Skip to main content

Ramadan 1 - Surah Al Insan

Bismillah

Selepas zohor,

Suasana sangat ‘senyap’.

Anak yang satu itu masih meniti rawatib, 
Cat setia di tepi sejadah dan kelihatan sangat mengantuk. 
dia melawan mata … menunggu di ajak bermain.

I tadi … menyebut-nyebut namaNya, 
sambil menghitung satu persatu dengan jari (teringat juga Rasulullah SAW berzikir dengan jari) biasanya orang akan berkira-kira mencukup bilang tetapi ada faham yang berbeza, I menyebut selama mana Allah izinkan untuk mengulang dan berhenti bila tidak lagi mendengar lantunan suara.

Zohor ini selalunya mengambil masa lebih kurang satu jam. Lebih kurang pukul dua setengah baru rasa puas untuk bangun dan mengadap apa-apa yang patut.
Tetapi hari ini kita berpuasa maka tidak banyak yang perlu diuruskan waktu-waktu begini.

Selalunya waktu selepas Zohor ini adalah masa terbaik untuk menikmati secawan kopi sambil menikmati hangat suasana menuju petang. 
Waktu-waktu sunyi begini jika I duduk diam-diam di sofa ini I hampir pasti bahawa I boleh mendengar bisikan angin …

Teringatkan Jannah
Di sana – suasana terang tanpa terik matahari. Melihat pokok-pokok di luar sana, teringat di Jannah nanti lebih banyak pokok dan cantik semuanya.

Perut berbunyi-bunyi sekarang, teringat pula di Jannah nanti kita tidak merasa lapar atau dahaga. Tentulah sangat sejahtera.

Sejahtera – terasa kita salah guna istilah. Kita beranggapan rumah besar dan kereta mewah tentulah tandanya sejahtera tetapi rupanya sejahtera itu rasa selesa tanpa memerlukan apa-apa.

Terlalu nafsu insan ini sangat memesong!




Bercerita tentang Jannah, I teringatkan Surah Al Insaan. 
I teringatkan gelas di Jannah. 
Gelas itu laksana kaca daripada perak – OK macam mengelirukan. 
Sekejab; You tau Crystal, ia dibuat daripada pasir. Dan crystal glass ini sangat cantik kerana dengan kemahiran pemotong gelas itu akan membuatkan cahaya yang dipantulkan daripada crystal tadi sangat cemerlang.


OK itu di dunia, 
tetapi di Jannah gelas yang di minum itu di buat daripada perak. I sangat percaya cahayanya sangat2 mempersona. Itu baru bercerita tentang gelas.

Baru berkisahkan tentang perihal gelas, belum tentang airnya!

Baru menyebut tentang 1 ayat, ayat 15 kita sudah rasa sangat bahagia. Bagaimana pula bila kita melihat wildan yang mengembirakan bagaikan mutiara yang putus talinya melayan kita dengan membawa minuman-minuman yang cukup lazat.

Di sini, di Monte Bayu gelas pun tak berapa nak ada dan selalunya kita minum daripada mug, itu pun dengan kasih sayang Kopi dalam mug pun membuatkan kita rasa bahagia.
Kita minum pakai gelas crystal nanti ye ..

DOA
O Allah – masukkanlah kami ini ke dalam SyurgaMu. Bagilah Ita minum daripada gelas crystal dan rasa kelazatan minuman Syurga – nanti, Ita akan kata “I sudah pun mengetahui tentang ini semua ini daripada Al Quran – ianya benar-benar sepertimana yang diperihalkan”

Kita kan bercakap tentang surah itu dan surah ini – amazing!

Hmm … inilah day dreaming orang yang berpuasa – mohon Allah Redha dengan ibadat kita.

Kembali kepada Surah Al Insaan.

Sebenarnya untuk menjadi ahli syurga ini bukanlah payah sangat. 
Perkara-perkara yang melayakkan kita itu adalah perkara-perkara yang selalu kita buat iaitu memberi  makan kepada anak yatim (dan tawanan perang – kita tidak ada tawanan perang di sini) cuma ….

Cuma, atas alasan apa kita buat dan kerana siapa kita membuatnya itulah yang membezakan ahli syurga dan ahli neraka. Di dunia ini tidak boleh kita kenal pasti … manusia  ini nampak sama sahaja.

Apa lagi, Allah kata syurga itu untuk orang ingat untuk menyebut namaNya pagi dan petang
Dan, yang beribadat pada bahagian-bahagian malam serta memujiNya.

Ayat itu mengingatkan I kepada seorang kekasih.

Betapa cara kita menghidupkan malam berbeza.
I tidur bila dia baru memulakan perjalanan untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan warga suraunya dan bila nanti  dia turun untuk pulang.

Waktu itulah baru I bangun bersiap mandi dan wangi untuk duduk sopan dalam simpuh melonjakkan puji dan cinta sendiri-sendiri antara ruang di bilik tidur ini.

Doa kita semoga Allah melihatlah kepada kita
– betapa kita mencuba.

Banyak lagi cerita daripada Surah Al Insaan ini tetapi kita sudah masuk ke panjang lebar bercerita.
Kesian pada orang yang membaca …
lebih-lebih lagi kerana berpuasa.

Kita sambung lagi insyallah
jika sudi & minta di sambung
Dan,
dengan izin Allah juga kan…


Salam & kasih sayang

Shalita

Comments