Skip to main content

Ke Hospital

Bismillah ...

Alhamdulillah - hari ini kita berpeluang untuk kaya lagi. Semalam, I dapat berita yang anak2 saudara I masuk hospital akibat serangan kuman.


So, hari ini kita boleh jalan-jalan ke hospital. Berbahagialah orang yang berpeluang untuk menziarahi orang sakit sebab faedahnya sangat besar.

1. Mengeratkan hubungan persaudaraan
- sebab yang sakit tu ahli keluarga, tentulah di hospital nanti ada juga saudara mara yang lain, inilah yang dikatakan 'sambil menyelam minum air'


2. berbakti kepada Ibu
- I akan ke rumah mak dulu, ambil mak untuk bawa mak ke hospital sebab mak tak ada kemudahan lain untuk ke sana. Ini namanya leverage. Maximise the advantage.

3. Boleh berdoa untuk orang yang sakit dan boleh juga minta orang sakit doakan kita ... happy la I.

4. Boleh singgah Taman Putra, beli baju ... double happiness!

dan, walau bagaimana pun menziarahi orang yang sakit ini antara ibadah yang sangat dituntut. Sebenarnya ini adalah hak orang yang sakit untuk diziarahi. Sangatlah besar ganjaran untuk menziarah orang sakit ini kalau kita sudah tidak memerlukan ganjaran yang banyak tadi, cukuplah melakukannya kerana ianya sunnah.

kata cikgu I, orang yang menghidupkan sunnah ini akan Rasulullah SAW kenal pasti sebagai umatnya di Mahsyar nanti. Cukuplah sebagai motivati untuk kita melaksanakannya.

Ok dah almost 11am. I nak bersiap, nak ambil mak - bye2



'Ali bin Abu Talib (May Allah be pleased with him) reported:
I heard the Messenger of Allah (ﷺ) saying, "When a Muslim visits a sick Muslim at dawn, seventy thousand angels keep on praying for him till dusk. If he visits him in the evening, seventy thousand angels keep on praying for him till the morning; and he will have (his share of) reaped fruits in Jannah."

[At- Tirmidhi].

Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

An Nisa 142

bismillah ...  semalam migraine, seharian. Yang memotivasikan  untuk bangun pagi tadi hanyalah kerana I berjanji boleh tidur semula selepas solat subuh - dan, selalunya bila sakit - I minta Allah bagi hadiah kerana I sabar menjalani sakit (kononnya). Alhamdulillah, kerana sifat kasih Allah itu melebihi daripada apapun maka, sebagai hadiah yang I nampak ialah ayat 142 surah An Nisa yang singgah pada bacaan pagi tadi. Verily, the hypocrites seek to deceive Allâh, but it is He Who deceives them. And when they stand up for As-Salât (the prayer), they stand with laziness and to be seen of men, and they do not remember Allâh but little. (4:142)   maka, hari ini - I minta ampun banyak-banyak kerana I lah orang yang solat tetapi lalai. I tahu bahawa solat itu adalah ibadah yang sangat amazing, I maklum tentang kelebihan rukuk dan sujud ... ehem, I yang juga mengajar tentang solat. I faham apa yang baca dalam solat tetapi I jugalah yang ke sana dan ke mari dalam solat....

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...