Skip to main content

Solat 2

Ahad, cuti lagi.

Sebenarnya I memang tidak bekerja tetapi bila hari-hari cuti begini, I membayangkan tentulah sahabat handai dan kenalan I yang berkerja di luar sana, dapat rehat dan riadah. 

I suka membayangkan kegembiraan orang lain, kalau boleh I nak semua orang ada banyak masa macam I ni ... bila hari cuti tentulah ramai orang akan memeriahkan masjid. 

Masjid I kat sini, Alhamdulillah - jemaah wanita untuk subuh tetap dalam lingkungan 25-30 orang. Tiap-tiap hari ... ehm, maksudnya jumlah ini tidak bertambah walaupun hari cuti.

Kita doalah, supaya hati kita lebih sayangkan berjemaah di Masjid daripada bersenang-senang dirumah sahaja. Amin, ya Allah.


Waktu Asar selalunya adalah seorang kakak tu, sekiranya I gagal untuk menghadirkan diri.

Actually ... waktu Asar ini adalah waktu favorite I. Masjid akan special pada waktu ini - kalau tak percaya, boleh pergi dan check sendiri. takde hal ... semua orang yang datang ke masjid adalah VIPs Allah kan!
(sebab tidak akan sampai ke masjid orang-orang yang tidak di jemput Allah)

Apa specialnya Asar;

1. Sebab malaikat tukar shif waktu subuh dan asar - so everytime dia naik ke langit. Allah akan tanya, apa yang Shalita buat. Malaikat akan jawab dia ada di Masjid berjemaah - yeah !!!


2. Doa ... asar waktu antara doa makbul! (you all tau kan?)

3. Kadang-kadang I dapat bawa balik pahala sebesar bukit Uhud. FYI, bukit Uhud itu besar tau, sebab I buat solat jenazah!


Selalunya di Cheras Baru ni ada solat jenazah selepas solat Asar. I ni memang tamak dan memang sangat suka untuk memperbanyakkan pahala.

Dalam lebih kurang 10 minit sahaja ...

senangnya solat jenazah ni 
tak perlu rukuk, tak perlu sujud. maka, sekiranya kita ada isu dengan lutut yang tak mahu mengikut kata pun kita masih mampu melaksanakannya.
Tapi biasalah, kena tunggu lama sedikit selepas Solat Asar - dalam 10-15 minit sementara nak menunggu jenazah di bawa masuk ke dalam masjid. Tak apalah, menunggu sekejab, korban sedikit masa cuti kita untuk faedah yang sangat lumayan.

2 minit, lebih kurang untuk solat jenazah ini selain daripada kebaikannya untuk kita, kita juga dapat hadiahkan doa kepada saudara kita yang telah meninggal dunia ini.

Selama ini mungkin kita tidak pernah pun bertegur sapa dengan dia, mungkin kenal tapi kita tidak pernah hadir ke majlis undangannya atau mengembirakannya - inilah, satu-satunya kebaikan yang last, yang boleh kita buat untuknya. doa.

Insyallah - doa kita mohon Allah tidak menghalang kita untuk mendapat pahala daripada kewafatannya dan tidak meninggalkan fitnah kepada kita sepeninggalannya. kita mohon ampun untuk kita dan untuknya. Amin ...

Dari Malik bin Hubairah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيُصَلِّى عَلَيْهِ ثَلاَثَةُ صُفُوفٍ مِنَ الْمُسْلِمِينَ إِلاَّ أَوْجَبَ “Tidaklah seorang muslim mati lalu dishalatkan oleh tiga shaf kaum muslimin melainkan do’a mereka akan dikabulkan.” (HR. Tirmidzi no. 1028 dan Abu Daud no. 3166. Imam Nawawi menyatakan dalam Al Majmu’ 5/212 bahwa hadits ini hasan. Syaikh Al Albani menyatakan hadits ini hasan jika sahabat yang mengatakan)

JOM! ... 
dah hampir pukul 4 petang, Asar hari ini jam 4.21pm - insyallah.


مَنْ شَهِدَ الْجَنَازَةَ حَتَّى يُصَلِّىَ عَلَيْهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ ، وَمَنْ شَهِدَ حَتَّى تُدْفَنَ كَانَ لَهُ قِيرَاطَانِ . قِيلَ وَمَا الْقِيرَاطَانِ قَالَ مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْنِ “Barangsiapa yang menyaksikan jenazah sampai ia mensolatkannya, maka baginya satu qiroth. Lalu barangsiapa yang menyaksikan jenazah hingga dimakamkan, maka baginya dua qiroth.” Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud dua qiroth?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas menjawab, “Dua qiroth itu semisal dua gunung yang besar.” (HR. Bukhari no. 1325 dan Muslim no. 945)

sorry; sebelum ni I kata kebaikannya sebesar 2 bukit emas. Tapi hadis tu tak ada mention lah pula. anyway - be happy still, sebab Ibrahim kata pahala itu lebih baik daripada emas dan perak - ha ha


Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...