Skip to main content

Surah Qaf

Hampir jam 4 petang
I dah mandi, tukar baju bersiap untuk Asar.

Teringat masa bekerja dulu, bila masuk jam 4 saja - ada beberapa orang kawan2 yang dah siap bertelekung sambil masih mengadap PC masing-masing kerana masih waktu bekerja tetapi sudah bersedia untuk berjemaah.

Tiba-tiba bergetar rindu ...
kawan-kawan macam ni kita doakan mereka masuk syurga. dan kita doakan juga mereka ni nanti kat syurga ingat kat kita ... manalah tau keadaan kita macamana masa tu. sebab kita kan baik dengan mereka, doa kita mereka akan seru kita untuk bersama-sama dengan mereka di Jannah.

Alhamdulillah 
(sebab tu kita digalakkan berkawan dengan orang-orang yang baik2)

Pernah you berjumpa dengan orang yang bila kita ajak solat, dia kata "nanti sekejab" sebab dia nak habiskan kerja dia. Sebab kerja dia banyak tau!

Sebab ... kalau dia tidak siapkan kerja-kerja tu siapa nak buat? you? Kalau company tak untung, macamana nak bayar gaji staff? Kalau tak ada gaji - macamana nak bayar bills. nak beli barang2, nak bagi mak duit, nak bayar duit baby sitter - hiss ... orang-orang macam ni memang sibuk, memang banyak tanggungjawab - sebab rezeki ramai orang ditanggungnya ... kesian.

pernah you berjumpa dengan seorang ayah yang menjerit sebab jam sudah pukul 7.30 pagi dan anaknya belum bersiap untuk pergi ke sekolah sedangkan hari itu ialah kertas terakhir peperiksaan SPM - tapi tadi jam 6.30 pagi dia tidak mengamuk walaupun anak yang sama belum bangun untuk subuh. Sebab hari ini bukan hari terakhir kehidupan anaknya (macam dia tau)

Cikgu I pesan, jika hendak dapat keberkatan masa (lebih dari 24 jam yang biasa) cuba solat tepat pada waktunya. Semua orang ada 24 jam, tapi you perasan kan ada orang yang kita istilahkan ada 'banyak masa'. Dia sempat buat macam-macam termasuk menulis surat, basuh kereta, telefon mak dia dan tidur lebih awal daripada kita pun. 

mungkin dia tidak ada duit banyak macam kita, tetapi hari-harinya panjang. hatinya senang dan dari raut wajahnya dia kelihatan jauh lebih tenang ... dan kita, kita - tiap-tiap hari huru hara.

Alasan tak dapat call mak, tak sempat nak ziarah orang sakit, tak mampu nak buat itu dan ini selalunya ialah; "tak ada masa"


I nak cerita tentang satu Surah yang special hari ini.
- Surah Qaf -
Cikgu I mention surah ini, dalam kelas tempoh hari. Surah ini special sebab Rasulullah selalu mambaca surah ini sebagai isi khutbah Jumaat dan Hari Raya. Ada beberapa orang sahabat yang menghafal surah ini kerana sering mendengarnya daripada Rasulullah SAW


Alangkah ...
Seronoknya kerana dapat berjinak-jinak dengan surah ini. Antara kumpulan surah yang pendek (Mufassal).

Surah ini mengingatkan kita supaya memilih yang benar, memilih yang haq. Mengingatkan kita supaya tidak terperdaya dengan fatamorgana; ilusi daripada kebenaran. Mengingatkan kita supaya tidak lalai ...mengingatkan kita bahawa semua-muanya Allah jadikan untuk kita supaya kita ingat kepadaNya.


Fatamorgana itu apa?
ialah ilusi-ilusi tentang keperluan hidup ini dengan perkara-perkara lain selain daripada mengingati Allah. Bertangguh daripada apa yang lebih utama ...


Setelah menceritakan bagaimana mudah sahaja untuk Allah membinasakan beberapa kaum yang lebih hebat daripada kita kerana meninggalkan peringatan Allah daripada nabi-nabi sebelum ini ...

Yang best dalam surah ini mengatakan;


 Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya) atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya. (50:37)


So, RUGI lah sekiranya kita tidak mengendahkan peringatan daripada Rasulullah; so, hari ini jom kita buat kajian sedikit tentang apa yang dipesan oleh Rasulullah.

Kalau I cerita semuanya tak syok. sebab bab ibadah ni, sekiranya di suruh oleh orang lain kita rasa tak berapa nak seronok, tapi bila kita jumpa sendiri ... kita rasa 'seru' itu, kita dapat menikmati manisnya Hidayah.

Seandainya kita nak hardcore pesanan Rasulullah SAW, try mendapatkan kuthbah terakhir Rasulullah - pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Arafah. 

Jom menjadi hamba yang beruntung ... 










Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...