Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.
Saya ini terbiasa - antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan.
Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran …

Sebenarnya, dia tidak
menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’
dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama!
Tetapi oleh kerana I ni selalunya
melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai
orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan
untuk menerima apa yang Allah HADIAHkan.
Dan, kata mak, kalau nak hidup senang kenalah rajin belajar. Oleh kerana I ni memanglah antara orang yang tidak sukakan kesusahan di Dunia ini maupun di Akhirat nanti. So, I bukalah quran – check out, apa yang ada pada Surah pertama dalam Juzzuk ke 30 ni.

Surah ini adalah surah Makkiah. Satu
kelebihan surah-surah yang diturunkan di Mekah ini, ayat-ayatnya senang mesra
dengan telinga yang mendengar sebab ada rima’nya. Lunak … Surah-surah Makkiah,
tujuan utamanya adalah untuk pembentukan diri dan peribadi. I suka – sebab I
akan mendengarkannya sebagai pesanan terus daripada Allah kepada diri I … A
letter from Allah, to me – personally.
Yang I suka sangat dengan Al
Quran ini ialah keHebatan Allah mendidik, I tak tau bagaimana you belajar
dengan Al Quran, I suka mendengar – oleh kerana yang I faham Al Quran ini
adalah untuk kita dengar dan taat. Maka, untuk menjadi hamba yang taat dengan
Allah – First, kita kena mendengar.
Pada pendapat I, dengan membaca selalunya I leka. Leka pada huruf dan sebutan. Tetapi dengan mendengar I boleh merasa & berfikir … pada pendapat I lah.
Pada pendapat I, dengan membaca selalunya I leka. Leka pada huruf dan sebutan. Tetapi dengan mendengar I boleh merasa & berfikir … pada pendapat I lah.
SURAH AN NABA
1. Ayat 1-2; intro
2. Ayat 3 & 4; amaran – selalunya bila Quran repeat ayatNya. Tanda yang disebut itu penting dan perlu diambil perhatian.
Kitakan biasa, bila marah, kita kan mengulangi ayat kita lebih daripada sekali. maka hendaklah kita tengok balik ayat sebelumnya kerana itulah yang menyebabkan ayat ini diulang2 dalam surah yang sama – so, kegiatan mempersendakan atau tidak mempercayai tentang adanya hari akhirat itulah punca amaran ini diturunkan Allah.
3. Ayat 5-15; Allah menunjukkan kepada kita tentang kehebatan Allah menyediakan kesemuanya ini – iaitu, bumi, langit, siang, malam, hujan, tumbuh-tumbuhan dan kita semua yang berpasangan dan lain2, maka tidaklah menjadi mustahil untuk Allah mendatangkan kiamat.
4. Ayat 16-19; tentang ketetapan Allah bila kiamat.
Ayat 18; Kita masih ingatkan, dalam surah Al Mulk yang kita baca tiap-tiap malam tentang kejadian langit yang Allah suruh perhatikan berkali-kali. Betapa hebat, tiada kecacatan, tidak pula retak. Nah, maka apabila kiamat – pembinaan yang kukuh ini akan menjadi pintu-pintu! You tau kan mengapa langit itu terbuka, ok – Alhamdulillah.
5. Ayat 20-30; cerita tentang Jahanam dan penghuninya.
Betapa Allah Maha Adil, dan ahli neraka itu mendapat apa yang diusahakan oleh mereka sendiri. Tidak lebih dan tidak pula dikurangkan Azabnya. Kalau 10 ayat ini tidak menggoncangkan hati kita, tidak megerunkan. Kalau kita tidak ngeri, sehingga kita mengucapkan ‘ampun ya Allah – azabnya neraka, siksanya ya Allah. Jauhkan kami daripada Azab yang melampau ini’.
I cadangkan kita baca bahagian ini berkali-kali. Mohonlah faham, mohonlah Rahmat Allah supaya kita dilindungi daripada Jahanam. Amin!
