Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Jemputan Majlis Perkahwinan

Disember ... "Jemputan Majlis Perkahwinan" Dulu, masa I kecil2 ... selalu wonder mengapa Arwah Abah tidak suka menghadiri majlis keramaian, dia sentiasa menolak walaupun tidak pernah menghalangi kami (mak dan anak2nya) untuk memenuhi jemputan orang. lama sudah abah meninggal dunia dan hal tersebut pun sudah lama luput dalam ingatan kebelakangan ini, setelah berusia hampir separuh abad ini - dalam diam I perasan rupanya I mewarisi Arwah Abah bab jemputan majlis perkahwinan ini. Mungkin atas alasan yang sama ... I tak tau, sebab I tak pernah sempat nak tanya dia dan dulu kita beranggapan bahawa beliau tidak suka bercampur dengan orang ramai. bagi diri I pula ...  1. I tak tau macamana I nak 'greet' tuan rumah - patutkah I ucapkan tahniah kepada tuan rumah yang telah bersusah payah untuk memperagakan anak gadisnya dengan tudung singkat dan baju ketat? yang mana sebenarnya I rasa kesian kepadanya. tetapi kalau I pula hendak menegur, tentulah di situ bukan temp...

Nikmat yang dilupakan ...

Setiap kali I membayar 'over price' coffee di luar sana, I mesti teringat surah Ar Rahman, lebih tepat ayat yang 31 kali diulang-ulang dalam surah tersebut. " Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? "   tetapi kopi ini adalah kesukaan   selain daripada air kosong, I minum kopi. I tak minum air bergas, tak minat pada teh. Tidak cenderung pada jus dan lain-lain di luar sana, hanya kopi dan bukan nescafe Tak tahu kenapa tetapi seolah-olah kemampuan membayar jumlah yang sedemikian untuk secawan kopi mengingatkan I bahawa nanti akan ditanya tentang nikmat ini ... tidak boleh I dustakan apa-apa yang Allah telah kurniakan, sedangkan  harga secawan kopi itu setara dengan satu hidangan makanan untuk sebuah keluarga miskin Ampun ya Allah Ita mesti sentiasa bersyukur dan, Ita mesti ingat bahawa ada bahagian untuk orang lain daripada apa yang telah Engkau berikan kepada Ita  teringat sebuah hadis; Dari Abu Hurairah r.a.,...

Surah Qaf

Hampir jam 4 petang I dah mandi, tukar baju bersiap untuk Asar. Teringat masa bekerja dulu, bila masuk jam 4 saja - ada beberapa orang kawan2 yang dah siap bertelekung sambil masih mengadap PC masing-masing kerana masih waktu bekerja tetapi sudah bersedia untuk berjemaah. Tiba-tiba bergetar rindu ... kawan-kawan macam ni kita doakan mereka masuk syurga. dan kita doakan juga mereka ni nanti kat syurga ingat kat kita ... manalah tau keadaan kita macamana masa tu. sebab kita kan baik dengan mereka, doa kita mereka akan seru kita untuk bersama-sama dengan mereka di Jannah. Alhamdulillah  (sebab tu kita digalakkan berkawan dengan orang-orang yang baik2) Pernah you berjumpa dengan orang yang bila kita ajak solat, dia kata "nanti sekejab" sebab dia nak habiskan kerja dia. Sebab kerja dia banyak tau! Sebab ... kalau dia tidak siapkan kerja-kerja tu siapa nak buat? you? Kalau company tak untung, macamana nak bayar gaji staff? Kalau tak ada gaji - macamana nak bayar bills. nak beli b...

Solat, hanya solat sahaja

Solat, dan hanya solat sahaja kemudian barulah kita melihat kepada amalan dan ibadah yang lain2. I tau, semua orang pun solat. Bagi hamba-hamba Allah yang mengaku taat ini, kita buatlah solat - lima waktu sehari semalam. mengikut ketetapan pada Rukun Islam. Buat pengetahuan you, selama-lama I mengajar solat - I masih dapati rata-rata kita belum lagi solat pada pengertian solat itu sendiri. kenapa I mengajar solat? sebab ... sebab, I suka bila semua orang jumpa khusyuk dalam solat. I nak, semua orang merasakan bagaimana solat itu adalah hiburan kepada Rasulullah SAW - kita semua tahu apa yang Rasulullah lalui dalam hidup Baginda, menghadapi kepayahan dakwah yang sentiasa ditentang. credibility yang sentiasa dipersoalkan. dituduh gila, dikatakan mengamalkan sihir macam-macam.  kita pun macam tu juga sikit lebih kurang.  tanggungjawab yang membukit.  tekanan daripada boss dan client.  tak cukup duit,  tak cukup masa,  tak cukup rehat.  a...

