Skip to main content

Nasi Mandy

No 18 Ambang 4,

Di sini selalu ada jamuan Nasi Mandy, 
I belajar buat Nasi Mandy di sini.
I dah belajar,
I dah buat pun sekali dan I dah mengajar adik I cara-cara membuatnya,
dia dah buat banyak2 kali.

Tapi I cukuplah sekali.

Alamat di atas adalah rumah Rozie.
You akan kenal Rozie, bila you jumpa dia sebab gigi. (taknak cerita banyak2 nanti hilang seronok jumpa Rozie) 

I ingat pernah suatu masa,
I hampir menjadi penghuni tetap rumah ini. Masa berulang alik JB-KL, KL-JB.
Masa mencari selesa.
Masa nak lari dari KL tetapi sudah tidak berakar di JB lagi.
I pun kurang pasti masa tu, I tolong Rozie atau She is rescuing me. begitulah

well ... yang dikatakan ujian hidup. 
Ada orang Allah jadikan tidak bertempat

FYI rumah ini tiga tingkat.
You tak nak tertinggal apa-apa barang bila you nak keluar sebab aktiviti 'mendaki' - tidak seronok!

I selalu juga doakan tuan tanah ini kaya-raya so dia boleh install satu lift. membayangkan bila rozie 70 tahun nanti, macamana gayanya dia hendak mendapatkan bilik tidur. siksa.

dan, I selalu juga mencadangkan Rozie tambah satu toilet di porch dia, sebab I selalu tak tahan nak ke toilet bila sampai rumah dan toilet rumah ini jauh sekali - Ampun ya Allah.
(sudah diberi nikmat tetapi sentiasa meminta di tambah - biasa sifat rakus manusia)

Kediaman ini,
membuat I selalu bersyukur dengan rumah I yang kecil di Cheras. sebab tak ada hal bila-bila masa nak cari anak, kucing dan barang2.

(Daripada meja I menaip ini, untuk hendak makan I cuma perlu pusingkan kerusi, dan makan dengan duduk di kerusi yang sama)



KELEBIHAN NO 18 AMBANG 4

Di sini bila ada keramaian - best. 
Sebab ramai orang boleh berada di sini pada satu2 masa. I lah tetamu makan2 di sini selalunya.

Tuan rumah ini ada hati yang besar kepada sahabat handai dan keluarga, dan kita semua akan disambut meriah.
Rozie pandai melayan tetamu ... 

Makanan di sini pun sedap-sedap belaka. 

Nasi lemak di sini sangat sedap. Mee Hoon bibik pun best juga.

TEMPAT TUMPANG BERMALAM

Bukan I sahaja yang selalu tumpang tidur di sini, kawan2 lain pun biasa juga.



Staff ZMP dulu pun, masa June dan Fara masih muda - bila ada program atau kerja lebih sahaja. Mereka senang sahaja untuk tidur di sini.


yang terbaik rumah tangga ini ialah
Husnul Khotimah.

tunggu sekejab, 
jangan jump into conclusion.

You akan terfikir mereka semua telah pun meninggal dunia dalam keadaan yang baik ... 

salah!


Husnul Khotimah ialah nama maid Rozie. 
ha ha ha ... 
seorang yang baik, tapi garang juga. 

Bila-bila I ke sana Husnul selalu offer nak buatkan teh. Teh yang husnul buat memang terbaik. walaupun I bukan peminum teh O.
I suka semua orang di rumah ini.
I selalu cemburu dengan anak-anak Rozie yang sentiasa tinggal bersama-samanya, bukan semua orang dapat peluk dan cium anak sendiri hari-hari. (I lah tu)


cuma, 
Rumah ini terlalu besar - kadang2 you tak tau siapa yang keluar dan masuk. kecuali jika you bukan penghuni sebab bila you orang luar nak ziarah, security akan telefon dulu. 

Bercakap tentang security;
I suka juga bila berada di post security. 
Mereka akan memanggil I "Shalita Binti" dan setiap kali I akan menjawab "yes" - antara entertainment setiap kali datang dan pulang 



Selamat Datang ke No 18 Ambang 4
(I bukan tuan rumah, so jangan bertindak dengan jemputan ini - tanya Rozie)












Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...