Skip to main content

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk




Bismillah

Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat …

lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang  lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera.

Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran.

Cikgu I kata, “keep the lesson …”
Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.  Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi  dan sangat suka mengulas … bahaya!

dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran. 
Bila beramal pula bukan sehari, bukan juga dua hari atau dua minggu untuk membina habit.

Laksana makan, kita lihat dulu makanan itu. Kemudian kita beradap dengannya, bersyukur, doa, dulukan yang dekat, suap, kunyah, rasa dan hadam dan tunggu sebab selepas menghadam ini kadang2 ada pula kesan sampingan dan biasanya ada outcome.

Maka kita tunggu …. 
Bila kita baca, kemudian kita faham. Kadang2 tak faham maka, kita rujuk. Kemudian kita fikir, kita relate – kita kaitkan dengan pengalaman, dengan ilmu yang pernah kita pelajari  dan kita jadikan new lesson.

Pelajaran baru kepada diri sendiri ... 
kemudian kita amalkan … hendak mengamalan pelajaran bukan proses sehari dua. Kita cuba sekali, dua kali kita lupa … cuba lagi.

Kesannya … 
makan masa. 
Dalam proses mencuba, mengadaptasi pelajaran kepada cara hidup pun bukan proses sehari dua. 
Kemudian kita akan nampak kesannya dalam sanubari, kita nampak kesannya pada gaya hidup kita. Masa itu barulah ayat itu kita terpahat menjadi peribadi  barulah boleh kita huraikan.

betul ilmu ini bukan bahan perbahasan.
Bukan macam orang melatah bila tersandung batu …

orang yang beriman – bila menerima sesuatu berita, mereka periksa dulu. Pastikan kesahihannya. Orang yang beriman, tidak mencari publisiti. Dulu lagi I dah berhenti baca surat kabar, sekarang bukan sahaja Facebook yang I tak baca, komen dalam whatsapp group pun I sangat2 memilih untuk membacanya. Sebab yang I nak jaga ialah hati. Sebab itulah satu2nya yang Allah perhatikan.

sekarang I faham, kenapa orang yang hebat  ini sedikit berkata2. Orang-orang ini hebat Allah SWT perlihara mereka daripada api neraka.

Satu event yang I paling ngeri di Mashyar nanti ialah bila kita terima buku amalan nanti. Kita akan berkata – lapuran apakah ini yang terdapat semua butiran.

Masa tu, kita akan menyesal dan akan minta untuk balik ke dunia untuk berubah tetapi kita semua pun tau … perkara kembali ke dunia itu tidak akan berlaku.

Cita-cita kita sekarang atau cita-cita I sekarang ialah bukan sahaja hendak jadi orang yang hebat tetapi kita tidak hendak jadi orang yang hina di akhirat kelak

Semua ini ada dalam surah Al Mulk yang kita baca tiap2 malam sebelum tidur.  Mana mungkin jika kita baca dan faham, tetapi masih kita tidak beramal kepadanya atau selama ini kita baca sahaja. Lagi teruk jika kita tidak membacanya.
Atau kita baca dan faham tetapi tidak mahu beramal dengannya kerana kita tidak percaya kepada janji2 Allah atau takut ketinggalan dalam meraih keuntungan semasa hidup ini.
Walau bagaimana pun
belum terlambat, sebab kita belum mati. 
Jom baca … jom faham, jom belajar untuk faham, beriman dengannya dan beramal dan jom tahun 2019 ini kita mengorak langkah untuk menjadi orang yang berjaya …

Jika ada yang bertanya, 
ayat apakah yang hebat dalam surah Al Mulk itu. 
I akan kata, ayat 1 hingga ayat ke 30. 

30 ayat jer pun ...

Bila kita melangkah mendapatkanNya. Dia akan berlari mendapatkan kita  


kita start dulu, insyallah …
<



Comments

Popular posts from this blog

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...