I ni sepatutnya sedang sibuk ... tetapi idea tidak basah! (kering) kering macam kapas. kering macam tulang kering (eh tulang kering tu, kering ke?) kering macam bawang goreng yang garing kering macam baju yang baru dikeluarkan daripada dryer ... kering, kering macam apa-apa kering laa Asyik berpusing-pusing di perenggan yang sama. satu hari, dua page sahaja. sedangkan publisher dah mula bernafas belakang tengkuk I ni. balik rumah, ingat nak mandi - tukar aura. biar selesa sikit, selalunya bila selesa ada banyak sikit idea. doa juga supaya idea mencurah-curah macam hujan dibulan disember. Ooo tidak, meleset sama sekali. selepas mandi. selepas sebungkus nasi orang kenduri di masjid tadi - sekarang I sudah jatuh mengantuk. macam ada dua ekor tortoise bergantung kat kelopak mata I, tak boleh tahan. Ampun! Permisi ... I tidurlah dulu. malam nanti idea baik, insyallah. doakan eh ... sebelum publisher bunuh I esok. bye bye