Bismillah
Selamat pagi wahai rama-rama (butterflies) – terasa bahawa
kita semua ni rupa-rupanya laksana rama-rama cuma. Perbandingan antara hidup di
dunia dan di akhirat nanti. Kesiankan … rupanya hidup ini sekejab sahaja, FYI
rama-rama ni jangka hayatnya seminggu jer. Sekejab kan?
Pagi tadi terbaca posting kawan I, yang sangat menyentuh
rasa. Katanya;
Some
people including the people we love and care..learn something through mistakes.
Let them go through that process.
By always trusting Allah to guide them, make my heart always in peace.
By always trusting Allah to guide them, make my heart always in peace.
–
Diyana Tahir
I sangat
setuju, sementara menjalani kehidupan yang
mana kebelakangan ini orang-orang yang I kenal pupus bagaikan daun-daun
yang berguguran – bagusnya bila ramai orang yang kita kenal meninggal. Kita mengenal
nikmat hidup. Setiap pagi bila masih dihadiahkan nyawa, I akan rasa sangat
bersyukur sebab masih boleh rukuk dan sujud. Masih boleh telifon mak,
bertanyakan kabar orang tua tu. Masih juga boleh dengar suara anak-anak – boleh
tolong mereka, if they ask for help.
Berupaya … rupanya istilah ‘upaya’ itu pun
sangat besar. Seronoknya rasa bila kita tau bahawa nyawa itu pinjaman sahaja. Bangun
pagi, kita happy. Memerhati toast, melompat daripada toaster pun seronok …
inikan pula melihat rama-rama. Terasa diri sangat berharga … terima kasih ya
Allah!
Hari ini kerana I hidup semula, jika ada sesiapa yang
memohon maaf – I lah dulu yang akan memaafkan. Especially if I loves you so
much. If you are my husband, my friends, my childrens. Kerana esok belum tentu
kita boleh berjumpa lagi, kalau boleh I nak sayang semua orang. Kalau boleh I
nak cakap atau lakukan sesuatu sehingga semua orang tahu betapa I sayangkan mereka, sepenuh hati.
Kadang-kadang ada orang buat silap dengan kita (kita pun
buat silap juga kan!) tentulah orang tu, orang yang kita sayang. Bila orang
yang kita tak berapa sayang buat silap, kitakan tak kesah sangat. Lebih-lebih
lagi bila dia tau dan kesal pula dengan kesilapannya.
Tentulah kerana Allah sedang mengujinya dan kemudian dia ditarbiahkan pula untuk kembali pada yang hak – sepatutnya kita rasa bahagia. Orang ini, anak atau suami masih bersama-sama dengan kita dan rupanya kita ini diuji sahaja dan dalam quran selalu menyebut, beruntunglah bagi mereka yang sabar. Serupalah dengan roh kita juga, malam tadi Allah ambil. Pagi ni dipulangkan semula – kita kata, Alhamdulillah.

Bila kita maafkan orang, bukan sebab kita hebat TETAPI sebab
kita tahu bahawa Allah itu melihat, kita nak bila kita minta maaf dengan Allah,
esok …. Allah juga akan segera memaafkan kita. Hendak-hendaknya pada masa yang
mana tiada siapa pun yang boleh membantu kita. Tidak duit kita yang banyak,
rumah dan tanah yang kita tidak bawa bersama-sama dalam kubur tu (juga sebagai
peringatan yang kita tinggalkan semuanya adalah hak milik waris – jari hantu
ke, jari kelingking ke apa pun bukan lagi kita punya).
Tak payahlah kita nak marah, balas dendam. Geram …
macamlah kita ni tidak pernah bersalah kan? Jom belajar bagaimana melepaskan ‘rasa tak seronok’ kita tu. I wish you all tengok movie Frozen. Macam Elsa, just let it go … bila Elsa, let go the ill feelings, dia dan kebolehannya mem’frozen’kan semua benda, menjadikan hidup mereka lebih bahagia. (I wish I’m like Elsa, tak lah Malayisa ni panas sangat)
walau bagaima pun – Selamat Pagi Malaysia !!!

Terima kasih ya Allah. Tuhan Yang Maha Pengampun, Pengasih, Tuhan
yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya, Pelaksana terhadap apa yang Dia
kehendaki. Jadikanlah kami ini orang-orang yang beriman dan sentiasa bersyukur kepadaMu.
Ampun ya Allah.
Comments
Post a Comment