayer), they stand with laziness and to be seen of men, and they do not remember Allâh but little. (4:142)   maka, hari ini - I minta ampun banyak-banyak kerana I lah orang yang solat tetapi lalai. I tahu bahawa solat itu adalah ibadah yang sangat amazing, I maklum tentang kelebihan rukuk dan sujud ... ehem, I yang juga mengajar tentang solat. I faham apa yang baca dalam solat tetapi I jugalah yang ke sana dan ke mari dalam solat....

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...