Skip to main content

shopping di bulan Ramadan

Bismillah

Happy Saturday Morning, 


First; 

Minta ampun ya Allah - I terlepas peluang untuk ke pasar sebelum tibanya Ramadan. Hari ini Sabtu ... surelah pasar sangat sibuk dan esok lebih2lah lagi.


Sebenarnya semalam pun I sudah mencuba nasib singgah ke pasaraya. 
Amaran awal; kehabisan Troli !!!

I cuma nak beli ikan kembung untuk Cat, dan roti untuk diri sendiri 



tetapi
ramainya orang yang beratur di Counter ... I pun ambil keputusan untuk melepaskan semula ikan-ikan dan pulang!

Soalan;
Kenapa kena membeli belah banyak sangat sedangkan SEPATUTNYA bilangan kali kita makan adalah kurang di bulan ramadan daripada bulan2 biasa ... 

I wish ada orang yang nak menjawab, tetapi biasanya blog ini lebih kepada I bercakap sendiri.
By the way cikgu I selalu pesan, berpesanlah kerana pesanan itu berguna kepada orang-orang yang beriman. (walaupun hanya kepada diri sendiri)


Hadis;
"sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa di kurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut" (Riwayat At Tirmizi, Ibn Majah dab Ibn Hibban menilainya sahih)

Okay, tersangat baik jika kita beri makan - tetapi kadar makanan yang biasa itu makanan juga.
Dan, jika mengikut sunnah - kita makanlah tamar (kurma) kalau takde kurma muda, makanlah kurma yang matang. 

Betul2 tidak menjadi kebiasaan Rasulullah SAW dan para sahabat berlebih2an dalam bidang makan dan permakanan kecuali mereka berlumba-lumba dan berlebihan2an pada pengerjakan ibadah.

dan I ingat you all pun setuju, 
bila terlebih dari 2/3 perut kita makanan adalah tanda2 awal kepayahan untuk cergas ke masjid untuk Isya & Terawih.

Tentulah itu tidak sunnah ... kan?

SAHUR
Anak-anak pun setuju bahawa sahur itu ialah waktu sarapan.
Maka,
cereal, oat, nestum, roti, scrambled eggs, french toast ialah sahur

Bila dah besar,
dah kenal sunnah lagi best - sebab mereka gembira untuk bersahur dengan makan kurma dan plain water. 

itu yang I selalu kata, bila kita beramal - ikut sunnah, mudah!

hadis;
dari Abu Juhaifah iaitu Wahab bin Abdullah r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda: "saya tidak akan makan sambil bersandar - muttaki." (Riwayat Bukhari)
ikut hadis di atas,
kita tepuk data, tanya selera ...
jawapan dah ada.

MORAL OF THE STORY

Ramadan ialah bulan Ibadah. Jagalah baik diri sendiri dan keluarga kita daripada azab api neraka. 
(this is a very blunt statement) 

Banyak amalan di luar sana adalah 'celebration' nafsu semata-mata.

Iklan2 Ramadan dan Syawal yang dimainkan hanyalah Peluang orang-orang yang berkepentingan menambah keuntungan.

I tak nak cakap pasal syaitan, tapi kita faham2lah kan


Mak I kata, "ikut nafsu, lesu!" 



CONCLUSION;

wahai cikpuan shalita, 
dua tiga hari ini makanlah apa yang ada dalam fridge. Ada ikan salmon, boleh juga buat sandwich. Ada jem, ada peanut butter. No salad untuk beberapa hari !!!

Dan, Cik Cat 
bolehlah biasa2kan diri dengan processed food. No Fish - sorry!

Selamat Berpuasa
Selamat Menyambut Bulan yang Mulia
 






Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...