Skip to main content

Isteri No. 4

Di dalam kehidupan ini, adat hidup – mestilah ada banyak cerita. cikgu saya tidak melabelkan peristiwa dalam kehidupan ini sebagai masalah atau issue, tetapi beliau lebih gemar melabelkannya sebagai cerita.

Bilamana kita melabelkan kisah dan peristiwa kehidupan sebagai cerita. Maklum, cerita-cerita ini tentulah ada menarik, sensasi dan gembira dan ada juga yang kurang menarik. 


Pendek kata semuanya hanya cerita sahaja, tidak berat mata memandang tidak juga berat bahu yang memikul. Setuju kan 

Selalunya orang yang dewasa akan mendirikan rumah tangga, tetapi maklum ada juga sesetengah daripada yang mendirikan rumah tangga ini tidak cukup dewasa kan … selalunya keluarga ini terdiri daripada seorang suami, seorang isteri mungkin ada anak, anak-anak dan mungkin juga tiada zuriat … kita pun maklum inilah ketentuan Allah. 


Alhamdulillah … dengan kefahaman demikian kita telah berjaya mendudukkan faham. 

Ada juga keluarga yang terdiri daripada dua orang isteri – jeng! jeng! jeng! 
Selalunya keluarga begini sedikit sensasi kerana ada banyak cerita.

Ada kata-kata, versi isteri pertama, ada juga kata-kata siri daripada isteri kedua – kadang-kadang suami pun ada bahagian dalam cerita. Hal-hal begini macam sudah terbiasa kepada kita. Biasa pada masyarakat yang sibuk dengan kerjaya dan membina legasi.

Setiap hari kita ini sibuk ke sana dan ke mari baik suami maupun isteri – kadang-kadang encik suami ini terlupa mana satu isteri dan mana satu secretary (ha ha ha … ). Tidak kita nafikan di mana ini bukan lagi kes-kes yang terpencil - iaitu, isteri tidak perasan siapa suami mereka. Biasa, biasa, biasa …. 

Tetapi saya ini adalah seorang yang kuat percaya kepada jodoh, dan kita pun tahu bahawa jodoh ini ditangan Allah semata-mata. Semua rumahtangga yang dibina dengan isteri pertama atau kedua adalah janji Allah cuma pandangan kita, insan yang lemah ini bermacam-macam. 


Kata cikgu saya, bila kita boleh mendudukkan setiap perkara baik dan tidak baik (pada pengamatan kita) itu daripada Allah – itulah tanda iman itu sudah ada di dalam dada. Kalau tidak ... mohonlah tepuk dada, tanya selera!

Saya suka bercakap tentang cinta … ya, Allah – manisnya cinta kan? 


Tetapi yelah – bila orang lain ter’cinta’ suami kita dan bila suami kita jatuh cinta dengan orang lain – adoi! Boleh gelap alam maya ini, tiba-tiba langit mendung.


Masa inilah yang sempat berfikir, sepatutnya dia sudah mengikuti kursus ‘Conflic Management’. Ataupun, pantas cuba memetakan di mana dia pernah ternampak kursus Allah Tempat Meminta diiklankan. Risau juga kerana kita waktu itu faham bahawa kita lemah dan kita kuartir ujian ini akan membuat kita tergelincir daripada landasan iman.

Sekali sekala kita dengar, selalunya dalam bisikan sahaja bahawa kawan kita ini rupa-rupanya sekarang juga telah bergelar isteri, tetapi isteri yang ketiga. Shhh! Jangan cakap dengan orang. Selalunya rahsia …

Siapakah isteri ketiga ini? 


Sebenarnya saya pun tak kenal ramai orang yang mendapat anugerah ini. Kecuali jika suaminya itu seorang sultan! Perempuan ini pada hemah saya tentulah istimewa kerana menguruskan dua isteri pun selalunya encik suami tidak cukup tangan tetapi sekiranya encik suami ini sanggup untuk peristerikan seorang lagi – mestilah perempuan istimewa itu mempunyai kualiti yang tidak boleh tidak harus diperjuangkan.