Ke Hospital

Bismillah ... Alhamdulillah - hari ini kita berpeluang untuk kaya lagi. Semalam, I dapat berita yang anak2 saudara I masuk hospital akibat serangan kuman. So, hari ini kita boleh jalan-jalan ke hospital. Berbahagialah orang yang berpeluang untuk menziarahi orang sakit sebab faedahnya sangat besar. 1. Mengeratkan hubungan persaudaraan - sebab yang sakit tu ahli keluarga, tentulah di hospital nanti ada juga saudara mara yang lain, inilah yang dikatakan 'sambil menyelam minum air' 2. berbakti kepada Ibu - I akan ke rumah mak dulu, ambil mak untuk bawa mak ke hospital sebab mak tak ada kemudahan lain untuk ke sana. Ini namanya leverage. Maximise the advantage. 3. Boleh berdoa untuk orang yang sakit dan boleh juga minta orang sakit doakan kita ... happy la I. 4. Boleh singgah Taman Putra, beli baju ... double happiness! dan, walau bagaimana pun menziarahi orang yang sakit ini antara ibadah yang sangat dituntut. Sebenarnya ini adalah hak orang yang sakit untuk diziarahi. S...

Hujan pagi ...

Selamat Pagi ... Hari ini hujan Alhamdulillah ... I suka hujan, sebab I boleh jadikan alasan untuk tidak kemana-mana. Kalau ada orang ajak lunch, I jawab dengan lemah lembut "alaa ... hujan lah" - less fitnah.  Ada orang sedih bila hari hujan ... sebab - macam-macam! Antaranya sebab baju tak boleh nak sidai la kot dan lagi kalau you tinggal di KL mungkin you sedih sebab trafic akan menjadi lebih kacau daripada biasa. Sebab basah, sebab you tak boleh kena hujan, eh - kalau nak cari isu, 44 isu boleh muncul.  Tapi hujan inikan rahmat. setidak-tidaknya kita patut bersyukur kerana hujan membersihkan ruang udara. Satu lagi hujan ni 'menyejukkan' - I suka sejuk. Satu lagi, I boleh berdoa ... ada doa hujan. ( Kita tak boleh baca doa hujan bila hari panas kan? ) Bila hujan, tak payah nak sidai baju. Tak perlu ON kan air-cond. Ada alasan untuk tidak perlu ke pasar, so kita makan sandwich sahaja hari ini atau kita boleh habiskan mana-mana leftover yang memenuhkan fridg...

Solat 2

Ahad, cuti lagi. Sebenarnya I memang tidak bekerja tetapi bila hari-hari cuti begini, I membayangkan tentulah sahabat handai dan kenalan I yang berkerja di luar sana, dapat rehat dan riadah.  I suka membayangkan kegembiraan orang lain, kalau boleh I nak semua orang ada banyak masa macam I ni ... bila hari cuti tentulah ramai orang akan memeriahkan masjid.  Masjid I kat sini, Alhamdulillah - jemaah wanita untuk subuh tetap dalam lingkungan 25-30 orang. Tiap-tiap hari ... ehm, maksudnya jumlah ini tidak bertambah walaupun hari cuti. Kita doalah, supaya hati kita lebih sayangkan berjemaah di Masjid daripada bersenang-senang dirumah sahaja. Amin, ya Allah. Waktu Asar selalunya adalah seorang kakak tu, sekiranya I gagal untuk menghadirkan diri. Actually ... waktu Asar ini adalah waktu favorite I. Masjid akan special pada waktu ini - kalau tak percaya, boleh pergi dan check sendiri. takde hal ... semua orang yang datang ke masjid adalah VIPs Allah kan! (sebab tidak a...

