Skip to main content

Relationship


jika you bertanya hakikat RELATIONSHIP



I suka  untuk menyatakan semua yang ada di dunia ini adalah kehendakNya.
Dan, adalah lebih baik jika kita ikutkan seadanya, 'go with the flow'.

Semua relationship ia akan mengalir mengikut arus tertentu pada kadar yang tertentu juga. 



Tidak ada dua relationship yang serupa. 

Setuju?

(jom setuju dulu ...)


I kata, 
Yang baik dan sejuk di hati kita itu adalah hadiah.

Kita tidak akan dapat confirmation letter daripada langit tetapi sebagai manusia yang pandai meletakkan baik sangka ... 
I tahu kita boleh merasakannya. 

Cikgu I kata; 
Relationship ibarat alir sungai, ianya hanya merosakkan apabila kita sekat, kita bega alirannya dan bila kita cemari kandungannya.

I ingat cikgu I ini, subject major dia ialah environmental. 
Ampun ya Allah!

kawan yang yang special ini pula, bagitau;
'Tanya pada hati?'

hati tidak menipu ... 
(tetapi kawan-kawan, mula-mula hendaklah pandai pula mengenal hati sebab yang berkata-kata dalam sanubari itu selain daripada hati nurani adalah nafsu kita)

CERITANYA
Petang itu hujan
dia duduk antara ruang dan bercerita. kali ini tidak ada sekatan jarak dan masa.

Melihat pada bibir yang berkata-kata. pada jari yang melakar bicara dan harum 'air freshener' sangat ketara.

Kerana sayangnya kepada ilmu yang tidak mahu ditumpahkan di muka pintu.
dan,
kerana kasihnya, 
mendidik diri untuk menjaga dengan harapan ingin bahagia
Tetapi,
mohon, Allah memerlihara.
Tidak mahu ia kehilangan cinta, jauh sekali menangguk murka.

Begitu ia ingat tujuan kejadiannya.

Dia bahagia melangkah pulang. 
Dada terkembang.
Cemerlang

Malam itu, bersimpuh dalam surau
 Lurus hatinya
Minta disambung cerita
Minta melihat wajah bidadari yang Allah janjikan untuknya sekali lagi
kerana petang tadinya,
pada ujian ...
Ia tetap memegang sabar


Nah, 

begitulah sepatutnya seorang insan yang melihat bahawa kehidupan dunia ini adalah ujian dan Akhirat itulah kebenaran. 



Kita, pada masa-masanya akan ada hubungan demi hubungan (minor relationship) 


Tetapi, ia melihat yang berlenggang lenggok siang tadi itu adalah tidak lain, cumalah kertas soalan. 



Kertas soalan ini:

  • Ada banyak soalannya, 
  • Ada pilihan soalan,
  • Ada gambar rajah 
  • Ada pula warna-warna. 

Kadang-kadang kertas soalan ini dibenarkan dibawa pulang.
Ada masa-masanya perlu di tinggalkan 
- itu sahaja.
Orang yang pandai tidak banyak soal.
Akur sahaja maka, dia akan lebih senang hatinya.

Esok, lusa
akan ada ujian lagi
akan ada kertas soalan yang lain pula.
Dia harus tenang, menjawab soalan demi soalan.


Ingat! 
yang penting jawapan yang kita isikan dan bukan kertas2 soalan.

Hakikatnya,
Sebagai pelajar inilah laluannya
dan, 
yang pasti 
dia akan akhirnya esok melihat keputusan.
Melihat markah
Mengetahui berjaya atau gagal
kenal pasti darjat prestasi
dan, 
itulah sebenar2nya tujuan.
SEMPURNA DI BAWA PULANG

Sempurna dibawa Pulang .... 


KESIMPULANNYA
kita dah setuju bahawa yang ada, cuma satu Relationship yang utama (major) iaitu hubungan kita dengan Allah dan hubungan yang lain-lain   (minor) termasuklah Isteri2, anak2, suami, sahabat handai, saudara mara, girlfriend (boyfriend), keluarga dan rakyat jelata semua itu hanyalah untuk menterjemahkan  atau menzahirkan hubungan yang satu itu tadi. 

kalau ikut hukum bahasa ialah;

Ilahi Anta Maqsudi Waridhoka Mathlubi 

Tuhan Hanya Engkaulah Yang Ku Maksud Dan Redha Mu Yang Kuharap 



kali ini kita abstrak sekali
teringat National Art Galery kadang2 ada lukisan - kita cuma tahu tajuknya dan kita fikirkanlah sendiri rupa bentuk dan jalan cerita. Mungkin senimannya songsang, mungkin kita juga ... melintang!
ikutlah pengalaman masing2
I nak tidur,
kepada tetamu petang itu - I love you too!







Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...