Skip to main content

Hujan pagi ...

Selamat Pagi ...

Hari ini hujan
Alhamdulillah ... I suka hujan, sebab I boleh jadikan alasan untuk tidak kemana-mana. Kalau ada orang ajak lunch, I jawab dengan lemah lembut "alaa ... hujan lah" - less fitnah. 


Ada orang sedih bila hari hujan ... sebab - macam-macam! Antaranya sebab baju tak boleh nak sidai la kot dan lagi kalau you tinggal di KL mungkin you sedih sebab trafic akan menjadi lebih kacau daripada biasa. Sebab basah, sebab you tak boleh kena hujan, eh - kalau nak cari isu, 44 isu boleh muncul. 

Tapi hujan inikan rahmat.
setidak-tidaknya kita patut bersyukur kerana hujan membersihkan ruang udara. Satu lagi hujan ni 'menyejukkan' - I suka sejuk.
Satu lagi, I boleh berdoa ... ada doa hujan.
(Kita tak boleh baca doa hujan bila hari panas kan?)



Bila hujan, tak payah nak sidai baju. Tak perlu ON kan air-cond. Ada alasan untuk tidak perlu ke pasar, so kita makan sandwich sahaja hari ini atau kita boleh habiskan mana-mana leftover yang memenuhkan fridge.

bila hujan sangat lebat lagi best ... semua urusan luar boleh kita postpone'kan tanpa rasa bersalah. Kereta akan lebih bersih - basuhan percuma daripada Allah (terima kasih ya Allah).

Hot chocolate akan kita nikmati dengan penuh sensasi, biskut Jacob pun sedap juga. I bukan sangat creative untuk membuat jemput-jemput  dan lempeng, so biskut Jacob pun Alhamdulillah ... 


Oleh kerana tidak perlu kemana-mana maka solat pun akan tepat pada waktu walaupun tidak dapat berjemaah di Masjid. Alhamdulillah!

Alhamdulillah, seronokkan ... bila hujan.
Ustazah Aisyah pesan suruh kita jadi generasi Alhamdulillah - melihat nikmat Allah pada setiap perkara.


Tapi ada kawan-kawan kita yang perlu untuk keluar bekerja, ada yang kena ke hospital menguruskan ahli keluarga yang di wad. Hantar anak ke sekolah.

Ada yang terpaksa merempuh trafik jam sebab dia bawa teksi atau bas ... well, buatlah dengan berlapang dada - sebab Allah kan ada

Masa ini lah, sedap mengadu kepada Allah.
Masa ini juga kita kenalpasti siapa 'tuan' siapa 'hamba'


Bestkan hidup sebab kita tahu bahawa Allah mengganjari hambaNya mengikut usaha mereka dan bila rasa susah tu, berdoalah.
Doa itukan ibadah ... dan, Allah mendengar hambaNya, ketika Hamba-hambaNya itu berdoa kepadaNya.

Teringat cerita Ustaz Umar;
Di Mahsyar besok, akan ada seorang nabi berdiri sorang-sorang, tanpa seorang pun pengikut. Tetapi Allah tetap meninggikan kedudukannya sebagai seorang nabi kerana semasa hidup dia sudah melaksanakan tugasnya, cuma takde orang nak ikut - nak buat macamana kan.

macam kita jugalah - susah payah kehidupan ini adalah 'cobaan' semata-mata. Quality hamba yang berjaya itu adalah mereka yang SABAR dan SOLAT. perkara ini diulang-ulang dalam Quran banyak-banyak kali (27 kali)...

so, selamat menempuh HUJAN dan Hari Selasa yang berbahagia, semoga kita semua menjadi hamba Allah yang berjaya. Alla

huma Amin ... 

Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...