Hari ini, melihat-lihat Al Quran
Eh … dah lama tak tengok Surah
Ibrahim,
satu-satunya Surah yang sama dengan
nama anak I – IBRAHIM.
Pernah dulu I sangat mesra dengan
surah ini.
Ampun ya Allah, I dah lupa
kandungannya.
bila buka semula,
I jadi macam rusa masuk kampung …
Indahnya Ramadan,
Quran menjadi
mesra semula
– menjejak kasih
Ampun ya Allah
Surah ini sangatlah special,
Sudah
berkali-kali mengulang,
(hari ini tak jadi ke pasar lagi –
esok lah, insyallah. Kita masih bertahan tidak ke pasar semenjak mula Ramadan)
Masih tertarik dengan cerita demi
cerita. Seronoknya mengaji ini apabila kita mengikuti persoalan dan jawapan.
Soalan dan jawapan.
Seolah kita ini yang belajar dan
Allah yang mengajar.
Satu surah, 52 ayat.
UNTUK MAKLUMAN
sebab sangat seronok dengan surah ini
- maka, shalita akan cerita macam-macam - please bare with me BECAUSE almost everything in the surah is IMPORTANT
(kalau bukan untuk you, untuk I laa)
UNTUK MAKLUMAN
sebab sangat seronok dengan surah ini
- maka, shalita akan cerita macam-macam - please bare with me BECAUSE almost everything in the surah is IMPORTANT
(kalau bukan untuk you, untuk I laa)
Banyak yang dapat belajar,
sekejab gembira.
Ada masa-masanya takut pula.
Segera
minta ampunanNya, segera berdoa supaya Allah selamatkan.
PERTAMA
PERTAMA
and death cometh unto him from every side while yet he cannot die, and before him is a harsh doom. (14:17)
membaca ayat itu, I sangat ngeri –
beyond description.
Imagine kita in a very difficult situation, or unbearable
pain, so much pain that we wish to die, to stop the pain altogether. OK. But,
here. In this ayah is saying that the punishment is so severe that it causes
death in many ways but unfortunately one just have to suffer thru and thru – one cannot DIE.
Ampun ya Allah
Nyilu perut I memikirkan seksanya
azab ketika itu.
Takutlah I.
Takutlah I
Ampun ya Allah.
Bagaimanalah rupa keadaan azab di Neraka. Tidak kunjung berhenti siksaan demi siksaan.
Jomlah Berdoa;
minta jauhkan azab neraka ini daripada kita dan ahli keluarga kita!
Bagaimanalah rupa keadaan azab di Neraka. Tidak kunjung berhenti siksaan demi siksaan.
Jomlah Berdoa;
minta jauhkan azab neraka ini daripada kita dan ahli keluarga kita!
KEDUA
tetapi Allah melimpahkan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya (14:11)Ayat ini adalah satu peringatan kepada kita.
Dalam pergaulan kita hari-hari,
kita berjumpa macam-macam corak dan ragam.
Ayat 11 dalam surah ini berpesan kepada kita supaya jaga baik perbuatan dan tutur kata kerana orang-orang yang kita jumpa dan berurusan dengan ini adalah orang-orang biasa tetapi mungkin mereka ini wakil Allah,
kita tidak tahu!
dan yang best mereka sendiri pun tidak mengetahuinya.
Tetapi Allah perlihara dia dan Allah
sayang kepadanya.
Janganlah kita berniat yang tidak
baik kepada sesiapa pun, kerana jika orang itu Allah jaga – kejahatan kita akan
menimpa diri kita sendiri sahaja.
Ampun.
Ampun.
KETIGA
PENGAKUAN SYAITAN
Menangis baca ayat 22 ini.
Ya Allah ruginya kita, ruginya kita
kalau kita ini terjebak dengan layanan syaitan.
Sebab esok di akhirat,
Syaitan akan mengulang semula ayat-ayat Al Quran tentang dirinya yang mana Allah sudah pun maklumkan bahawa syaitan itu sesat, lagi menyesatkan.
Tetapi
kita yang tak pandai,
kita baca
Quran siang malam pagi dan petang.
kita tidak mengambil peringatan.
Itulah ruginya baca quran tetapi tidak faham,
orang katam - kita pun katam.
kita tidak mengambil peringatan.
Itulah ruginya baca quran tetapi tidak faham,
orang katam - kita pun katam.
menjadi masuk angin keluar asab!
Kita jadi zalim pada diri kita sendiri. RUGI!
“ZALIM itu ialah yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya”
Pada I zalim ini
bukan perbuatan jahat kita kepada orang lain sahaja tetapi jika kita ambil ‘underware’
kita dan sarung di kepala itu pun adalah perbuatan zalim.
Dah nampakkan,
betapa tidak pandainya orang yang zalim
maka,
next time bila kita baca Al Quran,
janganlah terburu-buru sebab nak habiskan.
bacalah terjemahannya sekali.
