Skip to main content

Regarding Circles

Jumaat … cuti di JB, Alhamdulillah. Mulakan pagi dengan membersihkan rumah, menyapu dan mop lantai. Sarapan pagi seperti biasa telur dan roti – bertemankan sakit kepala sedikit

Sementara ada banyak masa, sambil mengikuti kuliah Logical Progression yang sangat perlahan – downloading. I teringatkan warna hidup kebelakang ini, seolah menaiki roller coaster. Dalam tempoh masa dua bulan sahaja dan ianya berakhir semalam (ini benar2 kejadian - bukan lagi cobaan). Now I am looking at options to move on ...

I teringatkan lesson learned long time ago - Stephen Covey’s Seven Habits of Highly Effective People;

Circle of Concern and the Circle of Influence

Circle of Concern — ialah perkara-perkara yang kita ambil berat, contoh – kesihatan, kerjaya, relationships, anak-anak, politik, artis, perang, GST dan lain2.

Circle of Influence — pula semua perkara yang kita ada kuasa mengendalikannya. Circle ini lebih kecil daripada circle of concern. Tentulah kita tiada kuasa untuk menentukan artis itu nak berlakun cerita apa, atau kawin dengan siapa (suka betul isu kawin ni)

Dalam hidup ini kita, kita akan hadapi selalunya 3 keadaan.

Isu yang kita boleh pengaruhi; contoh – tindakan kita.
Isu yang tidak boleh pengaruhi secara langsung (indirect); contoh – tindakan orang lain.
Isu yang langsung tidak boleh kita pengaruhi. Contoh, masa lalu. Reality keadaan.
Katalah (contoh) Isu kawin  lagi. Kita tidak boleh menidakkan isu ini kerana mengikut hukum, orang Islam boleh berkawin lebih daripada satu (An Nisa:3) So, apabila encik suami itu datang dengan isu nak kawin lagi ni kita kenalah check – semua bulatan-bulatan ni sebelum kita hilang pertimbangan.

Pertama yang kita hendak tau, siapakah calon isteri kedua. Kawan kita kah, saudara-mara kah – sebab mungkin calon isteri itu duduk dalam bulatan ‘influence’. If yes, maka mudahlah sikit urusan kita. Tetapi kalau jauh, jika perempuan itu jatuh dalam bulatan concern saja. Ehm … kena buat analisis lain. Check juga, encik suami ni dalam circle of concern sahaja kah atau influence, kalau influence – mudah cara.

Tuan ex-husband saya tentulah happy, kalau dia tau – saya masih menggunakan bulat-bulatan ini. Kerana, setelah sekian lama ilmunya masih I panjang-panjangkan. Jadi jariah dia di akhirat nanti, insyallah. Menjadi orang yang boleh membantu menambah dividen orang lain di akhirat tentulah ada juga bahagian untuknya. Allahkan pemurah. Alhamdulillah.

Kawan-kawan juga jangan lupa bahawa kita boleh membesarkan bulatan influence kita, apa pun pertama kita kena bertenang – kalau ye pun encik suami nak kawin tentulah bukan esok kan? Macam I kata tadi yang bukan dalam circle of influence kita jangan usik – contoh, nak mansuhkan GST – tak payahlah kecoh2, buang tenaga sahaja. Contoh lagi, baca surat kabar – dengan berita orang kena bunuh. bank kena rompak … kita boleh buat apa ek? Merosakkan aura pagi sahaja membaca yang bukan2 ni. I selama-lamanya tak baca surat kabar – masih bernyawa juga. Alhamdulillah.

Oh ya … isu nak kawin tadi; siapa dalam circle of influence kita sekarang – mak mertua? OK ni best. Nak2nya kalau kita ni menantu favourite. Kalau tidak ada sikit problem. Try adik ipar, abang ipar, abang kita sendiri – anak-anak. So sekarang kita tau bahawa sebenarnya kita mesti sentiasa memerlihara circle of influence kita. OK. Ok, Alhamdulillah.

Terbaik adalah diri kita sendiri, kalau menangis selalunya boleh menjadi modal untuk mendapatkan apa yang kita hendak … bolehlah start jadi neng yatimah. Kalau merajuk boleh membeli jiwa … jom, jadi cikgu rose dalam cerita pendekar bujang lapuk – kalau boleh mengamuk – silakan. Boleh ikut style Siti Tanjung Perak. Kalau ada kuasa, kaya raya macam nyonya Mansur … bolehlah gertak encik suami.

