Skip to main content

Ramadan 11 - Al Asr

Petang itu I terima pesanan ringkas daripada salah seorang daripada student

“Ticer, nak surah Al Asr”

Maka, hari ini I memenuhi hajat murid …

Surah kecil, tiga ayat sahaja tetapi beratnya sepanjang hayat hendak kita pikul dan di mahsyar nanti inilah juga yang akan ditanya kepada kita. 
Tentang apa yang kita kerjakan di dunia

Dua tiga kali I semak surah ini, 
dua tiga orang juga yang I tanya minta panduan.
Bukan I tak tau tetapi I pun nak juga tau apa yang orang lain tau …

Bukan juga kerana Al Quran ini berubah tetapi kita ini sebagai insan akan mendapat lain-lain pengajaran walaupun setiap kali kita membuka surah yang sama kerana Allah itu Maha Halus dalam mendidik setiap satu hambaNya mengikut kadar kemampuan dan keadaan hambaNya itu.

Ampun! Allah lebih mengetahui

“Demi Masa!”

Bila tengok ayat sumpah begini, 
antenna kita mesti siap sedia sebab apa-apa yang yang disampaiakn selepas itu adalah sesuatu yang sangat dituntut daripada kita sebagai hamba.

I, bila membaca ayat macam ini 
– sedikit akan kecut dalam perut, macam bila mak panggil kita dengan nama penuh. 
kita tau mestilah sudah ada yang tersalah …

Bila dengar ayat macam ini, 
biasanya I minta ampun dulu – sebab selama setengah abad jadi Hamba ini masihlah I ini tidak sempurna, 
masih lalai, 
masih leka. 
Sedangkan Quran itu, bukan satu tetapi beberapa naskah dalam rumah ni. Dalam kereta pun ada, memanglah rajin membaca tetapi Ampun ya Allah – I, tidak rajin mengamalkannya.

Itu yang sebenarnya I ngeri sikit mengaji bab juz ammar ni, sebab surah-surah dalam juz ammar ni very straight forward. 
Memang rasa macam kena cubit – sakit!

Begitu juga dengan surah ini. Tiga ayat.
di sini kita boleh melihat betapa hebatnya Allah SWT. Kita kalau bercakap tiga ayat, kucing pun tak ambil peduli. 

Tetapi kalam Allah, tiga ayat ini 
– you bagi pada Ustaz Nouman Ali Khan. Dia boleh buat ceramah tiga jam. Sampai ke hari ini masih lagi ada orang yang mengupasnya. Ampun!

Pendekkan cerita;
Kita ini semua-muanya dalam KERUGIAN. Serious, semua orang!

KECUALI
Kecuali, jika kita buat empat perkara ini;

  1. Beriman
  2. Beramal soleh
  3. Berpesan dengan perkara yang benar
  4. Berpesan dengan sabar

     
Nampak macam senang nak buat, empat perkara sahaja untuk menjadi orang yang tidak rugi.
Tapi, cuba try …

I dah cuba.
Beriman itu pun kita tiap-tiap hari minta Allah perlihara, senang sangat nak jatuh ke lembah tidak beriman. 
Nak-naknya dengan kehidupan kita yang serba kebendaan sekarang ini. 
Isu Riba sahaja sudah cukup untuk kita persoalkan iman kita. Jangan cakap pasal iman orang lain.

Bab beramal soleh – tepuk dada tanyalah selera. 
I pun tak berani nak komen banyak2 sebab itulah isu peribadi, macam orang yang berenang dalam kolam tetapi taknak terminum air. Cercuba!

I ni amal soleh pun tak berapa nak soleh - orang sibuk buat kuih hantar ke masjid. bagi bantuan kepada anak yatim, orang miskin. 

Sedangkan I sepanjang Ramadan ini hanya memerap diri di rumah dan menulis blog - itu sahaja. 

Bahagian berpesan kepada perkara yang benar ni, I lah yang champion (kononnya) – tapi cubalah sesekali, selalu-selalu check balik apa yang kita buat. 

Pesan pada perkara benar dan tepat atau sipi-sipi sebab ada kepentingan diri kita dahulukan, cakap betul2 nanti mestilah orang tidak suka. 
Nanti tidak popular.

Last, pesan dengan sabar.

I sangat-sangat setuju bila dikatakan sabar itu separuh daripada iman. Sebab sabar ini sangat susah untuk kita praktikkan.

Contoh; I ni mengajar.
Adalah student yang minta pendapat, tunjuk ajar dan nasihat. Okay kita ni panjang lebar lah menasihat. Siap bagi hadis dan ayat-ayat mengukuhkan hujah. Dia dengar macam faham. Lepas tu kita tengok dia tak berubah pun, masih macam dulu.
Try sabar

Kita boleh bagi macam-macam alasan TETAPI sabar itulah yang sebenar-benarnya yang sangat2 dituntut daripada kita.

FYI, Allah SWT menjanjikan syurga untuk orang yang sabar!

Jika betul2 nak Berjaya di dunia dan akhirat 
– ambillah pengajaran daripada surah ini. 
Bertindaklah, 
sebelum tiba-tiba kita terjaga sudah tiba ke alam barzkah.

Insaflah I dengan surah ini.

terima kasih pada student yang minta surah ini, 

tujuannya nak minta tunjuk ajar rupa2nya I yang masih lagi belajar

Ampun ya Allah, 
Ampun.

Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...