Skip to main content

hamba yang melampaui batas


Soalan daripada guru hari ini;

"Adakah aku hamba yang melampaui batas"

suka sahaja untuk menjawab TIDAK. suka sahaja untuk percaya bahawa diri ini lah hamba yang kenal bahawa Allah itu Tuhan dan kita hanyalah hamba yang mana tujuan dijadikan hanyalah untuk beribadah kepadaNya.

tetapi selepas hampir 2 jam penyampaian Tuan Fazrul, walaupun dia sentiasa tersenyum dan baik budi bahasa, mengupas dan mengulang-ulang ayat-ayat yang sama, iaitu ayat 1 hingga ayat 7 surah Al Alaq. I yang duduk mendengar ini merasakan pijar di muka seperti di tampar beberapa kali.

menung kita tuan-tuan...
apabila kita sendiri yang merumuskan bahawa kitalah hamba yang melampaui batas! rasa sedih, malu dan sangat hina berbaur dalam sanubari. adakah patut, dengan semua nikmat yang Allah telah beri, dan dengan semua ilmu yang sudah dipenuhkanNya di dalam dada - masihlah I ini sentiasa dalam keadaan beta, masih kuat pada keakuan. masih bersultan di mata, beraja di hati. ish ish ish ...

rasa macam hendak sujud sahaja. Hendak sujud lama-lama. Hendak sujud sampai bila-bila kerana sebaik sahaja diangkat kepala ini nanti daripada menyembahMu O Allah, tentulah diri ini akan terjerumus lagi pada kelalaian ...

Ampun ya Allah. Hanya Engkaulah yang boleh mengampunkan kezaliman ini. Ampun ya Allah. Terimalah diri ini ya Allah. Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus. Ampun.

Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

An Nisa 142

bismillah ...  semalam migraine, seharian. Yang memotivasikan  untuk bangun pagi tadi hanyalah kerana I berjanji boleh tidur semula selepas solat subuh - dan, selalunya bila sakit - I minta Allah bagi hadiah kerana I sabar menjalani sakit (kononnya). Alhamdulillah, kerana sifat kasih Allah itu melebihi daripada apapun maka, sebagai hadiah yang I nampak ialah ayat 142 surah An Nisa yang singgah pada bacaan pagi tadi. Verily, the hypocrites seek to deceive Allâh, but it is He Who deceives them. And when they stand up for As-Salât (the prayer), they stand with laziness and to be seen of men, and they do not remember Allâh but little. (4:142)   maka, hari ini - I minta ampun banyak-banyak kerana I lah orang yang solat tetapi lalai. I tahu bahawa solat itu adalah ibadah yang sangat amazing, I maklum tentang kelebihan rukuk dan sujud ... ehem, I yang juga mengajar tentang solat. I faham apa yang baca dalam solat tetapi I jugalah yang ke sana dan ke mari dalam solat....

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...