Skip to main content

Ramadan 4 - An Nisa

Bismillah

Masih dengan project yang sama – sehari satu surah

Sebelum itu I ada berbincang sedikit tentang project ini dengan kekasih, dia pesan suruh buka sahaja mana-mana surah kerana itulah yang digerakkan Allah.

Dalam hati berkata juga, 
orang ini suruh I buka mana-mana surah, I ini bukanlah hafiz boleh petik mana-mana surah macam orang memetik daun. 

Ada juga surah yang belum sempat I explore dan mengaji tentangnya – mana bisa ambil mana-mana surah

tetapi, 
hati tidak pandai untuk terlalu menentang.
Pagi itu, sebelum waktu untuk sahur – I cuba selak Quran, mencari pengisian hari ini

Terjumpa Surah Al Nisa ayat 40

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar. (4:40)

Haa … bagaimana?

Bagi I terasa macam segera nak buat baik,
Tak perlu nak tunggu kaya, berada atau pun senang. 
Tak perlu tunggu masa lapang.


Mari kita tinjau satu ayat yang lain pula untuk mengukuhkan faham.





Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat biji sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. (31:16)


Okay, Alhamdulillah ...

daripada dua ayat yang kemudian ini – 
bolehlah kita buat kesimpulan bahawa jika kita membuat kebaikan walaupun sekecil mana, walaupun tiada orang yang mengetahuinya dan walaupun kita sendiri akan melupakannya (maklum kita memang akan mudah lupa ... ) kerana Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Halus perhitungannya. 

Dan, marilah kita mengucapkan banyak-banyak kesyukuran kerana walaupun kecil kebaikan yang kita buat tetapi kerana keikhlasan kita, Allah akan gandakan lebih-lebih lagi dalam bulan yang mulia ini.


Sekian, terima kasih


Selamat Berbuka Puasa

Dan
SELAMAT BERAMAL … 

Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Qalbun Saleem

Cara terbaik untuk celebrate birthday orang tersayang ...  lama tidak ke Imuslim untuk belajar kelas berbayar mahu pun percuma, tetapi - hari ini special sebab birthday Ibrahim Topik hari ini best - Qalbun Saleem.  Kawan-kawan, akan tiba satu hari nanti ... di mana harta benda dan ahli keluarga tidak akan dapat menyelamatkan diri kita KECUALI bagi orang-orang yang beriman; yang memiliki hati yang bersih (Qalbun Saleem); yang sentiasa ingat kepada Allah (berdiri, duduk dan baring) yang sentiasa meminta keampunan daripada Allah berdoa supaya terperlihara daripada azab api neraka. (rujuk surah Al Imran; ayat 10, 16 & 17) Soalannya, apakah kita memiliki hati yang bersih ini? hati yang bersih ini kita perlukan bila kita berdiri di hari pembalasan esok. maknanya, hari ini tak perlu sangatlah.  Bak kata Sheikh itu semalam, kepada Allah - tidak mendatangkan apa-apa mudarat kepadaNya samada kita percaya kepada Allah atau tidak. Samada kita taat atau tidak ... ata...