Cuba tanya semua orang kawan-kawan kita yang ada dua isteri …
selepas beberapa tahun beristeri dua. 

Jangan tanya dalam tempoh berbulan madu.
Jangan tanya masa bulan dan bintang sedang duduk di ribanya …
Jangan pula bertanya depan orang ramai – orang lelaki ini kan ke ego … janganlah rosakkan ego kawan-kawan, tak baik.

Selalunya bila saya bertanya, senyuman yang tadi menghiasi muka handsome kawan kita akan sedikit kendur … tapi Alhamdulillah, kerana kawan kita itu bertanggungjawab maka bulan dan bintang yang berat itu dipikulnya juga.

Untuk makluman – sekiranya lelaki itu mempunyai tiga isteri - lain pula kisahnya. Dia akan selalunya lebih tenang. Cubalah cari, kalau tak percaya.

Isteri yang kedua selalunya petah juga bercerita … walaupun isteri yang pertama banyak komentar. Tetapi lain halnya dengan isteri ketiga. 

Yang saya tahu, seorang inilah – dia tidak banyak bicara tentang perkahwinannya, kecuali kepada kawan-kawan rapatnya sahaja. Dia ada rumah, ada kereta dan dia bila bercuti dia akan pergi dengan kawan-kawannya saja yang lain-lain, bak kata Siti, “biarlah rahsia …”

Saya selalu membayangkan tentulah isteri ketiga ini, muda dan cantik jelita. Berkarier – artis atau pengacara. Pendek kata, dikalangan perempuan yang glamor. Ada juga segelintir  dari golongan pelajar yang mengejar kehidupan yang lebih senang dalam jangkamasa yang singkat.

Saya juga selalu menjangkakan haruslah wanita-wanita yang mendapat gelaran ini, genit dan bergaya orangnya. 


Alangkah!!!
Perempuan yang saya kenali  berusia lingkungan 50an. Rupanya biasa-biasa sahaja, bertudung pula.
Ish … meleset anggapan sebelum ini. Macam-macam rupanya warna-warna kehidupan ini dan memanglah hebat Allah dengan kekuasaanNya. Ia menjadikan apa yang tidak terjangkau oleh akal kita.

Asyik, mengasyikkan isu isteri ketiga ini dan dalam masih mempertikaikan mengapa dan apakah daya tarikannya (selain daripada jodoh) yang membuatkan encik suami rela untuk menanggung seorang lagi ahli yang akan dipersoalkannya tentang tugas dan tanggungjawabnya di akhirat kelak. 

Tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon daripada cikgu saya di Alor Setar … dia tanya; “Shalita, you ada kenal sesiapa yang jadi isteri no 4?”

NO 4??? Wow … ini adalah factor WOW! Betul-betul menarik.


Saya patut berkenalan dengan perempuan luar biasa ini. Bukan sahaja dia perlu ada kekuatan diri kerana saya percaya ujian untuk dirinya tentulah tidak sedikit. setidak-tidaknya dia perlu menelan apa juga ‘kata-kata’ masyarakat dan ahli keluarga - bukan semua ibu-ibu suka memperkenalkan anaknya sebagai isteri ke empat. Masyarakat kita rata-rata tidak menyebelahi poligami.

Di Dalam kehidupan kita yang singkat ini, kita cuma menginginkan bahagia. Saya sangat hendak menyelami perasaannya dan ingin tahu bagaimana dia mencipta bahagia!

So … sesiapa di luar sana yang menjawat gelaran isteri no. 4 ???

Buat pengetahuan cikpuan saya sangat ingin berkenalan, kerana saya percaya cikpuan adalah seorang perempuan yang sangat-sangat berbakat serta telah memeta jalan ke syurga melalui jalan yang jarang ditempuhi orang lain.

(membayangkan) Wanita hebat ini berkata, ala-ala nyanyian Biduanita Saloma “tiru macam saya …”

Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...