Skip to main content

ramadan 17 - Surah Al Qiyama

Bismillah

Pagi ini, mandi rasa tidak selesa … 
rupanya ada luka di hujung jari.

Ampun, biasanya jika luka di jari inilah yang paling tak seronok sebab inilah deria sentuh – macam ni, membuat apa pun akan terasa ‘derita’.

Bestnya bila sakit ini kita akan cepat ingat kepada Allah SWT. Mulalah minta ampun, jika inilah peringatan tentang dosa yang hendak Allah SWT bersihkan. Mulalah teringat nak berdoa setiap kali ‘menyentuh’. Ya Allah permudahkanlah …

asyik membelek hujung jari ini, 

teringat pula surah Al Qiyama (74:4)

sebenarnya Kami berkuasa menyusun [kembali] jari jemarinya dengan sempurna


Ampun ya Allah
Maha hebat Allah SWT sehinggakan esok kita semua (semua manusia daripada Nabi Adam sehingga kiamat) akan dihidupkan semua serupa sehingga thumb print.  
Jika ayat ini tidak mengundang rasa untuk mengagungkan Allah SWT – I tak tau. Tapi, I … terasa goosebumps.

Masa inilah kita renew syahadah
Berjanjilah untuk taat dan setia. Berjanji untuk tidak berbuat apa-apa yang akan mendatangkan murka Allah SWT kerana kita akui Allah itu tidak memungkiri janjiNya.
(ingat kehidupan yang sempit, azab kubur, panas di Mahsyar, timbangan, sirat dan Neraka ... semua yang Allah SWT janjikan untuk orang-orang yang Engkar itu benar)

Itu sebabnya Allah berfirman supaya kita tidak tergesa-gesa membaca Al Quran untuk cepat membaca dan menghafal, kerana Quran itu tujuan asalnya untuk menjadi peringatan dan panduan. Refer surah yang sama ayat 16.
Ini ayat favorite ustaz I, bila kita bicara tentang Al Quran


Teringat pula doa Rasulullah SAW semasa peristiwa di Thaif . Okay doanya panjang – you boleh refer di mana-mana.  The part yang I sangat suka mengulang-ulang ialah;

“Ya Allah, asalkan Engkau tidak murka,  Aku tidak peduli semua ini”  

Bestkan bila boleh berdoa begini, 
maksudnya mestilah orang yang mampu berdoa begini dia tau bahawa dia bukanlah hamba yang terang-terangan engkar kepada Allah SWT. 
Mestilah dia sentiasa mengikut dan akur dengan Al Quran. Bersungguh-sungguhlah kita melayakkan diri – setuju?

Kita ni ada masa-masanya rasa sedih, sedikit kecewa kerana kehilangan sesuatu yang kita sayang walaupun kita tidak tahu kedudukan apa yang kita suka itu, mungkin juga tidak baik untuk kita TETAPI biasalah bila kita suka tentulah kita nak simpan.

Kemudian, kita ingat balik doa ini yang (jika I) selalu I ulang-ulang.

well, asalkan Allah SWT tidak murka … okaylah.
Kita pula cubalah mendidik sabar dan berbaik sangka bahawa Allah SWT lebih mengetahui. Kita merancang dan rancangan Allah SWT lah yang benar.


Sementara itu jari I masih berdenyut sakit, walaupun untuk menaip – so, tolong doakan kesejahteraan I. 

Terima kasih.





Comments