Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

ramadan 17 - Surah Al Qiyama

Bismillah Pagi ini, mandi rasa tidak selesa …  rupanya ada luka di hujung jari. Ampun, biasanya jika luka di jari inilah yang paling tak seronok sebab inilah deria sentuh – macam ni, membuat apa pun akan terasa ‘derita’. Bestnya bila sakit ini kita akan cepat ingat kepada Allah SWT. Mulalah minta ampun, jika inilah peringatan tentang dosa yang hendak Allah SWT bersihkan. Mulalah teringat nak berdoa setiap kali ‘menyentuh’. Ya Allah permudahkanlah … asyik membelek hujung jari ini,  teringat pula surah Al Qiyama (74:4) sebenarnya Kami berkuasa menyusun [kembali] jari jemarinya dengan sempurna Ampun ya Allah Maha hebat Allah SWT sehinggakan esok kita semua (semua manusia daripada Nabi Adam sehingga kiamat) akan dihidupkan semua serupa sehingga thumb print.   Jika ayat ini tidak mengundang rasa untuk mengagungkan Allah SWT – I tak tau. Tapi, I … terasa goosebumps. Masa inilah kita renew syahadah Berjanjilah untuk taat dan setia. B...

surat untuk kekasih pada 15 ramadan

Bismillah Malam itu hanya duduk menatap bulan Sudah penuh, sangat cemerlang … Dalam hatinya, dia maklum sudah separuh bulan meniti Ramadan Ia mengeluh … “ke mana Ramadan” Pandangannya jatuh pada segelas susu yang masih hangat Hatinya berbisik “bukankah ini nikmat yang banyak, bagaimana tergamak aku mendustakannya” – kalam Allah dalam surah Ar Rahman yang di ulang-ulang sejumlah 31 kali itu seolah-olah muncul di hadapannya. Hatinya pilu … Ampun ya Allah hambaMu ini berdosa, lihatlah kepada diri ini O Allah. Pandanglah kepadaku walaupun aku ini hina Mengapa lupa kepada malaikat di kiri dan kanan yang menyaksikan semuanya melupakan bahawa mereka berdua itu adalah peringatan Supaya tertib memerlihara diri sepanjang bulan ini Tinggal 15 hari sahaja lagi … Selamatkanlah jiwa ini agar aku kembali kepadaMu Limpahkanlah Rahmat seribu bulan seperti janjiMu Sungguh O Allah, Tiada had pada kekuasaanMu Wahai Tuhan yang Maha Pengampun S...

cerita tentang hujan

Bismillah Hujan Terjaga kerana bunyi hujan yang menderu begitu kuat dan percikkan butir-butir hujan yang kasar mengetuk tingkap bilik. Terasa macam dah lama benar I tidur, dalam hati bertanya, “mana Cat, tak kejut mummy?” sambil mencapai handphone untuk memastikan waktu – ya Allah dah pukul 4 pagi. Ampun ya Allah Terus rasa berdosa kerana tidak diselesaikan terawih sebelum tidur. Terus insaf kerana sangat percaya akan terjaga seperti biasa.  Perasan hebat! Ampun ya Allah Ampun ya Allah, selalunya pintu tidak tutup rapat supaya Cat boleh masuk untuk kejutkan I seperti biasa, tetapi malam tadi – I tutup pintu terus sebab tak mahu diganggu. Bila I buka pintu, Cat sudah menunggu – wajahnya seolah bertanya “kenapa mummy tutup pintu” “O sorry Cat, sorry …” tentulah Cat dah lapar sebab selalunya dia sahur jam 2.30pagi. Segera I hidangkan makanan untuk cat tetapi “sorry, mummy tak boleh nak tunggu you makan sebab mummy nak mandi dan nak solat” dalam ...

Ramadan 11 - Al Asr

Petang itu I terima pesanan ringkas daripada salah seorang daripada student “Ticer, nak surah Al Asr” Maka, hari ini I memenuhi hajat murid … Surah kecil, tiga ayat sahaja tetapi beratnya sepanjang hayat hendak kita pikul dan di mahsyar nanti inilah juga yang akan ditanya kepada kita.  Tentang apa yang kita kerjakan di dunia Dua tiga kali I semak surah ini,  dua tiga orang juga yang I tanya minta panduan. Bukan I tak tau tetapi I pun nak juga tau apa yang orang lain tau … Bukan juga kerana Al Quran ini berubah tetapi kita ini sebagai insan akan mendapat lain-lain pengajaran walaupun setiap kali kita membuka surah yang sama kerana Allah itu Maha Halus dalam mendidik setiap satu hambaNya mengikut kadar kemampuan dan keadaan hambaNya itu. Ampun! Allah lebih mengetahui “Demi Masa!” Bila tengok ayat sumpah begini,  antenna kita mesti siap sedia sebab apa-apa yang yang disampaiakn selepas itu adalah sesuatu yang sangat dituntut daripad...

Al-Mu'awwidhatayn

Bismillah Hari ini konon-kononnya I sibuk (jangan cakap dengan orang) ada kerja sikit maka seharian di depan computer buat kerja sedangkan hati teringat sahaja dengan project Sehari Satu Surah ini. Melompat2 dalam jiwa nak cepat siapkan kerja supaya cita-cita tidak tergendala Oleh sebab I sibuk, maka  – I bagi bonus bukan setakat satu surah tetapi dua! Mengapa I bagi dua? Sebab Rasulullah SAW akan membacanya bersama-sama siapa tak suka nak ikut Rasulullah SAW kann Surah ini dikenali sebagai Al-Mu'awwidhatayn (ayat-ayat perlindung) Ianya kembar dua Surah; Surah Al Falaq & Surah An Nas An Nasa’i meriwayatkan daripada ‘Uqbah bin Amir ‘Rasulullah SAW berkata’ (maksudnya) “sesungguhnya, manusia tidak mencari perlindungan lebih baik daripada keduanya” (surah Al Falaq dan surah An Nas) Dan selepas turunnya Al-Mu'awwidhatayn ini, Rasulullah SAW menggunakannya sebagai pelindung dan meninggalkan yang lain-lain. I pun suka sangat m...

Ramadan 7 - Surah Ibrahim

Hari ini, melihat-lihat Al Quran Eh … dah lama tak tengok Surah Ibrahim, satu-satunya Surah yang sama dengan nama anak I – IBRAHIM. Pernah dulu I sangat mesra dengan surah ini. Ampun ya Allah, I dah lupa kandungannya. bila buka semula,  I jadi macam rusa masuk kampung … Indahnya Ramadan,  Quran menjadi mesra semula – menjejak kasih Ampun ya Allah Surah ini sangatlah special,  Sudah berkali-kali mengulang, (hari ini tak jadi ke pasar lagi – esok lah, insyallah. Kita masih bertahan tidak ke pasar semenjak mula Ramadan) Masih tertarik dengan cerita demi cerita. Seronoknya mengaji ini apabila kita mengikuti persoalan dan jawapan. Soalan dan jawapan. Seolah kita ini yang belajar dan Allah yang mengajar. Satu surah, 52 ayat. UNTUK MAKLUMAN sebab sangat seronok dengan surah ini  - maka, shalita akan cerita macam-macam - please bare with me BECAUSE almost everything in the surah is IMPORTANT  (kalau bukan untuk you, untuk...