Cuba lah semak dalam diri,
cuba reflect bagaimana hubungan ayat ini dengan kehidupan kita.
cuba, tanya apa yang Allah hendak sampaikan kepada kita.
Jika tidak faham
- cubalah buka Tafsir mana2 yang patut.
sepatutnya setiap kali kita membaca Al Quran, ada satu pengajaran yang kita ambil dan amalkan.
bolehkan, baca dan bertenang - renungkan. Dan amalkan!
cikgu I kata;
maka,
next time bila kita baca Al Quran,
janganlah terburu-buru sebab nak habiskan.
bacalah terjemahannya sekali.
Cuba lah semak dalam diri,
cuba reflect bagaimana hubungan ayat ini dengan kehidupan kita.
cuba, tanya apa yang Allah hendak sampaikan kepada kita.
Jika tidak faham
- cubalah buka Tafsir mana2 yang patut.
sepatutnya setiap kali kita membaca Al Quran, ada satu pengajaran yang kita ambil dan amalkan.
bolehkan, baca dan bertenang - renungkan. Dan amalkan!
cikgu I kata;
ilmu dan amal ini hendaklah berjalan serentak
Ampun ya Allah
Jauhkanlah kami daripada sifat
zalim, lebih-lebih lagi kepada diri sendiri. (doa)
KEEMPAT
PERUMPAMAAN ORANG YANG BERIMAN
PERUMPAMAAN ORANG YANG BERIMAN
Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. (24) Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). (25)
Sukalah I memikirkan kalau I
menjadi pokok – I nak jadi Rain Tree.
You pernah tengok rain tree di Taiping – taman tasik?
You pernah tengok rain tree di Taiping – taman tasik?
Senang sangat nak jatuh cinta dengan rain tree kan.
Jadi kalau menjadi pokok jadilah pokok yang rendang. Boleh orang tumpang berteduh. Boleh orang tumpang tidur bila hari panas.
Maksud ayat;
Jadilah orang yang baik, yang menyenangkan.
Sebab, jika you jadi orang dan tak menyenangkan orang lain malah menyusahkan pula adalah tanda-tanda less Iman.
Jadilah orang yang baik, yang menyenangkan.
Sebab, jika you jadi orang dan tak menyenangkan orang lain malah menyusahkan pula adalah tanda-tanda less Iman.
Dan,
Bila kita tersedar akan perkara ini; Jangan Panik
Pertama; ucapkanlah Alhamdulillah – sebab Allah dah hantar
hidayah
Kedua; berubah !!!
Mak
I kata, muka sahaja yang tak boleh ubah, yang lain –insyallah. (tapi sekarang
jika ber’uang boleh juga nak ubah muka – sukahati lah)
KELIMA
Last but not least;
Ayat 52
(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya dan supaya mereka mengetahui (dengan hujah-hujah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf. (14:52)
Membaca Al Quran ini antara kegemaran I, ialah melihat kepada ayat awal dan akhir setiap surah.
Sebab itu yang penting
Contoh, bila mak kita berleter …
dia
mungkin menghabiskan 45 minit untuk satu leteran, you boleh abaikan
keseluruhannya kecuali beberapa ayat
yang awal dan akhir?
Dan, ayat last itu adalah
confirmation bagi mukadimah leteran. Selalunya dalam betuk soalan – “faham?”
dsb.
Ish – jahatnya I menyamakan surah2
dalam Al Quran dengan leteran seorang ibu.
Tetapi fitrahnya sama – kedua2
perkara itu lahir daripada kasih dan sayang. Setuju?
(I pun seorang ibu juga – I tau!)
Maksud ayat di atas;
marilah kita menjadi orang yang berfikiran
- iaitu orang-orang yang bila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Al Quran
mereka, mengambil ingatan dan mereka insaf serta berubah sebelum ajal tiba yang mana kita tahu akan sampai bila-bila masa.
Okay … dah habis satu Surah
I betul-betul harap you yang membaca hasil tulisan I ni, rujuk balik surah yang sama dan berjumpalah dengan pesanan2 dan tunjuk ajar daripada Tuan Punya Kalam itu sendiri.
Selami dan bawa keluar mutiara dan
permata yang masih tertanam khas untuk setiap yang membacanya. Okay.
Hebat Al Quran ini,
Hanya Allah sahaja yang mengetahui
(kita cuba untuk faham tetapi lumrah manusia kita serba kekurangan)
I love you all so much.
Very much – muah!
p.s.
Hari ini I dah pandai goreng kacang tanah, Doakan ilmu ini kekal dalam dada dan menambah baik kehidupan kita semua – dan, jadikanlah ya Allah ilmu ini sebagai satu lagi wadah untuk Shalita masuk Jannah - Amin!
Comments
Post a Comment