Skip to main content

cerita tentang hujan

Bismillah


Hujan

Terjaga kerana bunyi hujan yang menderu begitu kuat dan percikkan butir-butir hujan yang kasar mengetuk tingkap bilik. Terasa macam dah lama benar I tidur,
dalam hati bertanya, “mana Cat, tak kejut mummy?” sambil mencapai handphone untuk memastikan waktu – ya Allah dah pukul 4 pagi.

Ampun ya Allah
Terus rasa berdosa kerana tidak diselesaikan terawih sebelum tidur. Terus insaf kerana sangat percaya akan terjaga seperti biasa. 
Perasan hebat! Ampun ya Allah

Ampun ya Allah,
selalunya pintu tidak tutup rapat supaya Cat boleh masuk untuk kejutkan I seperti biasa, tetapi malam tadi – I tutup pintu terus sebab tak mahu diganggu.

Bila I buka pintu, Cat sudah menunggu – wajahnya seolah bertanya “kenapa mummy tutup pintu”

“O sorry Cat, sorry …”
tentulah Cat dah lapar sebab selalunya dia sahur jam 2.30pagi.

Segera I hidangkan makanan untuk cat tetapi “sorry, mummy tak boleh nak tunggu you makan sebab mummy nak mandi dan nak solat” dalam hati I tau, harus makanan itu tidak habis sebab Cat memang hendak disuap.

Tetapi – bukan pagi ini!!!

Sebenarnya pukul 4 masih awal lagi untuk semua orang tetapi bagi I  sudah lewat sebab I belum lagi buat terawih.

Mandi pun dengan rasa berdosa,
berkali-kali in meminta maaf kerana tidak mengikut pesan Rasulullah SAW untuk tidur awal. Sedih pun ada juga kerana, jika Allah SWT izinkan – tidur lewat pun akan dijemput juga, rasa diri sangat tidak diperhatikan. 

Malu rasanya, 
tetapi masih menyebut-nyebut doa - mohon diturunkan hujan yang membawa rahmat! 

Macam-macam rasa bergaul, 
Walau bagaimanapun, bila diangkat tadbir dan teratur sebut-sebutannya barulah rasa lapang sedikit di dada. 
Baru I merasa rehatnya yang panjang itu menjadikan ia sangat segar untuk menyambung bicara.

Selesai terawih ... 
Alhamdulillah. Mohon Allah Redha.

Abang jengah ke bilik – “ibu, hujan ni tak payah ke masjid ye”
“OK” I jawab. I tau juga tentang kelonggaran kita solat di rumah jika hujan.
Tetapi I fikir, masihlah I ini mampu berjalan sedangkan orang yang merangkak pun Rasulullah SAW kata patutnya datang ke Masjid. I tau juga rahmat yang melimpah ruah untuk orang-orang yang hadir ke masjid.

Sambil menyarung stokin, I berkata “abang tak nak pergi tak apa, tapi mummy ingat – nak pergi, hujan sikit jer”

Ibrahim menjawab dari dalam bilik, “ok lah abang ikut" 

Alhamdulillah, sebab dia ingat hadis tentang orang yang solat Isya dan Subuh di masjid adalah seolah ia mendirikan solat sepanjang malam.

Pagi itu, dua beranak ini happy sahaja meredah hujan.

Esok tidak tahu apakah dipanggil lagi, berjemaah di Masjid.
Hari ini lah – Alhamdulillah.


Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Andai kata  para manusia itu mengetahui betapa besar pahalanya mengerjakan solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah, nescaya mereka akan mendatangi kedua solat itu, sekalipun dengan berjalan merangkak.” (Muttafaq’alaih) 


Dari Usman r.a. katanya: “saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mengerjakan solat isyak dngan berjemaah, maka seolah-olah ia mendirikan solat separuh malam dan barang siapa yang mengerjakan solat Subuh dengan jemaah, maka seolah-olah ia mendirikan solat semalam suntuk. ” (Riwayat Muslim)

Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Pada Melihat Awan Gelap

Wajah pagi, murung. Macam akan hujan atau mungkin index jerebu sangat tinggi. Terlintas dalam hati memohon keampunan daripada Allah. Teringat Rasulullah SAW, teringat hadis yang menceritakan bila langit berubah warna baginda akan keluar masuk rumah gelisah. Rasulullah gerunkan sekiranya awan hitam itu membawa azab daripada Allah SWT. Itu Rasulullah, itu hamba yang mulia, yang tidak berdosa. Kita ...! Bila kita melihat awan hitam dan langit gelap rasa bagaimana? Cuak, cemas?  Sekiranya kita ini orang perempuan mungkin kita akan terkenangkan jemuran. Sebahagian daripada agak bertuah kerana mempunyai Aini, akan mendoakan supaya Aini ingat untuk mengangkat jemuran. Bagi yang tidak ber’Aini macam saya, jika jemuran kita letakkan di luar rumah – kenalah pasrah. Bersiap sedia untuk membilas dan menyidai semula jemuran ...  Bagi kawan-kawan kita abang motor, tentu di benak mereka memikirkan tadi ada ke sayang saya masukkan baju hujan dalam beg. Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau...