Skip to main content

Soul Power 2

Bismillah,
Masih boleh berkongsi pengajian …
Untuk pengetahuan, minda kita ni terbahagi kepada tiga. 10% ialah minda SEDAR dan 90% ialah minda bawah sedar & super sedar. Dalam minda sedar ini pula ialah fikiran kita yang setiap hari bagi orang yang normal, kita akan befikir antara 50 ribu ke 70 ribu kali (banyak tu) dan kajian membuktikan bahawa 80% daripada fikiran kita, adalah fikiran yang negative. Kalau tak percaya, duduk diam sekejab dan memerhati  – katalah 3 minit, tulis apa yang kita fikirkan. Simple note. Kemudian tengok balik apa yang kita tuliskan;
  1. Gemuknya
  2. Tak cantiknya
  3. Kurusnya!
  4. Tuanya, muda sangat
  5. Panaslah,
  6. Tak suka, tak suka, tak suka
    (itu I belum listkan kata-kata yang lebih teruk seperti sampah sarap yang selalunya bermain di banak masing-masing) banyak yang negative ke positive ???
Sifu kata, apa-apa yang kita fikirkan dan katakan itulah yang membentuk kepercayaan kita. Maka, mulai hari ini kita akan berhentikan monolog ini, iaitu bercakap dengan diri sendiri – contoh; “aku ni nak pergi ke tak pergi?” atau “nak makan apa eh?”. Kita tukar monolog kepada dialog, kita belajar bercakap dengan Allah. Sifat Allah ini Maha, tentulah energy Allah itu sangat positive. 100%. Bila bercakap dengan positive power tentu juga akan menghasilkan aura yang positive pada diri kita.
Kalau sudah 40 tahun bercakap dengan diri sendiri tentulah payah dalam masa sehari nak berubah, so kita ada latihan. Dalam tempoh masa 40 hari ini – I perlu untuk berjalan sejauh 2km sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu dan BERCAKAP hanya dengan Allah. Pada student2 I, tentu mereka perasan yang I ni memang bercakap dengan Allah pada kebanyakkan masanya.
Esok, I nak mulakan aktiviti berjalan-jalan ni. Walaupun dah selalu buat, adad belajar, bila cikgu suruh – kita ikut. Boleh? Boleh kan …
I Sudah boleh visualize – berjalan di IKEA (yeah!!!) daripada pukul 9.30 hingga pukul 11.00 pagi insyallah lebih daripada 2km. Kata my nephew – dalam 2500 langkah. OK – S Health apps dalam handphone boleh monitor aktiviti esok. Kalau ada digital counter yang macam Air Asia stewardess guna untuk kira passanger tu lagi bagus, boleh kira berapa banyak kali you bercakap dengan Allah. I hope you know how to talk to Him, Allah tu Maha Mendengar jadi, bila bercakap tu – bercakaplah baik-baik. Kata Dr. Azhar – tidak sopan untuk berkata-kata dengan Allah itu ganas2. Allah kan Maha lembut, Allah sukakan orang yang penyantun.
Sesiapa yang hendak mencuba, silakan …

Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Qalbun Saleem

Cara terbaik untuk celebrate birthday orang tersayang ...  lama tidak ke Imuslim untuk belajar kelas berbayar mahu pun percuma, tetapi - hari ini special sebab birthday Ibrahim Topik hari ini best - Qalbun Saleem.  Kawan-kawan, akan tiba satu hari nanti ... di mana harta benda dan ahli keluarga tidak akan dapat menyelamatkan diri kita KECUALI bagi orang-orang yang beriman; yang memiliki hati yang bersih (Qalbun Saleem); yang sentiasa ingat kepada Allah (berdiri, duduk dan baring) yang sentiasa meminta keampunan daripada Allah berdoa supaya terperlihara daripada azab api neraka. (rujuk surah Al Imran; ayat 10, 16 & 17) Soalannya, apakah kita memiliki hati yang bersih ini? hati yang bersih ini kita perlukan bila kita berdiri di hari pembalasan esok. maknanya, hari ini tak perlu sangatlah.  Bak kata Sheikh itu semalam, kepada Allah - tidak mendatangkan apa-apa mudarat kepadaNya samada kita percaya kepada Allah atau tidak. Samada kita taat atau tidak ... ata...