Solat 1

Bismillah Sabtu. Hari cuti ... pagi tadi semasa menghabiskan masa di Gym dengan treadmills. Nampak tersergam indah KLCC. ( kebelakangan ini jarang nampak menara KLCC oleh kerana jerebu, bila ternampak tu rasa happy la pula ) Terfikir - ada ke sesiapa di luar sana yang menginginkan rumah seindah KLCC?   Mengapa tidak boleh kan ... pagi tadi rasa bersemangat pula untuk membina rumah sehebat KLCC. I seronokkan kerangka besi yang cemerlang terpacak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Engineer dan bekas engineer memang akan kagum pada struktur yang serba canggih begitu. Oh ... seronoknya, esok I nak rumah lain. ha ha ... Nak rumah macam minas tirith (lord of the rings). membayangkan betapa gembiranya anak-anak untuk berkumpul minum petang di teres minas tirith. Mahligai seindah itu hanya layak untuk diduduki oleh raja-raja. Sebenarnya I rasa sangat bertuah kerana kebelakangan ini I telah menceburkan diri dalam sistem investment yang sangat lumayan. Bayangkan selama i...

BERJAYA, Insyallah

bismillah selalu kita nampak di FB iklan-iklan tentang program-program kejayaan yang menjanjikan, keuntungan dalam perniagaan. teknik mendapatkan pendapatan yang lebih, berganda! Bagaimana untuk kaya & berjaya !!! I pun tau ramai dikalangan kita yang selalu mengikuti kursus-kursus tersebut - Alhamdulillah, dipersilakan. Insyallah dengan izin Allah kita akan berjaya.  kebelakangan ini semua orang berniaga ... ada yang jual kek, jual baju, jual tudung. Jual kain, jual ubat - macam-macam ubat. jual susu, jual kereta, jual buku, jual telefon, jual air, yang jual udara pun ada ... macam-macam. semua orang sibuk mencari duit lebih Insyallah juga akan berjaya dengan izin Allah ... Sekarang timbul beberapa persoalan; 1. Apa itu BERJAYA ? dan, 2. Apakah pula maksud 'dengan Izin Allah' ? hmm ... siapa nak jawab? siapa kita nak rujuk untuk mendapatkan jawapannya - atau bolehkan kita jumpa jawapannya didalam Al Quran? bukankah Al Quran itu petunjuk jalan kebenaran. (ehem ... k...

Pengurusan Spiritual

Surah Al Kahfi Hari ini selesai sudah bengkel sehari,  sesi BENGKEL PENGURUSAN KEHIDUPAN berteraskan surah Al Kahfi. letih daripada ulang alik KL-PD-JB-Melaka-JB; rasa macam nak tidur sahaja atau berkhalwat dengan satu lagi jigsaw puzzles (actually I've did one online) tetapi ada sesuatu yang I suka nak share malam ini sebelum ilmu jadi basi. tahukan you bahawa surah Al Kahfi ini antara surah yang special kerana selain daripada Al Fatihah yang kita wajib baca dalam setiap rakaat solat, Surah Al Mulk yang disarankan kita membacanya setiap malam, Tiga Qul yang kita baca sebelum tidur. Surah Al Kahfi ini - perisai kita daripada Fitnah Dajjal . You tahu betapa hebatnya Fitnah Dajjal? I belum boleh mengambarkannya tetapi, Rasulullah SAW pesan suruh kita baca doa setiap kali selepas membaca tahiyat dan sebelum salam - minta dijauhkan kita daripada Fitnah Dajjal.  Apabila Rasulullah SAW PESAN supaya kita memohon kepada Allah supaya memerlihara kita daripada sesuatu ke...

Moses Effect

mula-mula cuba untuk diam. tetapi hati merasa geram ... mula-mula I ingat I boleh membiarkan sahaja,  buat tidak tahu sahaja dengan kawan yang satu ini sedangkan dia bertungkus lumus menyediakan handouts untuk bengkel hari Sabtu ini sebab topik yang hendak hari Sabtu ini simple. BENGKEL SOLAT SUNAT. Ampun ya Allah. I tidak hendak komen apa-apa tentang program ini, pada hemah I sekiranya ada orang yang mengajak kepada kebaikkan patutlah kita alu-alukan.  Tetapi, akhirnya I kalah kerana naluri melonjak-lonjak ingin tahu. I pun bertanyalah, "mengapa banyak sangat preparation dibuat sedangkan tajuk kelas ustazah ialah solat sunat sahaja?"  Oooo kemudian barulah I dimaklumkan bahawa ada banyak buku solat sunat di luar sana (itu I maklum juga) dan setiap satu buku itu ada perbezaannya - wow! maka, ustazah haruslah menyusun semula supaya para peserta tidak keliru. sekarang I yang keliru (hu hu) maka, sebelum I berbicara panjang kerana orang yang mengolah buku solat unt...