Skip to main content

Jemputan Majlis Perkahwinan

Disember ...

"Jemputan Majlis Perkahwinan"

Dulu, masa I kecil2 ... selalu wonder mengapa Arwah Abah tidak suka menghadiri majlis keramaian, dia sentiasa menolak walaupun tidak pernah menghalangi kami (mak dan anak2nya) untuk memenuhi jemputan orang.

lama sudah abah meninggal dunia dan hal tersebut pun sudah lama luput dalam ingatan

kebelakangan ini, setelah berusia hampir separuh abad ini - dalam diam I perasan rupanya I mewarisi Arwah Abah bab jemputan majlis perkahwinan ini. Mungkin atas alasan yang sama ... I tak tau, sebab I tak pernah sempat nak tanya dia dan dulu kita beranggapan bahawa beliau tidak suka bercampur dengan orang ramai.

bagi diri I pula ... 

1. I tak tau macamana I nak 'greet' tuan rumah - patutkah I ucapkan tahniah kepada tuan rumah yang telah bersusah payah untuk memperagakan anak gadisnya dengan tudung singkat dan baju ketat?

yang mana sebenarnya I rasa kesian kepadanya. tetapi kalau I pula hendak menegur, tentulah di situ bukan tempat dan masa yang sesuai.


kemudian ... I kesian juga melihatkan pembaziran yang berleluasa. Sebab cikgu I kata orang yang membazir ini sahabat syaitan - ish ish ish

Pelamin dan 'bekas' telur yang super awesome itu apakah maksudnya ...


2. kebelakangan ini, kerana usia yang makin meningkat agaknya. Pendengaran I sudah terlalu sensitive kepada lagu-lagu dan biasanya majlis2 keramaian begitu tentulah ada music dan malang lagi bila ada karaoke ... rosak jiwa nak mendengarkan sumbangan yang serba sumbang.

Bukan telinga saja, mata dan pandangan pun sudah terlalu cepat membuatkan jiwa kacau. selalunya majlis ini di adakan pada hari siang, Malaysia ni lately sangat panas, glare membuatkan I senang kena migrain. 

kemudian, masa2 begini jugalah selalunya orang-orang perempuan akan berlebih-lebihan dalam berpakaian. Terlebih kilau. Terlebih sulam dan labuci. 

Yang bertudung pula, selalunya waktu-waktu beginilah mereka akan memakai tudung yang lebih huru hara. Yang berjubah pun tidak kurang keliru. 

Walaupun mungkin I tidak akan menegur tetapi - I ni pun macam buah cempedak yang di luar pagar. Nak menjaga hati ini ... bukan senang. 

You ingat mudah nak berhenti daripada mengata dalam hati - I don't think so ... 

Hati ini besok, 
I nak bawa depan Allah ... kalau banyak black spot tentulah tak seronok untuk nak claim sebagai 'mutmainnah' kann ...

so, biasanya I selamatkan 'hati' yang satu ini dengan menjauhkan diri. I call lah tuan rumah - doakan majlis berjalan baik dengan redha Allah. Doakan juga pasangan pengantin bahagia dan sejahtera. Amin ...  




Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...