Bismillah ...
Sepetang bersama Nadiah di surau, selepas zohor sebelum menghantarnya pulang ke asrama – kebiasaan anak ini akan melengah-lengahkan masa.
Maklum kita berjumpa bukan selalu (but almost every weekend). Seperti sepasang kekasih yang akan berpisah, ada saja topic yang kita ketengahkan untuk mengisi masa.
Mula-mula seperti biasa, sebagai ibu – I akan check tentang solat. I tanya apakah yang Nadiah minta selepas solat, kerana dia mengambil masa yang panjang berdoa. Sebab pada I tidak adalah permintaan yang lebih menyeluruh daripada doa yang kita baca antara selepas tasyahud dan sebelum salam;
“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada azab neraka Jahanam, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian dan aku berlindung denganMu daripada kejahatan fitnah Al-Masih Dajjal”
Nadiah setuju juga, maka kami mengambil beberapa ketika
menghafalnya bersama-sama, seronoknya membimbing orang yang cerdik ini, sekejab
sahaja doa itu dijinakkannya. I juga teringat menghafalkan doa ini dengan Mahfuz
dan Marieah dengan bimbingan Ustaz Ibrahim sepanjang perjalanan menghadiri
majlis pertunangan Iqbal, di Sungai Mas.
Seronoknya bila berpeluang menyampaikan, seronok juga bila kita tau – bahawa inilah yang akan kita tinggalkan untuk anak-anak sebagai harta yang berharga. Alhamdulillah ... I dah terbayangkan carta MLM walaupun nama I bukan yang teratas di peramid tu, tetapi I masih mencipta downline – YES!!!
Oh ya, kalau kawan-kawan belum menghafal doa tadi, boleh try rujuk Hisnul Muslim bab 19. Bolehlah mengakrabkan diri dengannya, kerana ini juga amalan sunnah kan ...
Kemudian, I share dengan Nadiah – I ni pula, bila belajar
sesuatu memang suka sahaja nak share sebab tak nak ilmu I basi. (the 72hrs
rules)
Hadis 1871 daripada Riyadus Solihin bab keampunan; yang diriwayatkan oleh ‘Abu Hurairah(ra)
Hadis 1871 daripada Riyadus Solihin bab keampunan; yang diriwayatkan oleh ‘Abu Hurairah(ra)
The Messenger of Allah (pbuh) said, “By the One in Whose Hand my soul is! If you do not commit sins, Allah would replace you with a people who would commit sins and seek forgiveness from Allah; and Allah will certainly forgive them.”
Faham??? Yang best, bila Nadiah mengulas intipati hadis
bahawa Allah sangat suka kepada hamba-hambaNya yang bertaubat.
Itu juga yang selalu I katakan – kadang-kadang kita rasa hebat sebab bangun pagi tadi kita sempat berjemaah, kemudian ke pejabat. Petang balik. Masak, hidangankan keluarga makan malam. Lepas isya, duduk mengaji pula dan kemudian tidur.
Kita rasa kitalah orang yang tidak berdosa sebab kita tidak kacau suami orang, tidak pula duduk mengumpat. Menutup aurat, solat lima waktu ... tentulah kita ini calon-calon ahli syurga – tidak macam orang itu dan ini ...
Ops – berkata itu di dalam hati pun sudah menterjumuskan untuk berdosa.
Itu juga yang selalu I katakan – kadang-kadang kita rasa hebat sebab bangun pagi tadi kita sempat berjemaah, kemudian ke pejabat. Petang balik. Masak, hidangankan keluarga makan malam. Lepas isya, duduk mengaji pula dan kemudian tidur.
Kita rasa kitalah orang yang tidak berdosa sebab kita tidak kacau suami orang, tidak pula duduk mengumpat. Menutup aurat, solat lima waktu ... tentulah kita ini calon-calon ahli syurga – tidak macam orang itu dan ini ...
Ops – berkata itu di dalam hati pun sudah menterjumuskan untuk berdosa.
I kata pada Nadiah, taubat itu adalah pada rasa – iaitu di Hati. Sebagai contoh, katalah tadi Nadiah basuh pinggan dan Nadiah TERpecahkan sebiji gelas. Tentulah Nadiah rasa tak seronok, walaupun mummy tak cakap apa-apa sehinggakan kalau nak tengok TV pun Nadiah akan minta permission dengan baik walaupun sebenarnya aktiviti menonton TV semasa cuti adalah satu lumrah.
Begitu jugalah dengan orang yang berdosa, memanglah semua orang akan istifar selepas solat dan biasalah mulut kita akan sebut ‘istifar’ sentiasa – maklum orang berimanlah kannn. Tetapi bagi orang yang tahu dia berdosa, tau bahawa Tuhan sentiasa mengetahui gerak dan diamnya walaupun tidak terlihat oleh orang ramai dia akan beristifar tetapi istifarnya jauh berbeza dengan istifar orang yang tidak berdosa.
Terlebih ikhlaslah istifar hamba yang berdosa ini ... terlalu berharaplah dia. Nak-naknya dia tau pula bahawa neraka itu adalah sangat azab. Takutlah pula, kalau-kalau Tuhan mencampakkannya kedalam Neraka.
Dia tahu bahawa Allah sahajalah yang boleh melepaskannya daripada belenggu dosa, sedangkan dia tiada daya dan upaya daripada terlanjur berdosa. I dah ternampak pula rantai-rantai yang mengikat ahli neraka, I Nampak api yang julang menjulang – adoi! Ngeri!!!
Ampun ya Allah, Ampun ...
Bestkan bila hidup berTuhan, boleh minta ampun. Dan bila meminta, ketahuilah bahawa Allah itu memperkenankan doa hamba-hambaNya. Itu sifat bersangka baik dengan Allah. Ini satu lagi topic yang kita tak perasan yang selalunya mengelapkan hati dan mentawarkan iman.
Sebelum berpisah sempat juga I titipkan doa yang selalu I baca semasa sujud.
“Ya
Allah, ampunilah dosaku keseluruhannya, yang kecil dan yang besar, yang awal
dan yang akhir, yang nyata dan yang terselindung”
Semoga menjadi pakaian anak yang cantik lebih-lebih lagi
bila dia memakai jam tangan G-Shock warna putih.
I kata, pembaca doa ini tentulah sangat bahagia kerana tidak
ada lagi dosa selepas doa ini ... I sangat setuju, you bagaimana?
Teringatkan Jalaluddin Rumi – Bila kita pun sangat faham dan sangat seronok berada dalam nikmat kasih sayang tentulah kita rasa sangat, sangat bahagia. I boleh membayangkan kelazatan cinta itu sehingga membuatkan Rumi menari-nari
Teringatkan Jalaluddin Rumi – Bila kita pun sangat faham dan sangat seronok berada dalam nikmat kasih sayang tentulah kita rasa sangat, sangat bahagia. I boleh membayangkan kelazatan cinta itu sehingga membuatkan Rumi menari-nari
Comments
Post a Comment