Bismillah
Sabtu. Hari cuti ... pagi tadi semasa menghabiskan masa di Gym dengan treadmills.
Nampak tersergam indah KLCC. (kebelakangan ini jarang nampak menara KLCC oleh kerana jerebu, bila ternampak tu rasa happy la pula) Terfikir - ada ke sesiapa di luar sana yang menginginkan rumah seindah KLCC?
Mengapa tidak boleh kan ... pagi tadi rasa bersemangat pula untuk membina rumah sehebat KLCC. I seronokkan kerangka besi yang cemerlang terpacak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Engineer dan bekas engineer memang akan kagum pada struktur yang serba canggih begitu.
Oh ... seronoknya, esok I nak rumah lain. ha ha ...
Nak rumah macam minas tirith (lord of the rings). membayangkan betapa gembiranya anak-anak untuk berkumpul minum petang di teres minas tirith. Mahligai seindah itu hanya layak untuk diduduki oleh raja-raja.
Sebenarnya I rasa sangat bertuah kerana kebelakangan ini I telah menceburkan diri dalam sistem investment yang sangat lumayan. Bayangkan selama ini, bekerja ... masih belum boleh mempunyai rumah sendiri di bumi bertuah ini. Sedih!
Tapi - tidak lagi. Alhamdulillah
Sekarang tiap-tiap hari I boleh tau hasil daripada kemampuan usaha yang Allah berikan membolehkan I mendapat SEBUAH RUMAH SETIAP HARI.
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari - betul?
Cikgu I kata; sekiranya kita hendak mengimpikan sesuatu, Impikan yang terbaik !!!
Dulu-dulu berfikir kalau boleh, kalau boleh lah - dapat beli serumah jadilah. Rumah kembar dua tingkat, di sebelah kanannya masjid dan di depannya mini market !!!
Tapi sekarang ... Alhamdulillah - rumah bagaimana rupa pun Insyallah I boleh dapatkan.
Inilah kelebihan apabila mempunyai perniagaan yang baik dan kenalan yang Hebat.
Masih I berjumpa dua tiga orang kawan-kawan yang mengeluh dengan harga rumah yang melambung tinggi. Ada juga kawan yang mengeluh bila rumah besarnya menagih cost penyelenggaraan. Toilet nak kena repair. Bumbung dah mula bocor.
huh - masalah, masalah ... beginilah kehidupan di dunia ini, sentiasa menempuh ujian.
Selalu juga I tengok beberapa orang kawan yang berhempas pulas berkerja dan berniaga untuk mendapatkan sebuah rumah, atau dua buah. kemudian bersusah payah pula mencantikkan rumah. Bila rumah sudah cantik dan molek - mulalah nak selfie. Ini pun ujian juga nie ... maklum inilah hiburan pada mata dan hati mereka. Tapi kadang-kadang mereka ni sempat duduk di rumah hujung minggu sahaja.
FYI - dunia ini sekejab sahaja. Ramai juga kawan-kawan yang sudah meninggal dunia. Tak sempat pun nak berkumpul dengan anak & cucu di mahligai indahnya.
Tinggallah rumah, tinggal semuanya. Dulu-dulu ada juga cerita orang dikebumikan di halaman rumahnya, tapi - masa ini mana ada lagi.
Semua orang boleh kaya dan berjaya.
Siapa pula yang tak nak kaya kan? cuma kita selalu ingat pesanan cikgu-cikgu kita bahawa dunia ini jangan letak di hati, pegang di tangan sahaja.
Boleh beli rumah, bila ada peluang. Elok cantikkan rumah juga, supaya hati penghuni-penghuni rumah itu sejahtera, aman dan bahagia.
Tetapi rumah ini sekali sekala perlu maintenance - bayangkan kalau rumah itu besar dan, bertingkat2 dan, bila kita dah tua, ada isu pula dengan lutut ... terlarat ke nak mop lantai dari atas ke bawah - huh!
Sementara masih belum tua ini, nak lap tingkap pun berkira-kira. itu sebabnya rumah sekarang ni I pilih yang kecil sahaja. 1 tingkat ... maka tak payah nak naik dan turun. Tinggal di tingkat 16 ni, tak payah nak buat gate, tak perlu menguruskan halaman dan tidak boleh bercita-cita nak buat extension. Alhamdulillah.
TETAPI tidak salah mengidamkan rumah yang besar dan banyak2.
Orang berniaga kan!
mestilah ada keuntungannya.
I ni suka buat kerja senang - bila ada yang boleh menjanjikan melabuh sedikit tetapi pulangannya beribu kali ganda. I tak nak lepaskan peluang ini ... you all pun kan?
12 rakaat rawatib sehari !!!
Itu sahaja, alangkah mudahnya. yang perlu I buat ialah bertekun dan bersungguh-sungguh melaksanakannya - Allah menjanjikan sebuah rumah untuk kita di syurga setiap hari bila kita berjaya menguruskan 12 rakaat rawatib. Ini sangat mudah ...
Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.”
(Hadis riwayat Turmizi r.a.)
I cuma perlu pastikan yang I, MASUK SYURGA itu sahaja.
Doa I, semua orang pun melaburlah sama untuk mendapatkan keseronokan mempunyai rumah yang banyak. Kadang2 rumah di dunia ini bukan setakat tempat tinggal dan rehat sahaja, ada rumah yang menjadi fitnah, ada rumah jadi masalah, ada rumah juga yang merosakkan rumah tangga ... tetapi rumah di syurga nanti hanyalah membahagiakan. Semua penyakit hati tidak ada di Syurga nanti!
Selamat beramal, selamat maju jaya, bahagia dan kaya raya!

Comments
Post a Comment