Skip to main content

Pengurusan Spiritual

Surah Al Kahfi
Hari ini selesai sudah bengkel sehari, 
sesi BENGKEL PENGURUSAN KEHIDUPAN berteraskan surah Al Kahfi.

letih daripada ulang alik KL-PD-JB-Melaka-JB; rasa macam nak tidur sahaja atau berkhalwat dengan satu lagi jigsaw puzzles (actually I've did one online) tetapi ada sesuatu yang I suka nak share malam ini sebelum ilmu jadi basi.

tahukan you bahawa surah Al Kahfi ini antara surah yang special kerana selain daripada Al Fatihah yang kita wajib baca dalam setiap rakaat solat, Surah Al Mulk yang disarankan kita membacanya setiap malam, Tiga Qul yang kita baca sebelum tidur. Surah Al Kahfi ini - perisai kita daripada Fitnah Dajjal.

You tahu betapa hebatnya Fitnah Dajjal?
I belum boleh mengambarkannya tetapi, Rasulullah SAW pesan suruh kita baca doa setiap kali selepas membaca tahiyat dan sebelum salam - minta dijauhkan kita daripada Fitnah Dajjal. 

Apabila Rasulullah SAW PESAN supaya kita memohon kepada Allah supaya memerlihara kita daripada sesuatu kerosakkan, tentulah setidak-tidaknya kerana percaya bahawa fitnah ini adalah sesuatu yang sangat merbahaya untuk kita. 

dan, oleh kerana kita ini adalah makhluk Allah yang mempunyai akal. tentu kita akan mengkaji kelebihan surah ini dan apakah yang boleh kita pelajari daripada surah ini sehinggakan kita diminta membacanya sekurang-kurangnya seminggu sekali.
(satu lagi yang I tahu, kita ini mudah lupa sementara isu ini sangat besar, maka Rasulullah suruh kita ulang2 selalu)

Macam; bila orang kata kunyit itu boleh merawat luka, tentulah kita periksa dahulu properties kunyit tersebut sebelum kita melumur kuning jari kita yang luka akibat kemalangan ketika menggunakan pisau. biasakan? ... 'google'lah sekejab.
atau, kita biasanya mengikut sahaja seperti lembu. Berhati2! kerana lembu itu TERpaksa menurut disebabkan hidungnya telah ditindik ... kalau kita hanya mengikut sahaja sedangkan tidak bertindik di hidung tentulah lebih teruk kita ini daripada lembu - Ampun!

Panjang lebar bengkel hari ini.
bengkel ini sepatutnya dibentangkan dalam masa dua hari tetapi atas sebab-sebab tertentu, penganjur menjadikan ianya sahari sahaja.
Ada142 slides.
Pelik ... tetapi presenter sempat juga merujuk pada slide yang terakhir pada pukul 4.30 petang.
cuba bayangkan berapa banyak slide yang dipaparkan, dan bagaimana berasap kepala setiap participants. I betul2 mengharapkan setiap participants balik dan buat homework sendiri ...hujan ni, kalau lebat sangat pun mengakibatkan banjir kilat jer.


okay - macamana bila dikatakan "Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah Al Kahf, pasti terlindung daripada Dajjal" (hadith riwayat Muslim No 809)

No joke ... Dajjal ini hebat. 
kalau you nak tau antara kehebatannya, (sila buat research sendiri) Dajjal boleh memberi kekayaan dimasa semua orang sedang dalam kesusahan. Paling best, dalam masa manusia ini sedangan gawat dan sangat nipis imannya - Dajjal mampu menghidupkan orang yang kita sayangi apabila mereka sudah mati!

Fitnah daripada Dajjal ini juga sangat hebat - I pelik ramai orang suka membahasakan tentang isu dajjal ini. banyak pula buka yang diterbitkan menceritakan tentang dajjal dan cara mana untuk mengenal Dajjal. Cikgu I kata sepatutnya kita berdoa banyak2 supaya kita tidak hidup lagi semasa turunnya Dajjal, kerana manusia waktu itu ... dalam keadaan muhflis iman.

Tetapi!
tetapi sepuluh ayat pertama daripada surah Al Kahf ini adalah pelindung untuk kita, jom tengok apa yang ada pada 10 ayat pertama surah ini;

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (1) (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. (2) Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya. (3) Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata: Allah mempunyai anak. (4) (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. (5) Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. (6) Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (7) Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus. (8)Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (9) (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. (10) 



Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...