Skip to main content

Terapi Azan

Bila last ...
you betul-betul PAUSE
bila you dengar azan.


I tahu semua orang dah belajar 'solat' 
tapi rasanya tidak ramai tahu bab Azan

Bila I belajar bab solat dengan Prophetic Guidance, mula-mula setahun I belajar bab bersihkan diri. dan setahun lagi untuk wuduk. Lepas tu hampir tiga suku tahun bab azan dan iqamah barulah nak masuk untuk solat ...


Tahukah kita betapa specialnya Azan dan terhadap banyak hadis yang menguatkan kepentingan Azan. Rasulullah pesan supaya kita dengar betul2 dan menjawab seruan Muazin.
Jika begitu saranan Baginda Rasulullah, tentulah ada keutamaannya Azan ini dalam kehidupan kita. 


Pada hemah I, Azan adalah antara nikmat-nikmat Allah yang kita dustakan (pinjam ayat daripada surah Ar Rahman). Ianya adalah ibadah, tapi ramai pun yang tak tau. 

Kata orang, tak kenal maka tak cinta ...

Ada fungsinya Azan itu, sebab itu disyariatkan supaya Azan di kumandangkan pada setiap waktu. Kita pun tahu bahawa laungan azan itu berlaku setiap masa kerana perbezaan waktu di setiap tempat .. 

Bila azan berkumandang ...
I selalu jer perhatikan. Ramai orang yang masih berbual-bual. Ada yang masih dengan urusan berjual beli. Yang sedang bekerja - terus bekerja. Ramai di antara kita pun yang tidak perasankan bahawa Azan sedang berkumandang.


Sekali sekala, bila dalam masjid atau dalam majlis2 agama kita akan berjumpa dengan suasana yang lain pula. Orang mula diam, penceramah pun selalunya senyap sekejab. Ada ibu-ibu dengan segan silu cuba mendidik anak-anaknya diam. 

I suka memerhatikan, ada yang masih bercakap, tetapi suaranya direndahkan - tanda menghormati Azan.

Didapur, masa kenduri kendara - Jadi entertainment pula bila, tengok makcik2 yang tadinya riuh rendah tiba-tiba tidak bercakap tetapi masih berkomunikasi dengan bahasa isyarat.


Sebenarnya apa yang perlu kita buat semasa Azan berkumandang? 


Cuba perhatikan betul-betul next time bila Azan berkumandang.
Cuba tinggalkan semua perkara yang sedang kita buat dan beri perhatian penuh kepada Azan 


Azan ini secara langsung ada kesannya kepada gelombang otak kita. 

Macam dengar lagu ... bila terdengar lagu kegemaran kita masa muda-muda dulu - kita akan secara otomatik rasa gembira. begitu juga bila kita dengar lagu sedih yang kita associate kan dengan kisah duka, putus cinta maka emosi kita pun akan merudum sekelip mata itu juga. 

Samalah konsepnya dengan Azan, tetapi Azan ini bukan karangan orang biasa. Jom buka sirah ... Ianya diIlhamkan kepada para sahabat. 

Bila kita mendengar Azan,
ada sesuatu yang otomatik berlaku kepada gelombang otak manusia.
Contoh; bila kita dengar lagu Negaraku, kita tau apa yang otomatik berlaku kepada diri kita kann ...


I suka teknik TERAPI AZAN.
Teknik ini I selalu buat dengan anak-anak dan dalam kelas, dan juga bila buat coaching. Selalunya orang yang datang coaching ini dalam keadaan Beta. 

Terapi apa pun yang you nak buat tidak akan menjadi, kita mestilah mula-mula turunkan gelombang otak ini kepada Theta atau Alpha. (I kurang suka guna terma sains ini, nampak jer macam hebat - Rasulullah gunakan terma biasa-biasa sahaja kan)

Ada orang kata meditasi, ada yang sebutkan sebagai tafakur ... ikutlah, semua itu cuma terma sahaja. Yang penting kita mestikan sedar apa yang sedang berlaku dan mengamalkannya.


Cikgu I kata, ilmu itu tidak cantik tanpa amal. 


Jom bersama-sama dengan I & TERAPI AZAN. Di Lata Seri Pulai 13 & 14 Mei ini 













Comments

  1. lepas ini kite buat di pantai ... for our next program

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...