Skip to main content

Minum 3 Liter Air


Kita selalu dengar orang suruh minum air banyak2. Kita pun tau bahawa badan kita perlukan 8 gelas air sehari. Juga, setiap kali hadir kelas – kita selalu dipesankan supaya minum air banyak2.

semalam berbual dengan doctor pun, doctor kata dia suspect I ni kekurangan air sebab lately I banyak travel JB-KL, KL-JB dan bila kita travel selalunya kita kurang minum air. OK I setuju juga.

so hari ini, jom buat resolusi baru untuk minum 3 liter air sehari. Sakit kepala I ni doctor dah rule out as hormonal so tak perlu risau sangat, ianya normal dan inilah yang sepatutnya bagi kita orang perempuan yang sewaktu dengan I ni.

Ini yang I buat selalunya … (tapi kadang2 lupa)
Mula-mula bangun pagi, sebelum buat apa-apa, sebelum bangun daripada katil – I akan minum 0.75 liter air. Semalam sebelum tidur I bawa satu botol air 0.75l – I suka gunakan Tupperware bottles sebab I boleh tau kuantiti air yang I minum. Tetapi kalau malam tadi I dah terminum – I perlu ke dapur dan tambah sedikit lagi untuk mencukupkan 0.75l,
Selepas mandi dan solat, sebelum keluar untuk subuh I akan minum satu gelas air madu + lemon atau  BBplus. Aktiviti minum air pagi-pagi ni akan membuatkan lawatan ke tandas lebih kerap. So waktu pagi ni antara solat dan wuduk silih berganti. Anggaplah ianya satu terapi juga … Ini jumlah keseluruhannya sudah 1 liter. Alhamdulillah.
Kalau I keluar, pergi kerja ke atau apa pun biasanya I akan bawa 2 botol air (500ml) kalau bawa botol besar nanti handbag akan berat sangat. Jika tak keluar I letak 2 botol ini juga di atas meja … bila tidak Nampak botol air kita susah nak disiplin untuk minum. Maka sepanjang siang ini confirm kita akan minum 1 liter.
Masa lunch atau minum2 dengan kawan-kawan kita abaikan jumlahnya, OK!
Sampai rumah, yang kebiasaanya pukul 6 petang. Kita minum 500ml lagi sementara menyiapkan hidangan makan malam. Selalunya bila makan I minum air – hanya selepas setengah jam. Biasanya selepas I kemas dapur, basuh pinggan dan lap meja. kemgemaran I minum kopi selepas makan, so itu tidak termasuk dengan kiraan minum air 3 liter.
Okay, sekarang kita cuma perlukan 500ml air sahaja yang berbaki - Sebelum tidur, insyallah jumlah 3 liter itu akan kita perolehi.

Lately I suka letak hirisan lemon kedalam botol air, menambah rasa. Best juga …

Doa minum air; "bismillah ..."

Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

An Nisa 142

bismillah ...  semalam migraine, seharian. Yang memotivasikan  untuk bangun pagi tadi hanyalah kerana I berjanji boleh tidur semula selepas solat subuh - dan, selalunya bila sakit - I minta Allah bagi hadiah kerana I sabar menjalani sakit (kononnya). Alhamdulillah, kerana sifat kasih Allah itu melebihi daripada apapun maka, sebagai hadiah yang I nampak ialah ayat 142 surah An Nisa yang singgah pada bacaan pagi tadi. Verily, the hypocrites seek to deceive Allâh, but it is He Who deceives them. And when they stand up for As-Salât (the prayer), they stand with laziness and to be seen of men, and they do not remember Allâh but little. (4:142)   maka, hari ini - I minta ampun banyak-banyak kerana I lah orang yang solat tetapi lalai. I tahu bahawa solat itu adalah ibadah yang sangat amazing, I maklum tentang kelebihan rukuk dan sujud ... ehem, I yang juga mengajar tentang solat. I faham apa yang baca dalam solat tetapi I jugalah yang ke sana dan ke mari dalam solat....

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...