Skip to main content

Moses Effect

mula-mula cuba untuk diam.

tetapi hati merasa geram ...
mula-mula I ingat I boleh membiarkan sahaja, 

buat tidak tahu sahaja dengan kawan yang satu ini sedangkan dia bertungkus lumus menyediakan handouts untuk bengkel hari Sabtu ini sebab topik yang hendak hari Sabtu ini simple. BENGKEL SOLAT SUNAT.
Ampun ya Allah. I tidak hendak komen apa-apa tentang program ini, pada hemah I sekiranya ada orang yang mengajak kepada kebaikkan patutlah kita alu-alukan. 

Tetapi, akhirnya I kalah kerana naluri melonjak-lonjak ingin tahu. I pun bertanyalah, "mengapa banyak sangat preparation dibuat sedangkan tajuk kelas ustazah ialah solat sunat sahaja?" 


Oooo kemudian barulah I dimaklumkan bahawa ada banyak buku solat sunat di luar sana (itu I maklum juga) dan setiap satu buku itu ada perbezaannya - wow! maka, ustazah haruslah menyusun semula supaya para peserta tidak keliru.


sekarang I yang keliru (hu hu)


maka, sebelum I berbicara panjang kerana orang yang mengolah buku solat untuk bengkel sabtu ini pun baru sahaja berjinak dengan amalan-amalan sunat. 


I perlu berhati-hati - macam menarik rambut dalam tepung!

Tidak boleh kita cakap banyak-banyak sebab menyusahkan hati orang pun tak baik kan.
I puas memikirkan apakah yang sebenarnya hendak disampaikan oleh ustazah itu. sayangnya sabtu ini, I berada di luar kawasan. 


sepanjang petang, I cuba melayari blog-blog yang ada penulisan tentang solat-solat sunat. Mohon Allah permudahkan, dan memberi I faham dan menguasai ilmu solat sunat ... FYI selama-lama ini bertahun-tahun I belajar solat. Belum sekali pun ada bab solat sunat ini. Kita semua buat solat sunat ikut yang macam Rasulullah ajarkan sahaja.


Rupa-rupanya, banyaknya panduan solat sunat di luar sana - macam-macam tajuk. Dalam internet dan buku. Setiap buku pula mempunyai lebih daripada 25 mukasurat itu siap terperinci surah-surah yang disarankan untuk dibaca, berapa pula bilangan bacaan setiap surah itu dan doa yang patut disusuli bersama-sama. Dan, dan ... dan dengan ini insyallah akan diperkenankan menurut niat kita. Ampun ... 


Bayangkan, kalau kita tidak hafal surah Al Kafirun ... 

nampak gayanya tidak bolehlah kita buat solat sunat dhuha atau solat hajat. Dan jika kita langgar peraturan itu akan kuranglah keupayaannya untuk niat dan hajat kita sampai kepada Allah SWT ... sedih!

Ampun, 

Ampun ya Allah. 

Cuba try buka Riyadus Solihin, ini buku karangan Imam besar - Imam Nawawi. Hadis-hadis yang dirangkumkan di dalam kitab ini hanyalah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Maksudnya hanya hadis-hadis yang Hasan & Sahih sahaja. Try buka bab solat ... cuba tengok apakah yang sangat dituntut dalam solat. 


OMG!!! takde bab solat sunat yang macam-macam ...
Yang tersenarai untuk solat sunnah;



  1. Sunnah Rawatib
  2. Sunnah 2 rakaat sebelum Fardu Subuh
  3. Sunnah Zohor, Asar, Maghrib, Isya, Jumaat
  4. Sunnah Witir
  5. Sunnah Dhuha
  6. Sunnah Tahiyat Masjid
  7. Sunnah Malam (tahajud)'
  8. Sunnah Tarawih
Macamana? 
Dan semua-muanya tidak pula men'detailkan bacaan-bacaan tertentu pada bilangan2 tertentu. 
Dan, sekiranya kita dah buat semua yang tersenarai di atas try banyakkan bilangan rakaat pada Tahajud dan Dhuha. 
Bila sudah ... panjangkan pula surah-surah yang dibaca dalam solat tahajud - try 50 ayat satu rakaat! larat?

Kawan-kawan, kita memang suka beramal, 

kita suka juga bila kawan-kawan kita yang kita sayangi itu turut beramal.
tetapi, mudahkanlah ... 
jangan diberat-beratkan. 
Jangan kita buat pula buku yang pelik-pelik dengan mengharapkan keuntungan. Ada perintah Allah mengenai perkara ini (nanti I cari)

Dimana pesan Rasulullah SAW supaya permudahkan, 

"Senangkanlah (permudahkanlah) dan jangan susahkan dan berilah khabar gembira dan jangan berikan khabar buruk (membuatkan orang lari daripadamu)." 
Kesian pada kawan-kawan kita yang baru mula nak berjinak dengan mendekatkan diri kepada penciptanya. 

Sedangkan kalau kita selami, dalam solat fardu pun yang wajib dibaca setiap rakaat pun hanyalah Surah Al Fatihah. Bagaimana mungkin Solat Sunat boleh banyak prasyaratnya - Kalau mak I, dia akan kata "lebih sudu dari kuah" kan ... 




Moses Effect


Rujukan surah Al Kafh 18:62-63
Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini. (62) 
Temannya berkata: Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan dan ikan itu telah menggelongsor menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan. (63) 

Bila rasa tidak senang pada perbuatan orang lain, atau bila melihat pada mungkar. 
Pertama, jangan marah ... 
cuba 'bertenang' fikirkanlah bahawa syaitan sangat suka pada perbalahan, dan orang yang bersalah itu,sebenarnya tiadalah daya dan upaya mereka melainkan dengan kehendak Allah. 
Allah cuma menguji kesabaran kita ... 
selalunya ada hikmah, cuma kita ini biasalah manusia biasa. Dan, manusia ini terkenal dengan sifat terburu-buru kan ...

Cuba bawa berbincang, samada boleh kita muzakarah untuk membentung kerosakkan daripada berlaku, Alhamdulillah. 

Jika tidak ... jika akan mendatangkan belah daripada retak, baiklah kita 'bertenang' gunakan senjata terbaik yang ada pada kita, iaitu DOA!

I suka doa ini;


Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengirakan kami salah 
jika kami lupa atau kami tersalah

Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau bebankan kami, 
bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau 
bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.

Wahai Tuhan kami!

Janganlah Engkau pikulkan kepada kami 
apa yang kami tidak terdaya memikulnya 

dan, maafkanlah kesalahan kami, 

serta, ampunkanlah dosa kami 

dan berilah rahmat kepada kami
Engkaulah penolong kami; 
oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai 
kemenangan daripada kaum-kaum yang kafir
(Al Baqarah 2:286)


Sesungguhnya kita ini hanyalah hamba Allah yang lemah. Pengetahuan kita juga sangat terhad, kecuali yang dihidayahkan oleh Allah SWT. 

Dan, sungguh syaitan itu sangat licik dalam usaha membawa kita kepada perselisihan dan permusuhan sahaja. 

Maka untuk mengagalkan cita-cita syaitan ini ... 

I, peluk dan salam kawan yang satu ini sebelum berpisah dengan doa semoga Allah memerlihara kita semua daripada fitnah Ilmu. 

Ampun ya Allah








Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...