Sebelum menutup tirai malam ini, mari kita ulangkaji sedikit apa yang kita pelajari hari Sabtu di Tropical Inn.
Kata Dr. Azhar, kadang-kadang kita mengeluh sebab bila kita didatangi ‘masalah’ (yang mana perkatan ini HARAM kita gunakan) kita merasakan Allah itu tidak memberi pertolongan kepada kita, sedangkan kita ini adalah seorang yang sabar dan kita juga solat tidak tinggal, cantik pula solat kita sebab sentiasanya diiringi dengan solat-solat sunat. Kita buat Dhuha juga. Kita baca juga Ayat seribu dinar tetapi jauh dalam hati kita menyatakan bahawa Allah itu tidak menolong, atau belum lagi. Cuma kita tidak menzahirkan pada lisan bahawa kita sebenarnya tidak percaya kepada ayat di atas.
I bukan nak buat tafsir tetapi ayat di atas sangat jelas iaitu; benar – Allah MENOLONG dan ayat di atas juga jelas menyatakan pra-syarat untuk pertolonganNya antaranya;
1. Orang yang dibantu itu ialah orang yang sabar
2. Bila meminta itu, kita mesti sabar
3. dan kita meminta dengan solat
marilah kita periksa diri kita, kita ni – kalau I sebut jangan marah dulu, tepuk dada Tanya selera eh. Benarkan kita beriman, orang yang beriman tu ada 6 pra-syaratnya pula tetapi kalau itu tak percaya, ini tak percaya. Payah sayang … tapi tak susah, mulai hari ini kita boleh start, jadi orang yang beriman. Alhamdulillah.
Kemudian, kita check lagi kita ni SABAR kah? Apa pula kategori orang-orang yang sabar – apa kata kita buka quran, tengok page belakang tu, ada index … cari perkataan ‘sabar’. Happy searching !!! kalau semua orang bagi tak syok juga tak challenging, itu sebabnya dalam kelas I ada homework.
Last but not least, apakah bila berkumandang Azan – kita bangun dan solat, apakah perbuatan kita berdiri, rukuk dan sujud itu adalah solat, atau cuma senamrobik yang mencergaskan tubuh badan sahaja. FYI dan juga peringatan untuk diri sendiri ada satu neraka yang disediakan khas untuk orang-orang yang solat.
Hak ilmu, kata cikgu I – ialah mengulanginya dalam jangka masa 72 jam, kalau tidak ilmu itu akan menjadi basi dan sia-sia.
Alhamdulillah, saya berkongsi sudah ….
Comments
Post a Comment