Apa yang diluar bidang kuasa kita, luar influence tak payahlah kita kacau. Usually calon isteri ni, tentulah pun sudah memenangi hati encik suami. Kalau tidak masakan berani lelaki itu nak minta permisi. Nanti jadi macam main galah panjang, jaga di sini. Dia ikut sana. Kejar sana sini, tiba-tiba dia dah game. Letih.

Yang best jadi orang Islam ni, kita ada Tuhan. Allah tu Maha Kaya, kalau kita minta tentulah Allah akan memberi. Buat sikit checking, siapa yang mangsa dalam pergelutan ini. Make sure you lah … doa orang yang teraniaya ni tidak ada hijab untuk sampai kepada Allah. Kemudian bila nak berdoa, kita pastikan kita buat pada masa yang betul dan bertepatan pula kaedahnya.

try bangun pukul 4 pagi. Mandi dan bersiap pakai cantik-cantik, Allahkan suka pada kecantikkan. Pakai juga wangi-wangian, you bukannya nak pergi kerja – nak buat qiam sahaja, tidak menjadi zina pakai MINYAK wangi pukul 4 pagi. Sudah berwangi-wangian tu jangan pula solat dalam bilik tidur, nanti kalau encik suami terjaga – tergoda pula pakcik tu dengan perfume you – alahai, lain jadinya. Actually kalau jadi apa-apa pun tak apa. Tanda panjang lagilah jodoh kita – kata, Alhamdulillah. Doa masa tengah happy pun bagus juga …

Buat solat dengan tertib ikut macam dalam surah Muzzammil. Insyallah … ehm – jangan pula hanya sekali, buatlah berkali-kali dengan bulat percaya bahawa Allah itu sangat lembut dan tidak menolak permintaan hambanya.

Bila berdoa, tertib berdoa itu hendaklah kita jaga. Berdoa itu ada adabnya, dan doalah yang baik-baik. Doa ni ada script yang baik, nak belajar buat script jom ikuti kursus ATM (Allah tempat meminta - june, isnyallah). Doa supaya encik suami sayang kepada kita sahaja. Doa juga supaya perempuan yang tidak berpunya itu diperlihara Allah, doakan Allah cukupkan untuknya supaya dia tak perlukan suami kita. Doa juga supaya kita ni sangat baik kepada suami, mencukupnya kehendaknya supaya matanya tidak perlu untuk memandang pada yang lain.

Stephen Covey kata, choose to take whatever actions you can to use your power as effectively as possible. Gunalah keupayaan yang ada sebaik mungkin. Kadang-kadang di datangkan ujian begini kerana Allah sayangkan kita, mungkin kerana kita perlu untuk melihat dan memperbaiki perimeter kita, supaya kita bahagia di dunia di samping menjaga baik amanah yang Tuhan bagi kepada kita dan bila pulang nanti kita bahagia juga sebagai hamba yang taat.

esok pagi, kita cuba check perimeter perempuan itu pula. tak salah tengok facebook orang kan ... cuba kenali dia, siapakah orangnya. siapa pula circle of influence'nya. apakah agak-agaknya yang ada padanya yang memikat encik suami kita tu ... atau adakah faktor diri kita yang perlu kita ubah.

kalau I, bila bercakap tentang change - mula-mula I akan gunting rambut. buat style masa kita mula-mula kawin, tentu best. mengimbau kenang lama ni - very special. dia pun akan tau bahawa kita buat ni untuk dia, sebab kitakan pakai tudung mana mungkin kita buat untuk orang lain. then, kita tukar fesyen - pada I, bila I happy I akan membangkitkan aura yang lebih baik. apakah kata beli bra & panties baru, dia mungkin tak perasan tetapi kitakan sensasi luar biasa. perempuan yang happy selalunya akan kelihatan lebih muda dan lebih ceria. kita apply law of attraction di sini.

last, kita boleh besarkan circle of influence kita tau - apa kata kita kawan dengan calon isteri tu. jadikan buddies ... sure kawan, tak ambil suami kawan dia kan, kan ... tapi tak payahlah, rosakkan hati you sahaja. melainkan you ni seorang yang berjiwa besar (macam saya). FYI, my EX husband dulu sukalah sangat dengan secretary dia, asyiklah memuji - apa yang I buat. Pergi  office dia time dia tak ada, ajak puan secretary lunch. becoming friend. she is now my BBF walaupun yang penting masa tu sudah lama jadi ex !!!

OK dah seronok dengan bulat-bulatan, bestnya bila ada ilmu, terima kasih ya Allah.

selamat mencuba dan I doakan you all semua bahagia sampai bila-bila. say "Ameen"

Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...