6. Ayat 31-38; menceritakan hal orang-orang yang Berjaya. Tentang golongan yang bertakwa, orang-orang yang takutkan Azab, dan yang telah melakukan kebaikan dengan sabar.
Cerita tentang sebaik-baik tempat untuk kembali, iaitu syurga. Kebiasaan Quran, apabila ia menceritakan tentang tempat kembali yang buruk Allah juga akan menceritakan opposite’nya supaya hati kita melihat bahawa ada balasan yang baik untuk orang-orang yang sabar.
Yang I sangat suka pada ayat 35, selalunya di dunia ini kitakan selalu sangat dihidangkan dengan dusta dan perkatan kasar daripada orang-orang yang zalim dan jahat yang merosakkan hati kita, kita terbiasa melihat bahagianya orang-orang yang kasar sedangkan kita tidak selesa bila dikasari apalagi bila mengasari orang lain.
Tetapi di syurga nanti – tiada lagi cerita yang tak baik. No more newspaper, majalah & lapuran paslu FB - yeah!, tiada lagi kata-kata kesat yang biasa dilontarkan oleh orang-orang yang melampaui batas. Akan aman dan damai sahaja. Tenteramnya hati – mohon masukkan kami ke dalam syurgaMu O Allah. Say ‘Amen’.
7. Ayat 39; Allah menerangkan inilah berita yang besar (An Naba) itu, iaitu hari yang Rasulullah SAW sentiasa peringatkan dalam dakwahnya. Maka sesipa yang inginkan kebaikan – carilah jalan untuk kembali kepada Allah.
Apakah ciri-ciri orang yang akan bahagia di akhirat nanti? Sila rujuk Surah Al Furqan 25: 63-74
8. Ayat 40; last Allah menceritakan betapa bila melihat sendiri ketibaan Hari Kiamat, apabila kita melihat sendiri Neraka. Orang-orang yang mempersendakan peringatan (An Naba) yang mereka tanya-tanyakan dahulu semasa di dunia (refer balik ayat 1&2).
Masa itu orang yang ingkar akan menyesal dan rasa betapa sia-sianya kejadiannya sehingga menyatakan “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)”.
Tetapi dah terlambatkan. Ibarat, mendengar guruh di langit - air di tempayan dicurahkan. kan, dah tak ada air bila nak mandi sebeb tadi kita ingat hari akan hujan kan, kan ...
Conclusion;
kenalah jadi orang yang baik, supaya tidak menyesal sebab akhirat itu selama-lamanya. Insaflah kita, mohon Allah perliharalah hati kita supaya sentiasa ingat pada hari kiamat. Kalau hati tidak senang untuk membayangkan syurga sebagai balasan, maklum kadang-kadang kita di dunia ni serba mewah dan selesa. kita merasakan cukuplah dunia ini sebagai syurga dan tidak perlulah merengek-rengek macam orang lain untuk mengharapkan syurga.
Mohonlah supaya kita gerun dan takut pada Jahanam yang tidak ada sedikit pun kebaikan padanya. (ceita bab neraka ini ... next, insya Allah)

Selepas berkenalan dengan Surah
yang hebat ini, setiap kali I sebut perkataan ‘uhm’ I akan nampak sebuah surah
pembukaan Juzzuk 30, sebuah berita dan keseluruhan 40 ayat yang mengikuti
sebutan itu. Besar dan beratlah sebenarnya sebutan itu – ingatlah I pada amaran
bahawa kiamat itu benar, hari pembalasan itu benar, syurga – benar! Neraka juga
benar! Ampun ya Allah …
Kepada kekasih yang dulu selalu
mengingatkan I kepada surah ini – terima kasih.
Tentulah kebaikan akan kembali kepadanya setiap kali I membaca atau menyampaikan peringatan daripada surah ini. Doakan dia bahagia, doakan supaya selain daripada diri I sendiri, dan orang lain yang sayang padanya, mohon Allah juga sayanglah kepada hambaNya yang satu ini.
Allahuma Amin! Sekian.
Comments
Post a Comment