Skip to main content

Solat, hanya solat sahaja

Solat,
dan hanya solat sahaja kemudian barulah kita melihat kepada amalan dan ibadah yang lain2.

I tau, semua orang pun solat. Bagi hamba-hamba Allah yang mengaku taat ini, kita buatlah solat - lima waktu sehari semalam. mengikut ketetapan pada Rukun Islam.


Buat pengetahuan you, selama-lama I mengajar solat - I masih dapati rata-rata kita belum lagi solat pada pengertian solat itu sendiri.
kenapa I mengajar solat?
sebab ...
sebab, I suka bila semua orang jumpa khusyuk dalam solat. I nak, semua orang merasakan bagaimana solat itu adalah hiburan kepada Rasulullah SAW - kita semua tahu apa yang Rasulullah lalui dalam hidup Baginda, menghadapi kepayahan dakwah yang sentiasa ditentang. credibility yang sentiasa dipersoalkan. dituduh gila, dikatakan mengamalkan sihir macam-macam. 


kita pun macam tu juga sikit lebih kurang. 
tanggungjawab yang membukit. 
tekanan daripada boss dan client. 
tak cukup duit, 
tak cukup masa, 
tak cukup rehat. 

ada yang beruntung sikit, 
dapatlah bercuti setahun beberapa kali. Dapat pergi Umrah ... retreat. bestkan! 

tetapi rehat dan riadah ini tidak berpanjangan. cukup seminggu atau dua, kita perlu kembali kepada rutin yang meruntun jiwa.

kita tahu, bagi orang yang beriman dan beramal soleh - alam barzakh adalah rehat. Orang yang beriman dan beramal soleh akan masuk syurga. 


so, soalannya sekarang - apakah kita ini layak untuk pakai badge "BERIMAN & BERAMAL SOLEH"

berIMAN - Insyallah, sebab kita sudah bersyahadah. maksudnya kita setuju dalam hati dan sanubari kita bahawa tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Allah. dan, Nabi Muhammad adalah Rasulullah.
(actually - we still have to work on it, sebab confirm kita akan diuji dan selagi bernyawa sentiasalah iman itu on the rock)

BerAMAL SOLEH - jom check diri sendiri, I jangkakan kita lulus bab amal soleh - Insyallah. dan tentunya masih ada banyak ruang untuk penambahbaikkan.
Tahniah, kita belum sampai ajal so masih berpeluang untuk tingkatkan amalan.


bab amal soleh ini, sebenarnya yang paling utama ialah solat. Ini Rukun Islam kedua. Yang pertama ialah penyataan Iman pada hati. Solat ialah terjemahan iman pada perbuatan.

Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ibn Mas'ud r.a., beliau berkata bahawa beliau pernah bertanya kepasa Rasulullah SAW; 

Maksudnya: "Apakah amalan yang paling utama? Baginda bersabda: Solat pada waktunya. Aku bertanya: Kemudian? Baginda bersabda: Berebakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya: kemudian? Baginda bersabda: Jihad fi sabilillah."
(Riwayat al Bukhari no 2782 & Muslim no 85) 


Rukun2 yang lain, boleh ada sebab untuk boleh ditinggalkan. Puasa, zakat dan Haji - kalau tak mampu, ada kelonggaran untuk kita melepaskannya.

tapi, solat ... selagi bernyawa dan berakal - wajib untuk solat. habis daya dan upaya, pakai gerak mata pun masih dituntut bagi setiap orang yang beriman.


so, bila last kita check KEBERKESANAN solat kita? 





Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Qalbun Saleem

Cara terbaik untuk celebrate birthday orang tersayang ...  lama tidak ke Imuslim untuk belajar kelas berbayar mahu pun percuma, tetapi - hari ini special sebab birthday Ibrahim Topik hari ini best - Qalbun Saleem.  Kawan-kawan, akan tiba satu hari nanti ... di mana harta benda dan ahli keluarga tidak akan dapat menyelamatkan diri kita KECUALI bagi orang-orang yang beriman; yang memiliki hati yang bersih (Qalbun Saleem); yang sentiasa ingat kepada Allah (berdiri, duduk dan baring) yang sentiasa meminta keampunan daripada Allah berdoa supaya terperlihara daripada azab api neraka. (rujuk surah Al Imran; ayat 10, 16 & 17) Soalannya, apakah kita memiliki hati yang bersih ini? hati yang bersih ini kita perlukan bila kita berdiri di hari pembalasan esok. maknanya, hari ini tak perlu sangatlah.  Bak kata Sheikh itu semalam, kepada Allah - tidak mendatangkan apa-apa mudarat kepadaNya samada kita percaya kepada Allah atau tidak. Samada kita taat atau tidak ... ata...