Skip to main content

Al-Mu'awwidhatayn

Bismillah

Hari ini konon-kononnya I sibuk
(jangan cakap dengan orang) ada kerja sikit maka seharian di depan computer buat kerja sedangkan hati teringat sahaja dengan project Sehari Satu Surah ini.

Melompat2 dalam jiwa nak cepat siapkan kerja supaya cita-cita tidak tergendala

Oleh sebab I sibuk, maka 
– I bagi bonus bukan setakat satu surah tetapi dua!

Mengapa I bagi dua?
Sebab Rasulullah SAW akan membacanya bersama-sama

siapa tak suka nak ikut Rasulullah SAW kann

Surah ini dikenali sebagai Al-Mu'awwidhatayn (ayat-ayat perlindung)
Ianya kembar dua Surah;
Surah Al Falaq & Surah An Nas




An Nasa’i meriwayatkan daripada ‘Uqbah bin Amir ‘Rasulullah SAW berkata’ (maksudnya) “sesungguhnya, manusia tidak mencari perlindungan lebih baik daripada keduanya” (surah Al Falaq dan surah An Nas)

Dan selepas turunnya Al-Mu'awwidhatayn ini,
Rasulullah SAW menggunakannya sebagai pelindung dan meninggalkan yang lain-lain.

I pun suka sangat mengulang2 kedua2 surah ini sebab;

satu, Rasulullah SAW pesan suruh baca untuk mendapatkan perlindungan

dua, sebab I suka pada bacaannya; susunan bahasanya

Tiga, surah-surah ini memberikan ketenangan kerana ketika membacanya.
Ketahuilah dengan membacanya, kita sudah pun membuat pengakuan Bahawa hanya kepada Allah sahaja kita berserah, dan masuklah kita dalam golongan orang-orang yang bertawakal kepada Allah.

Cukuplah Allah sebagai pemerlihara (3:173)

Sekali gus kita sudahpun renew syahadah – Alhamdulillah!

Menyelamatkan diri daripada anasir luar agak mudah, 
sebab kita nampak.
Musuh bila datang kita boleh bersedia, kita boleh juga ingat kepada Allah dan minta perlindungan.

Tetapi yang berbisik2 ni … bahaya,
kita tidak Nampak, tidak dapat merasa
kita ingatkan suara hati!

Ampun ya Allah
Patutlah kita sentiasa mengamalkan dua surah ini supaya kita sentiasa terperlihara.

Okay,  short and sweet!


Selamat Malam

doa:
O Allah, You are the most forgiving.
You love to forgive.
Please Forgive me.

Amin ya Allah
               


Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

An Nisa 142

bismillah ...  semalam migraine, seharian. Yang memotivasikan  untuk bangun pagi tadi hanyalah kerana I berjanji boleh tidur semula selepas solat subuh - dan, selalunya bila sakit - I minta Allah bagi hadiah kerana I sabar menjalani sakit (kononnya). Alhamdulillah, kerana sifat kasih Allah itu melebihi daripada apapun maka, sebagai hadiah yang I nampak ialah ayat 142 surah An Nisa yang singgah pada bacaan pagi tadi. Verily, the hypocrites seek to deceive Allâh, but it is He Who deceives them. And when they stand up for As-Salât (the prayer), they stand with laziness and to be seen of men, and they do not remember Allâh but little. (4:142)   maka, hari ini - I minta ampun banyak-banyak kerana I lah orang yang solat tetapi lalai. I tahu bahawa solat itu adalah ibadah yang sangat amazing, I maklum tentang kelebihan rukuk dan sujud ... ehem, I yang juga mengajar tentang solat. I faham apa yang baca dalam solat tetapi I jugalah yang ke sana dan ke mari dalam solat....

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...