Skip to main content

Seri

Seri,
aku mahu memilikimu sebagai kekasih
kerana kau bisa mendudukan resahku
mengamankan lelah
menghidangkan aku madu
mententeramkan rinduku
kelembutanmu yang bisa melenakanku
aku ingin setiap kali pulang menatap wajahmu

seri,
aku senang memilihmu sebagai teman
kerana kau bisa menterjemahkan rasaku
kau juga mampu memimpin tanganku
sesekali menunjuk jalan
menyampaikan
malah kau selalunya setuju

seri,
sementara ini aku cuma mampu melihat padamu
seringkali mendoakan kesejahteraanmu
sangat teringin memerliharamu
tetapi tanganku masih terikat pada amanah yang berat
aku juga punya ruang yang sangat singkat

seri,
aku tidak akan bersamamu
disini atau disana atau bila-bila
kerana aku akan lebih payah denganmu
malah aku juga akan kalah bersamamu
tetapi, jika dibenarkan masa
aku mahu mebawamu kepada rahmat
memperlihatkan nikmat
agar kau yakin mendampinginya
dan aman dalam singgahsana
tanpaku disisimu

(hanya kerana kasih, tidak perlu aku sentiasa bersamamu atau menjadi milikmu. cukuplah allah pada menyempurnakan makna kasih. cukuplah doaku mengiringimu)

Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

An Nisa 142

bismillah ...  semalam migraine, seharian. Yang memotivasikan  untuk bangun pagi tadi hanyalah kerana I berjanji boleh tidur semula selepas solat subuh - dan, selalunya bila sakit - I minta Allah bagi hadiah kerana I sabar menjalani sakit (kononnya). Alhamdulillah, kerana sifat kasih Allah itu melebihi daripada apapun maka, sebagai hadiah yang I nampak ialah ayat 142 surah An Nisa yang singgah pada bacaan pagi tadi. Verily, the hypocrites seek to deceive Allâh, but it is He Who deceives them. And when they stand up for As-Salât (the prayer), they stand with laziness and to be seen of men, and they do not remember Allâh but little. (4:142)   maka, hari ini - I minta ampun banyak-banyak kerana I lah orang yang solat tetapi lalai. I tahu bahawa solat itu adalah ibadah yang sangat amazing, I maklum tentang kelebihan rukuk dan sujud ... ehem, I yang juga mengajar tentang solat. I faham apa yang baca dalam solat tetapi I jugalah yang ke sana dan ke mari dalam solat....

BERJAYA, Insyallah

bismillah selalu kita nampak di FB iklan-iklan tentang program-program kejayaan yang menjanjikan, keuntungan dalam perniagaan. teknik mendapatkan pendapatan yang lebih, berganda! Bagaimana untuk kaya & berjaya !!! I pun tau ramai dikalangan kita yang selalu mengikuti kursus-kursus tersebut - Alhamdulillah, dipersilakan. Insyallah dengan izin Allah kita akan berjaya.  kebelakangan ini semua orang berniaga ... ada yang jual kek, jual baju, jual tudung. Jual kain, jual ubat - macam-macam ubat. jual susu, jual kereta, jual buku, jual telefon, jual air, yang jual udara pun ada ... macam-macam. semua orang sibuk mencari duit lebih Insyallah juga akan berjaya dengan izin Allah ... Sekarang timbul beberapa persoalan; 1. Apa itu BERJAYA ? dan, 2. Apakah pula maksud 'dengan Izin Allah' ? hmm ... siapa nak jawab? siapa kita nak rujuk untuk mendapatkan jawapannya - atau bolehkan kita jumpa jawapannya didalam Al Quran? bukankah Al Quran itu petunjuk jalan kebenaran. (ehem ... k...